April 2, 2011

Kehidupan Di Jeddah : Pertama Kali Jogging Di Jeddah & Jogging Memakai Abaya!

Assalamualaikum.

Semalam, lepas je solat Subuh, terus laju je aku cakap kat laki aku : " Bie, tak jadi lah nak ikut you pergi jogging. I ngantuk lah! " . =_=

Selamba je aku cakap macam tu padahal hari sebelum tu aku DAH BERSEMANGAT GILA bagitau laki aku yang aku NAK IKUT DIA PERGI JOGGING kat Corniche seawal pagi Jumaat. Hehehe.

Seingat aku lah kan, kali terakhir aku dok SEMANGAT KELUARKAN PELUH ni, rasanya setahun yang lebih lepas. Masa tu pun sebab aku dok ikut Wan, Pia dengan Mama Wan pergi Fitness First. Konon semangatlah kan nak senam masa tu, padahal Fitness First tengah buat promotion apa entah! Kekeke.

Itulah last aku keluarkan peluh. Sejak dah datang sini, tinggal kat sini, haram lah kan aku nak pergi since kat sini, aku TAK BOLEH NAK BERSENAM DENGAN LEBIH SELESA iaitu PAKAI SELUAR DENGAN T-SHIRT. ( Ini alasan nak elak atau aku yang malas nak senam sebenarnya? ) Hahaha. 

Patutlah aku rasa, aku ni MAKIN DEMOK dari ke hari sejak duduk sini sebab TAKDE KEINGINAN NAK MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN. Tambahan pulak, duduk sini, memang asyik DAPAT MAKAN SEDAP-SEDAP HASIL TAJAAN DATO' AZMAN KAMARUDIN. Kahkahkah.

Baiklah.

Bila aku dah cakap tak jadi pergi jogging tu kan, aku rasa macam tak best je sebab dah janji kan dengan laki aku. Lagi pulak, dia memang DAH EKSAITED sangat bila aku cakap nak ikut die pergi jogging hari sebelumnya tu.

Bagi TAKNAK MENGECEWAKAN HATI DAN PERASAAN satu-satunya lelaki yang aku cinta dan sayang ( Ohh pleasseee jangan muntah! Ini kenyataan tulus ikhlas dari hati sanubari aku. Hahaha. ) ni, aku GAGAHKAN DIRI jugak bangun dari katil. Itupun dah pukul 7 pagi lebih dah.

Matahari pulak dah mencanak nak naik! Tapi tak kesahlah sebab aku cakap kat laki aku : " Alahhh, kite pergi jelah. Takpelah kalau matahari dah naik pun. Cahaya matahari time pagi macam ni kan bagi Vitamin kat kulit kita. ". Kuikuikui. Alasan memang terbaik dari ladang lah!




Hah! Hah! Siapa cakap kalau BERPAKAIAN SOPAN BEGINI TIDAK BOLEH JOGGING? Siapa cakap? Siapa cakap? Siapa cakap? 0_o

Gambar ni DAH MEMBUKTIKAN, yang BAJU BUKAN ALASAN sama sekali untuk korang tak menjalani hidup yang sehat dengan bersukan begini. Walaupun korang taknak keluar peluh beriya sangat dengan BERLARI LAJU SELAJU WATSON NYAMBEK yang entah apa cerita sekarang tu kan, at least, korang boleh JALAN LAJU-LAJU MENGALAHKAN binatang seperti KURA-KURA jauh terkebelakang korang. Kan? Kahkahkah.

Time ni, aku takdelah nak lari laju sangat mana pun sebab TAKOT TERSADONG TERJELUPUK ke apa ke kan sebab PERTAMA KALI kan berjogging pakai abaya begini. Jadinya, LARI PUN SOPAN-SOPAN

Tapi pada aku, ok lah LARI PAKAI ABAYA. Takdelah TERUK mana pun. Takdelah SUSAH mana pun. Ok jek. Boleh je lari. Patutlah sebelum ni aku tengok, ramai je perempuan dok jogging kat sini pakai abaya. Rupanya takdelah TAK SELESA mana pun bila pakai baju macam ni pergi jogging. 

Kira boleh pergi jogging lagilah lepas ni dari dok TERBONGKANG KAT RUMAH BUAT PETA DUNIA ATAS BANTAL sampai separuh hari. Hehehe. 




