June 15, 2012

Umrah Di Bulan Rejab

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Finally dapat juga buat Umrah after few weeks bertangguh. First tangguh, sebab one both of us tak sihat kalau tak silap. Then, second time terpaksa tangguh lagi sebab dengan jayanya, diri sendiri mengibar 'bender Jepun' dengan megahnya. Hihihihi.

So, harini dengan izinNya juga dapat datang sini menjadi tetamuNya. Alhamdulillah. Itupun dugaan juga sebab malam tadi tidur lambat sebab tengok bola. Pulak sini masuk Subuh pukul 4.15 pagi. Nak pegi Makkah kalau boleh pukul 5 pagi. Set jam pukul 4 pagi. Terkebil-kebil juga nak bangun sebenarnya pagi tadi.

Tapi tapi tapi .....

Dah kata mengantuk, mandi pun elok time azan Subuh. Pastu dah siap mandi, nak ngejut laki pun amik masa gak bila laki dok 15 minit, 15 minit, kejap lagi, kejap lagi, kejap lagi tak sudah. Dah kena tempik, haaa ... baru menggelupur nak pegi mandi. Sakit hati ok sebab laki aku ni kadang nak kejut dia bangun dah  ghupa macam kejut budak taknak pegi sekolah. =_=''

Sudahnya gerak pegi Makkah pun dah 5.30 pagi. 

Sekarang ni musim panas dah. Maka cuaca kat luar pukul 5.30 pagi tu ibarat pukul 8 pagi. Alhamdulillah jalan lengang sebab biasalah, orang Arab kan burung hantu sikit. Time malam, kita tidur dia berjaga. Time siang, kita berjaga, dorang sedap lagi membuta sampai Asar. Pe'el. 

Aku biasalah, masuk je kereta, mesti dah sayu-sayu je mata aku. Kejap-kejap tersentak juga dalam keta bila laki aku pun ghupa ngantuk gak dengan bawak keta terhuyung-hayang. Sejak kahwin, aku asal masuk je keta, mesti nak tidur. Taktau pasal. Kalau tak tidur, mesti pening kepala. 

Laki aku kat sebelah dah bising-bising. Kihkihkih. Yang aku tau, aku terbangun betul tu bila dia dok sergah aku dah sampai kat bandar Makkah tu ha. Kihkihkih.

Sampai Makkah pun around 7 pagi. Terus parking keta kat Safa Tower macam biasa dan menuju terus ke MasjidilHaram.


Main gate. King Abdul Aziz. Suasana around 7 pagi.


Masa ni dok berhenti kat dalam Masjid before turun ke dataran Tawaf. Berhenti sat baca doa dulu.


During du'a for Tawaf.


During Solat Sunat Tawaf.


During Solat Sunat near to Hijr Ismail.


During tunggu suami pergi toilet. :p


During tunggu suami pegi toilet juga.


Us. Husband & Wife. Nailah & Azman. During Sae'i. Masa ni dah habis Umrah dah sebenarnya. ;')

Alhamdulillah, we are so happy because we could complete the Umrah even sebenarnya masa tu, suami dah sakit kaki. Almaklum, his kaki ada besi. So, setiap kali buat Umrah, time Sae'i memang paling mencabar sebab too far for him but every time dia cam dah weak and penat tu, I will always asked him to look at any old people or women or even ada yang cacat or pakai tongkat still gagah lagi steady buat Sae'i. Hiks.

Even me myself, every time macam penat dan nak ke arah semput tu, mesti cepat-cepat cakap kat diri sendiri : " Come on, come on. Kau umur baru berapa dah penat. Kau tengok yang tua tu? ". =_=''

Itu sahaja yang boleh memotivasikan diri tatkala mahu habiskan Sae'i. Hihihi.

Settle buat Umrah, apa lagi kalau bukan aktiviti makan roti canai kegemaran. Harini extra makan lontong sebab I is super duper lapar. Lontong memang enak harini berbanding last time aku makan haritu punya. Alhamdulillah.

Planning asal nak stay sampai solat Jumaat terpaksa dilupakan sebab sebagai tanda menghormati suami yang ternyata sudah tidak ketahanan dengan sakit di kakinya. Maka, disebabkan mahu kejar waktu Solat Jumaat di Jeddah, settle makan terus gerak balik Jeddah.

Elok je sampai rumah pun dah pukul 12 tengahari. Memang elok sangat. Lepas solat, elok juga laki aku terbongkang kepenatan dalam bilik. Hihihi.

Seperti biasa, aku doakan semoga korang semua sampai sini satu hari nanti. Semoga korang dimurahkan rezeki untuk menjadi tetamuNya. InshaAllah.

Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...