June 12, 2012

Mok - Si Champion Dalam Bab Tidur!

Assalamualaikum.

Awal dulu masa bela Mok, dia takdelah kuat tidur macam sekarang ni. Hidup seimbang je sebab tidur, makan & main semua seiring sejalan. Bila pindah rumah kedua pun sama. Lagilahhhhhhh dia suka main sebab laki aku rajin bawak dia keluar kejap dok 'memburu' cicak kat luar.

Ni bila pindah masuk rumah ketiga tambah dah ada Skulky, pe'el kuat tidur makin menjadi-jadi. Boleh kata, dalam tepon aku tu, kebanyakan adalah gambar-gambar dia tidur. Memang payahlah nak dapat amik aksi dia tengah main ke apa. Memang susah!

Tengoklah ni ...........



Port tidur atas kepala sofa kat living hall ....


Port tidur atas katil ........


Port tidur atas sofa kat tempat duduk ......


Sama ... atas katil ....


Yang ini pun ......


Yang ni tetiba mengada tidur kat dapur sebab merajuk taknak bagi dia makan ......

Macam manalah nak bagi? Padahal baru setengah jam sebelum tu aku dah bagi makan. Padahal biskut pun dia dah lantak. Ni mintak can food pulak. Ni kang kalau obesiti, aku nak jawab apa kat vet ni? =_=''


Ni atas katil. Hujung katil .....


Ni tengah-tengah katil .......


Ni memang dia tidur betul-betul spot kami solat. Sebab dia mengada, terpaksa dok solat selit-selit sempit kat tepi tu. Takpe. Demi mu Mokkkkkkkk! T__T


Yang ni hari Sabtu haritu. Aku dok sibuk nak tukar bedsheet, dia pandaiiiiiii ... nampak aku leka terus baring tidur kat situ. Mementanglah aku ni memang cepat kesian & memang manjakan dia. Amik kesempatan betullll! Dasarrrrrr domokkkkk ........


Ni beberapa jam selepas itu. Aku dahlah masa ni bajet dia nak bangun, then beralih tidur tempat lain. E'eh ... tak ghupanya sebab dia bangun sebab nak adjust tempat tidur dia and landing tengah-tengah pulak. 

Sampai ke petang pulak tu dia tidur. Elok lagi setengah jam laki aku nak balik, baru dia bangun. Itupun mungkin sebab aku cakap kat dia : " Dah nak kul 6 ni, kejap lagi Papa balik katil ni tak berkemas, padanlah muka kalau kena marah. Tak tanggung. Salah sendiri sebab kuat tidur. "

Ha kauuuuu ... terus dan dan tu jugak dia bangun. =_=

Bela kucing ni macam kadang ko akan rasa bela budak. Tambah lagi, bila dia tau, bila kita marah, bila kita nasihat, bila kita cakap 'NO' terus dia akan paham. No big deal. Tak rugi sebab bila kita layan baik, ajar apa yang boleh dan tak boleh, at the end, they give such a good respond & communication dengan kita walaupun pada hakikatnya, sampai bila-bila kita takkan dapat faham bahasa binatang. Hihihi.


Ni gambar harini. Tengahari tadi. Dok lena sebab baru lepas melantak can food. Elok je port belakang pintu bilik atas karpet .........


Ko tengoklah bulu diaaaaaaaaaa! Macam gula-gula kapas pun ada! Manalah aku tak geram? Tapi kedekut makcik ni kalau orang nak sikat bulu dia. Asal sikat je marah, asal sikat je, mulalah keluar suara garang kuku tajam semua .... =_=


Haaaa ... ni aktiviti setiap kali sebelum tidur. Kalau dia memang tidur lama, sebelum tidur tu mesti dia nak bersihkan bulu dia sebersih-bersihnyaaaa! Lama kau dia bersihkan. Setengah jam pun belum tentu habis! So, that is why bulu dia gebu gitu sebab makcik ni memang jaga penampilan. Gituhhhhh ... hahahaha.

Sebab lain adalah pemakanan dia aku jaga. Baik dia ke, Skulky ke aku memang tak bagi makan benda bergoreng or makanan lain selain makanan kucing. Sekali sekala je aku award kan dorang cheese cake ke, ayam panggang ke, ayam Al-Baik ke. Hihihihi.

Harap-harap budak 2 ekor ni sihat dan panjang umur sampailah we back for good one day. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Sekian. Ma'asalamah!


2 comments:

  1. comelnya kucing. mcm kucing kite sebijik color putih.

    InshaAllah panjang umur sbb cukup makan minum and kasih sayang. coz kucing kita paling senior and paling manja dah umur 10 tahun lebih. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. ANR - Thank you. Terima kasih atlas doa buat dorang. Mudah2an dorang dapat merasa udara Malaysia. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...