June 13, 2012

Kejadian Berdarah 3 Tahun Yang Lepas ......

Assalamualaikum.

3 tahun yang lepas ... pada tarikh yang sama iaitu tarikh harini 13 Jun kami adalah dalam keadaan terpinga, diam seketika. Seakan jatuh rebah tersungkur ke bumi. Tuhan sayang, maka DIA bagi kami ujian.

Inilah yang berlaku 3 tahun lepas .... berlaku selepas waktu Asar ... berlaku selepas elok kami keluar dari perhentian Tapah ke arah Kuala Lumpur ........


Bahagian enjin ....


Bahagian tempat duduk co-pilot .....


Tayar tercabut terpelanting agak jauh juga sebenarnya. Itupun orang PLUS kutip. =_='


Bahagian belakang ..... Skirting belakang depan kereta pun ranap dan tercabut. Pun tersadai kat tengah-tengah divider highway ....


Atas tow truck nak dibawa ke Perodua Kajang untuk siasatan bagi mendapatkan pampasan insurans ...

Serius sedih bila tengok pic kereta ni sebab banyak sangat kenangan. Dari zaman berkawan, bercinta, bertunang & selamat jadi laki bini pun ....

Waktu kejadian ni pun elok baru 6 bulan kahwin. Orang tua cakap orang baru kahwin biasanya akan diduga dan nahhhh ... inilah dugaan dariNya. Terima dengan redha walaupun sebenarnya, pada hakikatnya, dekat seminggu juga air mata tu adalah kawan paling baik.

Aku adalah orang susah nak menangis. Paling teruk aku nangis masa ... hihihi .... putus cinta dengan ex aku yang first. Itupun bajet cam takde nak nangis masa putus cinta tapi bila kenang dekat 7 tahun bercinta tapi kesudahan tiada apa, memang tunggang terbalik kejap dunia aku.

Tapi takpe sebab Tuhan bagi yang lebih baik. Alhamdulillah. ;)

Dari hari kejadian sampailah 6 hari berikutnya, aku nak cakap pun macam nak taknak. Makan pun ikut suka aku. Banyak termenung. Asal leka sikit pun, nangis je lah kerja aku. Memang takde kerja lain. Macam-macam yang ada dalam kepala otak aku sebenarnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.



Ini suami. Sehari selepas kejadian.

Dahlah sedih tengok suami patah riuk tangan kaki semua, dengan muka lebam macam tu, bila kena transfer dari Hospital Slim River ke Hospital Besar kat Ipoh ( Aku lupa nama hospital kerajaan tu ... ) nun, transfer masuk ke bilik kecemasan, laki aku terlantar berejam dengan doktor sorang main game Zuma, nurse 2 orang sibuk beborak sambil YM dengan telepon. =_=

Hati memang nak marah tapi emosi masa tu memang tak stabil. Bila tak stabil, potensi untuk aku baling barang adalah tinggi. Maka masa tu memang belajar untuk kawal emosi je.

Tau-tau, tetiba, hantar ke Wad Kelas Ketiga. Request nak masuk Kelas Pertama tak dilayan. Ok. Apa-apa je. Lantak sebab at least, aku nak dia selesa baring kat katil. Ingatkan sampai situ ...

Tapi bersambung sedih lagi sebab badan suami penuh kaca, nurse yang jaga situ boleh biarkan. Itu baru nurse. Yang doktor-doktor, e'eh, boleh pulak main-main gerakkan tangan kaki laki aku yang dah patah. Hati marah membara. Ikut panas baran aku, nak je aku luku doktor-doktor time tu jugak tapi orang keliling cakap sabar. Ok. Ku turutkan. Sabar. Dalam hati? Menangissss .... T_T

Kesudahannya, kaca-kaca yang melekat tu, abang ipar dengan adik ipar aku yang bersihkan sendiri. Kau boleh bayang tak apa perasaan aku masa tu? =_='

Dahlah janji macam-macam tapi habuk pun tarak. Sampailah, tetiba ada satu nurse ni, pangkat Makcik, Dialah yang bersihkan luka-luka laki aku. Agaknya dia tengok muka aku bengkak dengan aku asyik nangis, terus elok dia bisik-bisik kat aku : " Nak, bawak suami pergi hospital swasta. Jangan tunggu. Teruk dah keadaan dia ni. Jantung dah slow sangat. " T_T

Maka bermulalah adegan rasa nak hempuk doktor kat meja kaunter tu ....

Manalah aku tak rasa nak hempuk, elok nak datang tanya kat dia, e'eh, elok pulak doktor tu tidur. Bila tanya : " Ni kata nak buat operation? Bila? ". Yang dijawab : " Saya ngantuk Puan. Bagi saya tidur dulu. Malam tadi saya on call. "

E'eh, jawapan dia bagi tu memang mintak nak kena lempang ke nak kena terajang dengan aku ni? Dah terus langsung aku bertekak dengan doktor and end up : " I want transfer my husband to private hospital. Please make the paper and all, RIGHT NOW! "

Terus doktor tu bengang dengan aku, then ugut dia cakap taknak bagi surat pelepasan semua. Lantaklahhhhh kauuuuu! Petang esoknya tu jugak, nurse dengan ambulans dari Hospital Fatimah datang amik laki aku. Tercengang terus doktor-doktor kat situ. Kihkihkih.

