April 27, 2011

Utusan Malaysia Haram?


Assalamualaikum.

Secara amnya, umat Islam tahu yang minum arak itu hukumnya haram. Memegang atau apa saja berkaitan babi dengan anjing pun, hukumnya haram. Juga kalau kita bersekedudukan dengan adik beradik atau mak ayah sendiri. HAROMMMMMM! Apatah lagi berzina atau bunuh diri. Harommmm juga. Tapiiiiiiiiiiiiii ...





Eyh, baca Utusan Malaysia pun dikira HARAM jugak ke? Pelik pulak aku rasa. Kenapalah suka sangat main buat statement macam tu? =_=

Aku ni nak kata pembaca setia Utusan, idok ler sebab aku baca ArabNews je. Hehehe. Tapi kalau nak kata aku tak pernah beli dan baca Utusan tu, memang TIPULAH kan.

Sebabnya, aku kalau balik rumah Mak Abah aku kat Pasir Gudang, dorang beli je Utusan Malaysia ni. Bukan setakat Utusan Malaysia, Berita Harian pun beli, MyMetro pun beli. Melainkan kalau balik kampung mertuaku. Bapa mertuaku memang PEMBACA SETIA sotkabo Harakah! Jadinya, memang balik kampung, aku layan Harakah. 

Harakah pun Harakah lah nakkkk, janji aku ada sotkabo nak baca kat rumah sebab aku memang dah terbiasa. SETIAP HARI MESTI NAK KENA BACA SOTKABOR. Selain aku nak tengok pasal negara, aku nak kena tahu jugak dunia luar. Ye dok?

Tapi ni, kalau dah sotkabo Utusan diharamkan, memang DAH TAK BOLEH BACA lah ek? Macam tu? Kalau baca? Nanti Tuhan marah eh? Nanti masuk neraka eh? Gitu? 0_o

Politik Malaysia ni tak sudah aku tengok. Tak habis dengan kes VIDEO-LUCAH-ENTAH-SIAPA, tetiba pulak ni kes nak haramkan orang ramai dari baca sotkabor pulak. Dah kenapa? 

Memanglah kan. Aku perasan kekadang, sotkabor Utusan ni memang buyer kerajaan. Sepanjang masa dok nak up je pasal kerajaan. Sama macam RTM lah. Berita paling bosan. Serius bosan! Semuanya sebab orang kata, RTM pun buyer kerajaan jugak. ( Whatever! )

Tapi pada aku, kot iye pun kalau Utusan memang kebanyakan keluarkan cerita dan fakta yang salah, TAK PAYAH KAU NAK BELI ATAU BACA. Biarkan je. Senang. Tapi kenapa sampai nak haramkan pulokkk? Perlu ke sampai nak macam tu? 0_O

Pada aku sebagai rakyat Malaysia( ehemmm, batuk-batuk jap), SOTKABOR tu, IT IS JUST A PAPER YANG PENUH DENGAN DAKWAT BUSUK KALER ITAM DAN BERBAU KURANG ENAK

Tak perlulah sampai nak bertindak sampai macam tu. Like I said, kalau TAK SUKA, TAK PAYAH BELI, TAK PAYAH BACA. Thats it! Kalau kau memang hari-hari pergi beli sotkabor and benci nak nengok, benci nak pandang atau takut terjeling ke kat Utusan Malaysia tu, dahhhhhhhh! Kau tak payah pergi kedai beli sotkabor lagi! Kau suruh orang lain belikan untuk kau. Boleh kan? Tak susah kan? 0_o

Aaaahhhh! Pada aku, ni semua POLITIK PUNYA HAL. Sebab memasing nak memerintah, gila kuasa, rakyat yang jadi huru-hara. Bodoh! 

Berdamailah wahai kerajaan dan pembangkang oiiiii! Janganlah sampai satu hari nanti, rakyat meluat dan menyampah sampailah boleh TERJADINYA PERGOLAKAN REVOLUSI macam kat negara Timur Tengah ni. Masa tu kalau korang baru nak menyesal, memang dah terlambat!

Sekian. Masalamah.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...