April 26, 2011

Jahiliyah Moden - Adakah Kita Salah Seorang Darinya?


Assalamualaikum.

Harini MENDAPAT KESEDARAN DIRI dan TERASA DIRI SENDIRI SANGAT NAIF dan PENUH KEKUFURAN sebab TERLALU LEKA dengan PERIHAL DUNIAWI TANPA SEDAR. Sedihnya. =_=

Terasa diri SANGAT KERDIL dan BERDOSA YANG AMAT pada Pencipta Yang Agung. Juga kepada suami tercinta. Semoga kita semua terus MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK dariNya dan sentiasa sedar tentang KESILAPAN DAN KEKHILAFAN DIRI yang kadangkala kita lakukan setiap hari di luar kesedaran diri kita sendiri. T____T

Tengoklah video ni dan renungkan kembali :





Nampak tak? Dah sedar apa yang telah kamu lakukan wahai kawan-kawan wanita sekalian? Marilah kita semua BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK. Mohonlah keampuan di atas segala kesilapan pada Dia. 

Memang TIADA MANUSIA SEMPURNA di dalam dunia fana ini selain para Nabi dan Rasul tapi kita kena ingat, sebagai umat Islam, kita kena sedar bahawa kehidupan kita di dunia ni hanya sementara je dan kita tidak pernah tahu dan tidak akan dimaklumkan bila ajal kita. Kerna mengingati pada mati itu adalah wajib dan kematian itu ADALAH PASTI.

Mahu kah kita menghadapNya dengan diri penuh khilaf TANPA DAPAT MEMOHON KEAMPUNAN? TANPA BERTAUBATTANPA DAPAT MEMPERBETULKAN SEGALA KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN? Mahukah kita? 

Jadi dengan itu, jika ada pihak menegur tentang setiap kelakuan kamu wahai kaum wanita Muslimah, haruslah kita ambil kira, AMBIL SERIUS DENGAN SETIAP TEGURAN. Jangan nak sentap sangat sebab setiap teguran itu, ada baiknya. Kan? Betul tak?

Ya, aku tahu, kadangkala ada yang membangkitkan, kenapa perlu TEGUR DENGAN CARA KASAR, dengan CARA MENGAIBKAN? Kenapa? Bukankah mengaibkan orang juga adalah satu kesalahan? Ya memang betul. Sebab tu, kita kena ada give and take. 

Let say, ada orang tegur kita dengan cara kasar, main sound tepek je, kau bawak mengucap je lah. Jangan nak pertikaikan sebab kena ingat, sekurang-kurangnya, dia MENYEDARKAN KITA SUPAYA KEMBALI KEPADA JALAN YANG LURUS, kepada perkara yang baik. 

Lepas tu, kau sound lah dia balik. Eh, bukan sound tapi kau cakap kat dia. Kalau nak tegur orang, suruh dia cakap elok-elok, jangan cakap kasar sangat. Bolehkan? Janganlah kau pun ikut cara dia. Dah dia aibkan kau, kau aibkan dia. Like BALAS DENDAM lah. Tak buleh, tak buleh. ( Geleng kepala. ) T___T

Kata akhir dari aku, aku mengaku, aku dah TERGOLONG DALAM JAHILIYAH MODEN ni sebab aku suka upload gambar muka besar-besar. Tak mahu upload dah lepas ni. Serius tak mahu. =_=

Buat semua wanita muslimah, AMBIL SERIUS PERKARA MACAM NI. Anda masih belum terlambat untuk memperbetulkan segala kesilapan. Sesungguhnya, Allah SWT itu Maha Pengampun. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT, SEMENTARA MASA MASIH ADA.

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :
  • Kawan-kawan yang pernah upload gambar aku zaman aku tak bertudung dulu, aku mintak jasa baik korang untuk remove gambar tu. Mintak tolong sesangat. Hukum tetap hukum. Harap korang faham. Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan. Juga terima kasih pada Shiela sebab kongsi video di atas.

3 comments:

  1. ‎Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan

    ReplyDelete
  2. ilah:- sedih bile mgenang dosa ilah.. dulu jahiliyyah.. skrg takkan nk status yg same,, upgrade la ye dok...dr jadi SOLEHAH>,,wajah ku.. tubuhku khas buat SUAMI ku..hehehe

    ReplyDelete
  3. Ada - Terasa pulokkk. =_=

    Sheila - InshaAllah akan buat yang terbaik untuk dunia dan akhirat. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...