Nilah ORANG YANG PALING SEMANGAT SEKALI ajak aku mengeluarkan peluh dan menjalani hidup yang sihat! Laki aku ni memang HOBI DIA DOK BERJOGGING ni. Dari dia sihat dulu dia memang macam ni. Suka sangat pergi jogging. Balik kampung pun, dok BERJOGGING KELILING KAMPUNG YANG DIKELILINGI SAWAH PADI tu. Hehehe.

Bila EKSIDEN haritu dan kena MASUK BESI KAT KAKI dari peha sampai ke tulang punggung tu, dia dah kena slow down aktiviti macam ni sebab dia DAH TAK BOLEH LARI macam kita-kita ni tapi Alhamdulillah, bila dah dekat dua tahun ni lepas kejadian eksiden tu, aku dah nampak BANYAK PERUBAHAN lah sebab dia DAH BOLEH LARI LAJU sikit.

Kalau tak, masa baru eksiden tu, keluar hospital je, laki aku macam BUDAK BARU BELAJAR NAK BERJALAN. It takes time you know. Nak ajar dan belajar jalan balik tu memang MENGUJI KESABARAN lah. Nasib baik lah laki ku sangat kental orangnyaaaaaa! Sekarang? SEGALA USAHA DAH NAMPAK BERBALOI.

Nanti lelama, back to normal lah tu. Ok biebie? Don't you so worry. InshaAllah.




Lepas dah jogging sepanjang walkaway kat Corniche tu, terus balik! Hahaha. Takdenye dah lah NAK BUAT SECOND ROUND sebab matahari memang dah memancar terik. Aku pulak dah BERPELUH DENGAN KETIAK BASAH tak hengat. Nasib baik pakai abaya. Jadinya tak nampak ketiak tu BASAH SETOMPOK kat bawah lengan! Kalau tak? Kahkahkah.

Niat dihati sebenarnya, aku ajak laki aku nak breakfast kat Crepe dalam Avenue Star sebab dah TERINGIN NAK MAKAN WAFFLE tapi kau paham je lah. Makhluk-makhluk kat bumi padang pasir ni, memang macam BURUNG HANTU! Time siang, membongkang tidur. Kedai semua tutup. Harapan lah pulak kan nak tengok Mall bukak kalau dah kedai tepi jalan pun majoritinya tutup. =_=

Nasib baik lah ada COFFEE HOUSE YANG BUKAK SEAWAL PAGI KAT TEPI LAUT area Corniche tu. At last, kiteorang end up breakfast minum coffee dekat Costa Rica. Laki aku order Cappucino and aku amik Hot Chocolate. Memang terbaik lah! Lagi terbaik bila amik Almond Croissant sekali. Sedap tak terhingga. ( Maafkan aku Amal. Aku tak berniat nak buat kau telan air liur sekelupuk saat kau baca entri aku ini. Kahkahkah. )

Minggu depan, bolehlah buat aktiviti macam ni lagi! Bila lagikan nak MENGAMALKAN HIDUP SIHAT kalau tak tengah muda dan sihat ni? Ye dok? Korang pun sama ok. Rajinkan lah diri bersenam untuk hidup dengan lebih sihat. Hehehe. ( Poyo gila aku ni. Padahal baru sekali jogging. Kahkahkah. )

Sekian. Masalamah.


Dari Jeddah :

  • Harini aku dah start proses NAK MEMBAYAR PUASA yang aku cuti tahun lepas. Semoga urusan aku dipermudahkanNya. Amin. Korang dah bayar belum puasa? 0_O
  • Ada orang sedih sebab GAJI TAK MASUK LAGI. Nasib baik semalam tak joli duit yang sipi-sipi tu pergi makan kat tempat mahal-mahal. Hahaha. Kalau tak, masak lahhh!
  • Terima kasih untuk semua yang sudi SINGGAH BLOG aku ni. Korang jangan pelik kalau aku kejap rajin update, kejap tak rajin sebab aku buat blog hanya untuk mengisi MASA LAPANG. Bukan nak kejar traffik atau NuffNang tu. Ok?

3 comments:

  1. Best, banyak input, ayat sempoi, tapi jelas and tegas, nyatakan apa yang nyata!!! followed!

    ReplyDelete
  2. schakeyra - Thank you. Biasa je lagi ni. Tak hebat mana pun. Thanks for followed! ;)

    ReplyDelete
  3. hai nailah..hehee...sama stadi kt poli PD dlu ni..ros dok ikut la blog nailah..rezeki ALLAH bagi kan dpt netap kt sana..alhmdulilah..moga success sokmo..selalu la update blog ek..hehe

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...