August 28, 2010

musibah bazaar ramadhan .


Salam .

Korang ingat lagi awal bulan puasa ritu ade kes bazaar ramadhan kat melaka kene ribut taufan ???
aku tau pon sebab ade tengok video kat fesbuk .
mase tengok video tu : mashaALLAH .
da terdetik dalam hati aku : " ni mesti ade yang wat salah "
ternyata benar sangkaan aku .

aku nak kongsi artikel ni .
artikel tentang kejadian sebenar disebalik kejadian tu .



Musibah Bazaar Ramadhan - Amaran Allah !

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN?

Apa tidaknya.. cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin (13 Ogos) bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja (baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja? Atau solat dua rakaat tanpa mendengar khutbah?

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat, apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau (kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam.

Dipetik dari: NURASHIKEEN BINTI HAFAS
Human Resource Department
Pelaburan Johor Berhad
Tel : 607-2230350
Fax : 607-2245251
mailto:nurashikeen@pjb.com.my

Tambahan dari Tok Wan pula:

Waktu yang dilapurkan angin kencang tersebut ialah 4:45 petang. Itu waktu masuk waktu asar. Artinya malaikat yang bertugas sejak dari suboh sudah berangkat balik kelangit manakala malaikat yang baru masuk bertugas dari waktu asar hingga suboh esok pula baru nak masuk bertugas. Bila malaikat lihat ramai sangat dok sibuk dengan urusan dunia tanpa memperdulikan kelebihan Ramadhan yang penuh BARAKAH ini maka malaikat penjaga angin pun bertindak. Jadilah apa yang seharusnya jadi.

Oleh yang demikian marilah kita pertingkatkan ibadah kita dibulan Ramadhan ini. Setiap pahala dari ibadah fardhu akan digandakan manakala setiap ibadah yang sunat akan dibayar dengan pahala fardhu. Bukan apa...cuma bekalan untuk hari akhirat. Umpama topup yg x cukup, camner nak buat call ? Bila banyak ibadah terutama dibulan mulia ini maka banyaklah pula yg kita dapat (pahala). Sedangkan rupa bentuk pahala tu kita sendiri pun x pernah nampak. Tapi kalau diberi nampak rupabentuk pahala tu pasti pecah hati kita kerana terlalu gembira. Bila hati pecah pasti kita mati.

Jadi...ingatlah mati. Bulan Ramadhan bukan bulan untuk buat duit atau buat keuntungan. Ada ramai yang lapar tapi tak sampai hati untuk meminta-minta dari orang lain atau Baitulmal.

Salam Ukhwah..~

Kepada mangsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, dan kepada mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk untuk merenung diri di mana silapnya..kerana bala dan murka Allah swt, itu diturunkanNya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena..baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu !


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...