April 23, 2011

Malaysia Dekat Di Hati : Nasi Tomato, Ayam Masak Merah & Acar Timun

Assalamualaikum.

Semalam, sebelum tidur aku DAH KELUARKAN AYAM siap-siap dari tempat beku. Memandangkan dalam tempat beku tu cuma ada DAGING DAN AYAM, aku pilih untuk masak lauk ayam pada esok hari bermakna untuk harini lah memandangkan juga, ayam tu dah lama sangat duk dalam tempat beku tu iaitu dari minggu lepas lagi.

Kami lakibini ni memang TAK BERAPA SUKA AYAM sangat. Lagi suka ikan atau daging tapi duduk kat negara orang ni memang TAK BOLEH NAK BANYAK SONGEH SANGAT sebab kat sini, pilihan ikan tu memang tak berapa banyak macam kat sini. Lagi pulak, ikan kekadang ada, kekadang takde kat pasar. Ikut keadaan laut agaknya. Entah. Hehehe.

Tambahan lagi, hujung minggu baru-baru ni, KAMI TAK KELUAR ke mana langsung pun. Pergi jogging pun tak, ke pasar beli ikan pun tak. Cuma DUDUK RUMAH sebab laki aku dok pulun siapkan kerja luar dia untuk hantar harini.

Tapi ...

Bila bangun je pagi tadi nak buat air untuk laki, tengok ayam dalam sink, aku jadi blur semacam pulak taktau nak masak lauk apa. Memula dalam kepala, aku ingat nak MASAK KURMA AYAM tapi laki aku tak berapa sangat pulak dengan lauk tu. Nak MASAK KARI AYAM pulak, aku baru je masak haritu. ( Tak sedap. Rempah kari tu macam dah expired. Entah. Pandai je aku ni kan? Salahkan rempah pulak aku ni ... padahal diri sendiri belum pandai masak Kari Ayam. Hehehe. )

Bila dah bukak laptop, tetiba KEPALA DAH TERLINTAS nak tengok resipi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dengan Acar Timun. Tengok punya tengok, sekali je nak masak Nasi Tomato tu kena ada kayu manis, bunga lawang dengan buah pelaga lah pulak! Terus TAK JADI MASAK sebab aku MEMANG TAKDE rempah ratus tu semua.

Ok. Fine. Terus decided buat Kurma Ayam je lah. =_=

Tengah leka dok ngadap Facebook, baca blog orang, tweet dengan kengkawan dan adik-adik tersayang, jap lagi ... tingggggggggg ( macam ada keluar lampu menyala kat kepala aku! ) ... aku TERINGAT SUP BUNJUT TULANG aku! Dalam sup tu kan selain ada sup bunjut, ada rempah ratus yang ketiga-tiga tadi. Haaaaa ... terus dah berbunga-bunga senyuman aku. Hehehe.

Terus akucari ketiga-tiga resipi ni balik ...

Aku mula masak dalam pukul 11 pagi. Dalam sejam lebih macam tu, akhirnya ... aku berjaya jugak buat Nasi Tomato, Ayam Masak Merah & Acar Timun! Piuhhhhhhh ... loghooo den! Puas pun puas sebab ini PERTAMA KALI MASAK dan MENJADI! KEJAYAAN PERIBADI UNTUK DIRI SENDIRI dalam BIDANG MASAKAN. Hahaha.

Ni aku nak bagitahu buat korang yang nak kahwin, anak-anak dara atau para isteri yang TAK BERAPA PANDAI MASAK atau MEMANG TAK PERNAH MASUK DAPUR sekalipun. Korang kalau nak pandai masak, nak belajar masak, pergilah website My Resipi ni.

Carilah apa resipi sekali pun, mesti ada punya! Dari untuk sarapan, makan tengahari, kuih muih untuk minum petang atau manisan sekali pun, semua resipi ada. Korang ikutlah satu per satu step nak masak. Mesti jadi punyalah! Kalau tak jadi, jangan salahkan aku. Salahkan diri sendiri sebab TAK BACA BISMILLAH DULU SEBELUM KORANG MASAK. Hehehehe.

Lagi satu, cheq nak pesan ni, kalau hangpa nak masak LAUK BANYAK macam ni, hangpa semua kenalah PANDAI MANAGE NAK MASAK APA DULU. Barulah hangpa tak loklaq kat dapur tu. Barulah dapuq hangpa tu tak bersepah kalah tongkang pecah! Wuwuwuwuwu. =_=

Macam aku, aku masak Nasi Tomatonya dulu. Aku check dulu semua bahan. Dah cukup semua, baru aku masak. Aku TAK SEDIAKAN BAHAN AWAL-AWAL pungggg! Semuanya on the spot. Kang nak sediakan semua bahan dulu, lambat pulak aku siap masak kang!




Nasi Tomato. Nak resipi? Pergi kat sini.


Dah settle masak Nasi Tomato dan biarkan nasinya masak seperti nasi biasa, aku buat Ayam Masak Merah pulak. Sementara, nak tuang bahan-bahan masa buat Nasi Tomato tu, sambil-sambil tu aku goreng ayam separuh masak dulu. DUA KERJA DALAM SATU MASA.

Sebab tu aku kata tadi, KENA PANDAI MANAGE KERJA DAN MASA KAT DAPUR. Bukan kat office je boleh apply manage masa dan kerja ni, kat rumah pun boleh! Tak sia-sia rupanya aku belajar Management masa Ijazah dulu. Kahkahkah.


 


Ayam Masak Merah. Nak resipi jugak? Pergi kat sini.

Dah siap Ayam Masak Merah, baru buat Acar Timun. Dulu TENGOK ORANG BUAT MACAM SUSAH je. Lepas tu, selalunya aku makan orang masak tapi kali ni, sendiri masak. Gembira betul sebab dah tahu buat benda ni semua. SATU KEPUASAN UNTUK DIRI SENDIRI tahu? Hehehe.




Acar timun. Sila pergi sini kalau nak resipi.

Laki sayewwww siap pesan, kalau bulan puasa, boleh lah masak lagiwww untuk diewwwww!  ( Tolong lempang aku ramai-ramai sebab guna bahasa budak tak matang camtu! Hahaha. ) Kalau bukan bulan puasa pun boleh jugak!

Yang BELUM PERNAH CUBA lagi, cuba lah masak. Tak susah pun. Janji bahan semua ada. Selamat memasak untuk suami juga keluarga! 

Sekian. Masalamah.

2 comments:

  1. ughh..mmg tbaik la..tgok pic pon dah terliur! ^__^

    ReplyDelete
  2. Lynn - Hahaha. Itu menandakan, tak balik Malaysia pun takpe lagi sebab kat sini boleh masak sendiri! Hahahahaha.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...