April 27, 2011

Carilah Rezeki Dari Sumber Yang Halal


Assalamualaikum.

Petang tadi, lepas aktiviti menggoreng cucur aku terbantut dek kerana kehabisan bekalan gas dapur, disebabkan masa tu pun dah pukul 6 petang, seperti biasa, sebelum MAGHRIB MENJELANG, aku akan lepas semua langsir kat tingkap rumah ni dan tutup tingkap juga sliding door rumah.

Tapiiii ...

Baru je aku nak lepaskan langsir kat bilik ... aku nampak sesuatu yang buat aku rasa bersyukur dengan setiap rezeki yang Tuhan berikan pada aku. Juga bersyukur dengan segala benda yang aku ada sekarang ni. Serius. T_____T





Lelaki ni gigih gila KOREK SAMPAH. Memula, apa yang aku nampak, dia cuma korek pakai besi yang dia siap-siap dah bawak dan gantung kat basikal. Jap lagi, agaknya mungkin barang yang dia cari tu, tak jumpa, dia siap bangun dari bergerak dari basikal dia dan bercari bersungguh-sungguh dengan korek sampah tu selagi boleh.

Kau tengok gambar ni, kau rasa tak apa yang aku rasa? =_=

Ini bukan pertama kali aku nampak lelaki yang korek-korek sampah macam ni. Sebelum ni, kat rumah lama pun DAH PERNAH NAMPAK SITUASI YANG SAMA cuma bezanya, masa tu, yang korek cari barang dalam tong sampah tu adalah seorang wanita yang bersamanya ada budak kecik dalam stroller. T____T

Aku kalau tengok orang macam ni, memang kesian siottt! Boleh jadi insaf aku dibuatnya. Boleh buat aku mendapat tetiba akan ada KESEDARAN tentang erti bersyukur itu sendiri. 

Tapiii ...

Aku KAGUM sebenarnya dengan orang macam ni. Susah macam mana pun, tetap juga berusaha buat kerja macam ni. Cari segala barang dalam tong sampah yang boleh di jual balik. Tak kisah pun dengan tong sampah tu busuk ke, apa ke. Itu belum kira lagi kalau ada tong sampah yang dah berulat-ulat yang orang ni terpaksa korek dan pegang untuk cari barang yang boleh dijual demi nak menyara diri sendiri atau keluarga. 

Cubalah kan. Kalau kau? Aku ke? Agak-agak, sanggup tak?

Memanglah kau akan cakap : " Isk, gelilah. Dah lah busuk. Itulah. Inilah. " . Itu sebab kau dah ada kehidupan yang lebih baik. Cuba kau kat tempat orang macam ni? Aku rasa, mau kau terjun terus dalam setiap tong sampah besar ni cari barang yang kau boleh jual! Kehkehkeh.

Pada aku lah, banyak-banyak jenis perkerjaan yang paling aku serius respek tinggi tahap menggunung ialah orang yang kerja macam ni. Memanglah HASIL DUIT TU TAK TETAP kan setiap bulan tapi bukan semua orang boleh buat kerja macam ni. Malu ke apa ke, memang kena letak belakang lah. Janji duit yang kau dapat tu nanti, dari usaha kau. DARI SUMBER YANG HALAL.

Sama jugak dengan orang yang KERJA KUTIP SAMPAH naik lori sampah tu. Setengah orang, selalu PANDANG HINA dengan orang yang kerja macam ni. Cakap kerja tu, kotor lah, busuk lah. 

Kekadang tu, siap ada, kalau orang macam ni lalu dekat dengan dorang ke, MESTI BUAT MUKA BUSUK. Pastu cepat-cepat tutup hidung. Betul tak? ( Aku pun sama. Hahaha. Keji gila ok perangai macam tu. Sila jangan buat lagi! =_= )

Korang pernah terpikir tak, memanglah kan kerja-kerja macam ni, setiap masa akan dikelilingi dengan bau busuk, kotor dan segala macam bau lah kan. Tapi kerja ni sebenarnya JAUH LEBIH BAIK dari orang yang kerja jadi pelacur lah, jadi pembunuh upahan lah, pengedar dadah lah, bapak ayam lah dan segala PEKERJAAN YANG MEMANG SANGAT DIKUTUK DALAM AGAMA. Betul tak?

Macam pelacur kan. Tak kira lah gigolo ke, anak ayam ke, anak ikan dan segalanya anak yang adalah. Macam mana dorang boleh cakap, TAKDE PILIHAN LAIN UNTUK BEKERJA? Bidang tu jelah yang ada. Kenapa? Padahal ikutkan, boleh je cari rezeki dari sumber yang  halal dan lebih baik dari tu. Kan?

Sebab nak kaya cepat? Macam tu? Habis tu, kau kata nak kaya cepat kan. Memanglah kau kaya. Lepas tu, kau dah kaya, kau kena HIV. Dah kena HIV, lepas tu, kau terus mampus tanpa kau sempat joli sakan duit yang memang haram tu. =_=

Pada aku lah, kenapa lah orang macam tu macam tak terpikir, dari aku dapat HIV sebab dok beromen-romen dengan orang yang entah mana asal usul, baik aku kerja bawak lori sampah ke, sapu sampah ke, cuci toilet ke. Kan? 

Lagilah senang hati sebab sumber rezeki kau tu halal. Hidup pun tenang je. Tuhan pun berkati je perjalanan hidup kau sebab kau cari rezeki dari sumber yang halal. Ye dok?

Lagi satu, orang kerja pelacur ni atau seangkatan, kalau tak bagi jawapan sebab takde pilihan, jawapan lain, mesti dorang cakap macam ni : " Ini je kerja yang saya pandai buat. Kerja lain tak pandai. Sebab dulu saya belajar tak tinggi. " Jawapan yang sangat cliche. =_=

Fine. Suka hati kau lah! 

Pada aku, Tuhan beri kita AKAL UNTUK KITA BERPIKIR mana yang baik, mana yang buruk. Juga Tuhan bagi kita PEGANGAN AGAMA untuk kita membezakan mana yang halal dan mana yang haram. Selebihnya, terletak pada kita. Pada diri sendiri.

Semoga orang-orang yang bersumberkan rezeki haram ni, menemui jalan pulang dan juga semoga orang yang susah dan kerja dengan korek sampah atau bawak lori sampah atau segala kerja berkaitan dengan sampah dan seangkatan dengannya, terus tabah mengharungi dugaan hidup mencari rezeki halal.

Hah! Yang kerja dah elok tu, kau jangan nak demand pulak cakap gaji sikitlah apa lah itu lah. Kang Tuhan tarik balik nikmat baru tahu!

Yang kaya raya dan hidup senang pulak, hulurkanlah bantuan. Bantu golongan yang susah macam ni. Kalau kedek sekalipun, bagilah sikit. Tak luak mana pun. Makin lagi menambah rezeki, adalah. Ok?

Sekian. Masalamah.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...