April 25, 2011

Bila Suami Cari Duit Lebih ...

Assalamualaikum.

Sejak dari hujung minggu baru-baru ni sampai lah ke harini, laki aku memang setiap hari tidur lambat. Pukul 2, 3 pagi, baru dia masuk tidur padahal kalau rutin biasa, pukul 10 malam ke pukul 12 tengah malam ke, dia dah selamat LOMPAT ATAS KATIL BERSAMA-SAMAKU. Hehehe.

Tapi biasalah kan ...

Hidup kat negara orang ni, kenalah PANDAI CARI DUIT LEBIH. Tak boleh nak bergantung sangat dengan gaji tetap yang memang dah ada. Bukannya nak kata gaji tak cukup. LEBIH DARI CUKUP dah sebenarnya. Tapi mungkin untuk KEPUASAN DIRI SENDIRI kot? Entah. Hehehe.

Tapi kalau orang dah OFFER BUAT FREELANCE, takkan nak tolak kan? Bukannya sikit tapi bolehlah duit tu buat BALIK PULANG MALAYSIA untuk Raya nanti. Boleh belanja adik-adik juga mak-mak, abah-abah di kampung. Ye dok?

Lagipun, family mertua aku bukan orang senang. Benda macam ni lah je yang boleh buat laki aku bagi duit belanja lebih untuk adik-adik tersayang kat kampung tu haaaa ...

Setakat ni, laki aku memang ok je buat 'kerja luar' sebab kekadang tu, dia cakap, kerja kat office, kurang mencabar sikit. Bila buat kerja luar ni baru mencabar sebab kena siapkan dalam beberapa hari je dan memang betul-betul kena kerah cari idea untuk design segala benda.

Tapi kan ... cuba korang tengok ni ...




Setahu aku lah kan, yang dok stay up sampai pagi LAKI AKU SORANG JE tapi ni tadi, masa laki aku tidur kejap lepas lunch, ada ORANG LAIN DOK MENYIBUK jugak nak tidur sesama dengan laki aku atas katil like macamlah DIA PUN STAY UP BERHARI JUGAK buat kerja sesama dengan laki aku! Hahaha.

Mok ni memang over kalau korang nak tahu! Lagi-lagi kalau BAB TIDUR. Memang DIALAH JUARA! Aku dah bagi takhta aku yang kuat tidur ni kat Mok.

Dia niiiiii ... kalau dah nampak kami lakibini start tutup lampu nak tidur setiap malam, dia lah ORANG PERTAMA dah landing atas katil dulu dan get ready nak tidur. Nilah kucing bertuah. Dahlah manja mengada. Overrrrrrrr!!!

Tapi pada aku, dia KUCING YANG BIJAK. Nak tahu kenapa?

Rutin harian aku dengan laki aku sebelum tidur, mesti kami nak basuh muka dulu, gosok gigi, buang apa yang patut. Kang Mok pun samalah! Tapi dia takdelah basuh muka ke apa cuma dia pegi toilet dia jugak buang apa yang patut. Dah kambus toilet dia, baru dia panjat katil and landing nak tidur. Hehehe.

Macam pagi tadi, disebabkan aku tidur lambat dekat pukul 3 pagi kot, bangun Subuh untuk solat pun, aku dah terhuyung-hayang. Solat pun memang dah tak khusyuk mana lah sebab solat dengan mata tertutup. Itu belum kira time nak habiskan solat dua rakaat tu dengan MENGUAP-NGUAP! Ngantuknyaaaa ... Ya Allah sampai aku sendiri bangun dekat pukul 10 pagi.

Yang si Mok, dia tengok aku syok tidur, dia pun TIDURRRRRRRR JUGAK kat sebelah aku. Bila aku dah bangun, dia bangun jugak tapiiiiii ... DIA SAMBUNG TIDUR KAT PORT DIA ATAS SEJADAH tu haaaa! =='

Aku pulak, memang harini tak buat air panas langsung untuk laki pagi tadi. Nasib baik dapat SUAMI YANG MEMAHAMI dan PANDAI BERDIKARI. Bukan dia tak kejut aku tapi aku memang tak larat nak bangun. Tahap ngantuk macam dah dua hari tak tidur. Huhuhu. 

Korang yang dah kawin, janganlah buat perangai macam aku ni. Aku memang BUKAN CONTOH ISTERI YANG BAIK ye. Aku mengaku ni dengan korang sekarang. Hehehe.

Ni malam kang, laki aku mesti tidur awal sebab semalam je, satu hari dia tak tidur. Dia dapat cover up tidur dia pun kejap je dari lepas solat Isyak sampai pukul 12 tengah malam. Lepas tu, laki aku tak tidur dah sebab nak siapkan kerja. Stay up sampai ke Subuh sampailah pergi kerja.

Alhamdulillah, kerja luar dia dah siap dan dah hantar pun dekat klien. Cuma ... tadi masa makan tengahari. Aku cakap kat dia : 

Aku : " Bie, tu ke keja you yang I tolong emailkan tu? "
Laki : " Hahh ... yelah. Kenapa? "
Aku : " Kenapa tak cantik pun? Selalu you buat kan cantik. "

Laki aku terdiam ... muka dah lain sebab first time bini sendiri cakap design dia tak cantik. Kekekeke.

Aku : " Takdelah selalunya kan biebie letak keta ferrarilah, orang berjalanlah kat plan tu. Ni kenapa I tengok takde pun kat MasterPlan tu? "
Laki : " Adalah. You kena zoom in baru nampak. Tengok macam tu memang lah tak nampak. "
Aku : " Yeke? Macam tu eh? " . ( Masa ni dah senyum-senyum dah tengok laki aku ... )

Aku : " Takdelah Bie! I memain je. Cantiklah you punya design tu. Saja sekali sekala nak ngutuk design laki sendiri. "

Hahahaha. Terus gelak tak ingat! Barulah laki aku senyum-senyum. Kahkahkah.

Ok. Dah pukul 6 petang. Nak bawak Mok jalan-jalan. Dia sekarang dah pandai demand. Asal petang je, dah mengiau duduk tepi pintu mintak orang bawak dia keluar main kat roof top rumah aku ni. 




Saje tepek gambar si gemok ni sebab aku tahu korang suka tengok dia. Kan? 0_o

Sekian. Masalamah.

2 comments:

  1. mok2 yang gedikmanja sibuk jugak nak tdo..hahah..
    comeyyy laaa..

    ReplyDelete
  2. Lynn - Dia kalau pape, dia memang suka menyebok! Kepoh je memanjangggggg!

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...