August 10, 2010

Solat Tarawih



Sempena bulan Ramadhan pada esok hari , aku berkongsi tentang kelebihan semayang Terawih :

Malam 1
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan .

Malam 2
Diampun dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya .

Malam 3
Para Malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Terawih itu agar meneruskan solat pada malam-malam yang lain , semoga ALLAH akan ampunkan dosa-dosa mereka .

Malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Zabur , Injil & Al-Quran .

Malam 5
ALLAH SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala-pahala orang yang mengerjakan sembahyang di MasjidilHaram , Masjid Nabawi & Masjid Al-Aqsa .

Malam 6
ALLAH SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan Terawih pada malam itu .

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun & Hamman .

Malam 8
ALLAH SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat terawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s .

Malam 9
ALLAH SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad SAW .

Malam 10
ALLAH SWT mengurniakan kebaikan kepadanya dunia dan akhirat .

Malam 11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan .

Malam 12
Ia akan dibangkit di Hari Kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya .

Malam 13
Ia akan datang pada Hari Kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan & keburukan .

Malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Terawih serta ALLAH SWT tidak akan menyesatkan mereka .

Malam 15
Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya ALLAH SWT mengampunkannya .

Malam 16
ALLAH SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga .

Malam 17
ALLAH SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi .

Malam 18
Malaikat akan menyeru : Wahai hamba ALLAH sesungguhnya ALLAH telah redha denganmu dan kedua ibu bapamu ( yang masih hidup atau telah mati )

Malam 19
ALLAH SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus .

Malam 20
ALLAH SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang-orang yang mati shahid dan orang-orang yang soleh .

Malam 21
ALLAH SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam Syurga yang diperbuat daripada cahaya .

Malam 22
Ia akan datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut .

Malam 23
ALLAH SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam Syurga daripada cahaya .

Malam 24
ALLAH SWT akan membuka peluang 20 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan Terawih pada malam itu .

Malam 25
ALLAH SWT akan mengangkat siksa kubur darinya .

Malam 26
ALLAH SWT akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan Terawih pada malam itu .

Malam 27
ALLAH SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat dengan sepantas kilat .

Malam 28
ALLAH SWT akan menaikkan kedudukannya 1000 darjat di Akhirat .

Malam 29
ALLAH SWT akan mengurniakan kepadanya 1000 pahala haji yang mabrur .

Malam 30
ALLAH SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir dengan firmanNya yang bermaksud : Wahai HambaKu , makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam Syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang digelar Al-Kautsar .

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...