April 25, 2011

Restoran Yang Mempunyai Sijil Halal Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Assalamualaikum.

Bulan lepas isu ADA GELATIN BABI DALAM KOPI dekat Kluang Railway Stesen memang buat semua orang terkesima kejap. Mana taknya, dah sah-sah, kedai tu MEMANG TERKENAL sebab katanya, roti bakar sedap dan jugak kopinya. Tapiii ... tup tup rupanya dalam kopi tu DISAHKAN POSITIF ada gelatin babi. ( Telan air liur jap. Kembang tekak. ) =_=

Tiba-tiba, aku rasa legaaa dan TAK KEMBANG TEKAK sebab setakat aku dah hidup dekat 25 tahun nak masuk 26 tahun ni, aku BELUM PERNAH LAGI minum atau makan kat situ. Korang yang baca ni, ada yang dah pernah makan ke? Hehehe. 

Kalau dah pernah makan dan minum kat situ, hehehe ... sengih-sengih je lah yang aku dapat bagi kat korang. Kembang tekak tak bila dapat tahu kopi kat situ positif ada gelatin babi? Huhuhu. Tapi tak boleh nak buat apa lah kan, DAH TER'MINUM' DAN TER'MAKAN'. Takkan lah korang NAK SAMAK TEKAK korang pulak kan? Naya je pulokkk jadinya nanti. Redha jelah. BUKAN SENGAJA PUN kan? =='

Lepas tu, semalam, kat Twitter, orang dok sibuk RT pasal isu Starbucks pulak. Aku pun RT lah sekali. Dan dan tu jugak aku terus pegi bukak website JAKIM. Nak tengok betul ke tak. 

Bagi yang tak tahu tu, website JAKIM memang bagus. Kat situ, korang boleh CHECK SENDIRI status SIJIL HALAL YANG DIIKTIRAF oleh JAKIM kat mana-mana restoran, kedai makan atau produk makanan apa sekalipun. Senarai hotel dan resort pun ada. Pihak JAKIM memang selalu akan update status sijil halal yang di mohon oleh mana-mana pihak.

Check punya check, rupanya TAK SEMUA STARBUCKS tu ada status halal. Cawangan tertentu je yang ada SIJIL HALAL YANG SAH. Berdasarkan senarai yang aku tengok, kebanyak Starbucks yang ada sijil Halal yang sah ni adalah yang ada KAT AIRPORT dan SEKITAR KUALA LUMPUR juga JOHOR BAHRU. Yang lain? Hmmm. Pikirlah sendiri. 0_O

Untuk Coffee Bean pun sama jugak. Tak semua cawangan yang ada sijil Halal sah dari JAKIM. Kurang dari 40 premis je yang ada sijil Halal yang sah. So, agak-agak cawangan yang lain dan tak tersenarai tu, halal ke tak untuk kita kunjungi? 0_o

Ada pulak yang cakap, senang cerita, TAK PAYAH DAH nak pergi Starbucks or Coffee Bean sebab standard je semua dorang punya kopi ke makanan ke. Hmmm. Terpulang pada memasing lah kan. 

Cakap memang senang lah kan tapi kalau yang memang KAKI STARBUCKS tu, camne lak kan? Kau ingat senang? Siapa yang dah biasa dengan Starbucks or Coffee Bean, memang ralatlah sikit kalau tak pergi. Ye dok?

Dah lepas aku check Starbucks dengan Coffee Bean, aku check lah restoran-restoran lain macam KFC, McDonalds, Pizza Hut, Kenny Rogers dan lain-lain lagi.

Setakat ni, KFC ada Sijil Halal yang sah. McDonalds pun sama, Pizza pun sama dan juga Kenny Rogers. Nak tau restoran mana yang memang TAK PERNAH LANGSUNG mohon sijil Halal dari JAKIM?

Cer cecuba korang teka sikit ... Teka teka ...  

Baiklah.

Aku senaraikan 5 RESTORAN TOP yang memang TAK PERNAH MOHON dan memang tak ada sijil Halal yang sah dan diiktiraf oleh JAKIM. Antara yang masuk senarai :

  • Sushi King
  • Johnny's
  • Chilli's
  • TGI Friday
  • Old Town White Coffee

Haaaaa ... TERKEJUT TAK? TERKEJUT TAK? 0_o

Seeeeeeeeeeeeeee??? Semuanya restoran pemes. Aku pernah je nampak sijil Halal kat setiap restoran tu tapi ghupanya, sijil Halal yang kau letak tu TAK DIIKTIRAF ye? Tahniah lah sebab berjaya mengaburi orang ramai. Dah lah boleh kata memang MAJORITI PELANGGAN KAU TU ORANG ISLAM! Sadis sungguhlah. =_=


Sekarang ni, isu ni sebenarnya kita DAH KENA AMIK SERIUS sebagai UMAT ISLAM. Janganlah sebab NAK IKUT NAFSU TAMAK HALOBA TEKAK SENDIRI, kau tutup mata je pergi jugak makan makanan yang rupanya dah campur aduk dengan najis mugholazoh tu. 

Ingatlah bahawa setiap makanan kita tu, akan jadi SEBATI DENGAN DARAH DAGING kita. Nanti kalau KAU DAH KAHWIN, dah ada anak, anak tu pun nanti, darah dagingnya dah bercampur aduk dengan benda haram. Kan dah tak elok.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

أَيُّمَا لَحْمٍ نَبَتَ مِنَ الْحَرَامِ فَالنَّارُ أَوْلَى لَهُ

Daging mana saja yang tumbuh daripada benda haram maka neraka lebih pantas untuknya!

Tiba-tiba rasa bersyukur sangat sebab duduk dekat Saudi. Kat sini semua halal. Jangankan Arak, daging babi pun takde jual! Alhamdulillah. So, aku still boleh lagi jadi pengunjung setia Starbucks kat sini. Hehehe.

Maklumat terbaru pasal Kluang Railway tu pulak, segalanya MASIH DALAM PROSES TINDAKAN. Sijil Halal HANYA AKAN DIKELUARKAN jika SEMUA PROSEDUR DIPENUHI


Sekian. Masalamah.

3 comments:

  1. ok.baru tahu oldtown pon masuk skali..
    sebelum ni dgr gitu2 je pasal oldtown ni..igtkn kabar2 angin jugak..
    haiilaaa...
    -padam satu port lepak dihujung minggu dgn family-

    ReplyDelete
  2. Lynn - Akak rasa satu-satunya kopitiam yang ada sijil halal maybe Bangi kopitiam je kot? Huhuhu. =_=

    ReplyDelete
  3. xde ke pasal berus gigi halal?? T,T

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...