August 25, 2010

Lelaki dan Air Mata .


Perempuan setiap kali kalau tengok lelaki menanges , mesti akan berkata begini :

" Eeeeeeeeeeeee lelaki pon nanges ke ? Tak macho la . Lelaki mane leh nanges . Lelaki kene gagah ! "

Ok . Itu memang persepsi sesetengah kaum hawa sebab bagi mereka , air mata ni memang da sebati dengan identiti kaum mereka . Jadinye bile lelaki atau pemimpin mereka mengeluarkan air mata , terus akan ade persepsi , lelaki tu lemah la , cengeng la or orang jawa cakap : gembeng !

Dulu aku macam tu jugak cume sejak da berkawen ni , persepsi tu terhadap kaum lelaki terus berubah . Sebab half of me adalah jenis lelaki yang begitu . Bukan nak kate lakiku ni jenis menanges tapi die memang seorang lelaki yang mempunyai perasaan yang halus . Untung bukan kurniaan Ilahi buatku yang satu ini ? :)

Pada pendapat aku , air mata lelaki yang keluar tu adalah perasaan halus yang terlalu menyentuh jiwa dan naluri halus mereka . Lelaki memang ditakdirkan untuk punya sifat berani , gagah , perkasa , kental , ego dan sebagainya tapi kite sebagai perempuan jangan menolak takdir yang kaum lelaki juga punya perasaan halus yang bisa menyentuh naluri dan sanubari mereka .

Lelaki boleh menanges dan titisan matanya bagi aku adalah bukan sesuatu yang kite sebagai perempuan boleh ketawakan atau pandang dengan sinis . Selama tangisannya bukan kerana lelaki itu memang cengeng , tapi ia menunjukkan betapa lelaki itu memang mempunyai suatu perasaan halus ia miliki . Kelembutan dan kehalusan perasaan itu tidak same sekali akan menjejaskan imej lelaki yang tegas atau segak sekalipon tapi ia akan menjadikan lelaki itu lebih ideal untuk dijadikan teladan bagi lelaki lain . Sebab kehalusan dan kelembutan akan menghasilkan sifat sabar dalam diri seorang lelaki itu manakala ketegasan seorang lelaki hanya akan menghasilkan sifat benar sedangkan sebagai seorang pemimpin , seorang imam , seorang ketua keluarga , mereka perlu sifar sabar & benar itu . Barulah lengkap mereka sebagai seorang lelaki .

Memang sudah dimaktubkan , bahawa lelaki dan perempuan saling melengkapi . Disebalik kekurangan wanita itu , ia akan dilengkapi dengan kelebihan yang ada pada pasangannya iaitu kaum lelaki . Disebabkan itu , seorang lelaki atau perempuan akan tertarik pada individu yang saling melengkapi kehidupan mereka yang mana akhrinye hubungan itu akan diikat dengan perjanjian yang sudah ALLAH tetapkan di Loh Mahfuz . Sebab tu kite selalu tengok , orang tua selalu sangat pesan wat pasangan yang baru kawen :

" Terime buruk baik pasangan kite . Buruk cemane pon perangai pasangan kite , die tetap yang terbaik dariNYA . Belajar untuk menerima diri dia seadanya . "

Betol tak ???

Demikian jugalah tangisan dan air mata . Pada pandangan aku , ia hanya bukan dimiliki oleh kaum hawa tetapi juga kaum lelaki . Maka bagi aku , jangan simpan tangismu wahai lelaki , errrr wahai suamiku ... eyh salah ... biebieku . Sebab air mata itu adalah universal .

Tapi ...

Alhamdulillah . Ku punya kamu yang tidak ego bertempat . Tangis kamu yang mengalir dalam keadaan tertentu buat ku sedar bahawa ku punya biebie yang punya rasa halus dan sayang pada orang di sekeliling kamu . Aku sayang kamu . I love you more and more each day !!!

p/s : semalam tengok cite Pondok Buruk , lakiku nanges beriye . sebab tu wat entry camni . hihi .

1 comment:

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...