April 28, 2011

Stay Up Yang 'Berbayar'


Assalamualaikum.

Haritu aku dah bagitau kan yang laki aku DEKAT SEMINGGU STAY UP je memanjang. Semuanya gara-gara sebab NAK CARI DUIT LEBIH. Nak cari duit lebih sebab NAK KENA SARA BINI yang banyak songeh, kuat makan tapi tak sedar diri dah makin gemok juga NAK SARA 'ANAK' yang sekarang makin demand tak tentu hala. Hehehe.

Malam ni, laki aku dah boleh TIDUR DENGAN TENANG SAMBIL SENYUM SAMPAI KE BELAKANG KEPALA sebab segala kerja dah dibayar. Bukan senang nak dapat rezeki macam ni. Alhamdulillah. Bersyukur sangat. Walaupun kadangkala hidup kat sini, ada satu masa tu sampai Tuhan duga dengan membuatkan semuanya, HANYA CUKUP-CUKUP JE SAMPAI HUJUNG BULAN. Nak joli pun tak boleh sangat sebab duit terhad disebabkan beberapa masalah. 

Biasalah kan. HIDUP DI PERANTAUAN NI BUKAN SENANG. Orang je selalu ingat orang kerja luar ni banyak duit. DUIT KEPUK-KEPUK SAMPAI KELUAR POKET. Tapi tak sedar yang duit kepuk-kepuk tu kadangkala TAK LAMA SANGAT BOLEH BERTAHAN sebab hantar balik Malaysia lagi, juga nak sara kehidupan kat sini lagi. Kau ingat senang? 0_o

Kau pergi lah tanya orang yang kerja luar. Memanglah gaji banyak tapiiiii ... NAK SURVIVE KAT TEMPAT ORANG memang bukan suatu perkara yang mudah.

Ini pun dah kira bersyukur sebab kerjaya laki aku membolehkan DIA BUAT KERJA FREELANCE. Dari freelance lah boleh BUAT SIDE INCOME yang masyukkkkkk. Setakat ni, laki aku MEMANG PANTANG orang offer buat freelance sebab kebanyakan kerja freelance yang dia dapat, adalah kerja yang dia suka dan minat especially kalau KENA DESIGN ke apa ke. Haaah, campak je lah kat dia! Sure semangat dia buat. Hehehe.

Tapiii ... kerja tu belum habis siap pun lagi. Kena buat phase by phase. So, duit pun dapat phase by phase jugak. Alhamdulillah. Duit tu boleh simpan. BUAT SAVING DAN BUAT BELANJA BALIK RAYA nanti. Biasalah, kalau balik Raya, memang banyak je benda nak kena pakai duit. Segala guna duit sekarang kan? Memanglah DUIT BUKAN SEGALANYA tapi SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT. Kan?

Tapi duit ni kan macam air. Sekelupuk dapat, lepas tu habis macam tu je. Kadang-kadang tak sedar duit tu pergi mana. Tau-tau dah habis. Ye dok?

Apapun, sebagai isteri, aku sentiasa MENDOAKAN SEMOGA REZEKI LAKI SENDIRI SENTIASA MURAH dan murah dan murah sebab kalau rezeki suami murah, isteri pun kena tempias sekali. Hahaha. ( Lantaklah kan kalau kau nak cakap aku kikis duit laki. Ada aku kesah? 0_o )

Dan aku tahu, laki aku buat macam ni semua demi NAK MEMASTIKAN AKU HEPI DAN BAHAGIA kat sini. Wajiblah kan dia nak kena buat semua tu. Kang aku tak hepi, mau aku mintak balik Malaysia. Kang memasing sangap pulak tak tau nak cucuk mana. Kahkahkah.

Tapi kalau dah hidup jadi suri rumah sepenuh masa macam ni dengan rasa senang hati, apa lagi yang aku nak kan? Hehehe.




Ohhhh! Malam ni pun AKU BOLEH TIDUR LENA SENYUM SAMPAI KE TELINGA sambil mimpi indah bersama BEG TANGAN BARU. Mungkinkah? ( Batuk-batuk. Biebieeeee ... I batuk-batuk ni. You paham sendiri sudah. Kahkahkah. )

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :
  • Laki aku dah selamat membuta tapi bini masih berjaga sebab layan Transformers.
  • Esok kalau rajin mungkin berjogging. Dah seminggu tak pergi jogging. Lepas jogging, boleh breakfast kat Teeyana tepi Corniche.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...