Bawak pergi private, terus masuk bilk emergency, nurses bersihkan luka betul-betul. Elok je bersihkan, terus surgeon panggil aku explain operation apa yang laki aku kena buat. Pung pang pung pang, terus masuk wad sementara nak tunggu operation pagi esoknya.

Malam tu, for the first time ever, berkampung kat hospital. Aku bukan tidur sangat pun sebab cuak nak tunggu laki kena operate esoknya. 

Bangun je pagi esoknya, lepas Subuh nurse dah siapkan laki aku. Pakaikan baju semua. Elok pukul 9pagi, terus laki masuk OT. Ikut surat perjanjian, operation amik masa 2 jam.

Yang menunggu kat luar semua dah berdebar-debar nak tunggu habis 2 jam. Tapi manusia merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya ....

By the time dah nak dekat 2jam tu, takde tanda langsung operation tu nak settle. Aku memang serius tak sedap hati and I feel that something fishy is going on dan ternyata naluri seorang isteri tak pernah salah ....

One of the surgeon came out from the OT. Terus dia pandang dan panggil aku ...

Doctor : " Jantung your husband slow sangat. Too weak. Do you mind if we continue the surgery? "
Aku : " Any effects if we stop or if we continue? "
Doktor : " Both have effects. If continue, we worry if jantung berhenti & if stop, we worry nanti darah bertakung kat bahagian dalam because your husband tercampak keluar you know kan, dia tercampak tu pun, bahagian depan badan husband you terhempas kat jalan. "
Aku : " Then how? "
Doktor : .......................................

Nak bagi keputusan masa tu memang rasa macam jerut leher sendiri. Aku memang dah pasrah andai kata hayat dia berakhir kat bilik OT.

Aku : " Just continue. I leave it to God. What ever will happen, inshaAllah I will be ok. "

Terus dari patut operate 2 jam jadi 5 jam but Alhamdulillah, Allah SWT is always heard our du' a. Elok je keluar dari OT, laki aku muka pun ngantuk dengan dalam sedar tak sedar. Terus kena usung ke ICU.


Tengok suami macam ni, sampai satu tahap jadi dah tak boleh nak menangis sebab dah menangis banyak sangat. Hati dan perasaan jadi beku. =_=


Paling sedih, doktor tak jumpa urat kat bahagian lain kecuali leher ... sedihnyaaaaaaaaaaa tengok suami berselirat dengan wayar penuh gini ......


Time ni dia sempat mintak air tapi nurse tak bagi. Kena tunggu sejam kot kalau tak silap then baru dia boleh minum ......


Tangan belah kiri paling teruk sebab tulang patah tebu dengan kat tapak tangan pun sama, kena masukkan wayar to build up balik structure tapak tangan tu .... T____T

Bila dah masuk ICU, maka dengan tak rela, terpaksa juga berpisah sekejap sebab kat ICU kan mana boleh teman-teman. Alhamdulillah, 2 days after, transfer ke wad biasa.

Dan bersambunglah berkampung di hospital selama 2 minggu. Serius tepu. Aku pulak masa tu, memang sendiri tak nak keluar tengok awan ke, apa ke. Cuma mahu duduk dalam bilik tengok suami 24jam.


Luka tangan kiri semua berjahit. Memang paling horror ..... T_T


Besi kat tangan kiri ni panjang jugak. Dari siku ke pergelangan tangan. Kalau sekarang ni korang tengok tangan dia yang ada besi ni, tangan ni bentuk jadi segiempat ikut bentuk besi. Hihihi.


Ni kat tapak tangan. Masa baru eksiden tu, tangan kiri dia ni memang terkulai habis. Lembik sebab patah riuk dari tapak tangan sampai ke siku. Nasib suami kuat dan tabah. ;')

Kejadian ni memang ada banyak pengajaran dan pembelajaran yang boleh kami amik. Secara jujurnya, sejak dari kejadian ni lah, aku dah tak merungut soal anak. Sebab kejadian ni pada aku, Allah SWT mahu kami melihat sesuatu dengan lebih luas dan lebih teratur. Alhamdulillah.

Dan siapa sangka, lepas dah banyak nangis pasal kejadian ni, dengan nak hilangkan fobia lagi, dengan rasa susah sekejap sebab takde transport langsung nak ke hulu ke hilir, terus langsung Allah SWT hantar kami ke sini untuk menetap berdekatan dengan RumahNya.

Syukur Alhamdulillah.

Dan sampai harini jugalah, rasa ucapan terima kasih untuk family tersayang tu tak cukup dengan segala perngorbanan yang dorang dah buat dan tolong. Juga buat sahabat-sahabat baik yang sentiasa bagi support dan juga bersusah payah demi memastikan kami dalam keadaan baik selalu. 




Dan ini suami selepas 3 tahun peristiwa berdarah di highway itu. Handsome takkkkkkk???? Hahaha. Laki I dah chubby okay? Dulu seluar saiz 26/27, sekarang dah 31 nak masuk 32 kot? Kalau baju pulak dari saiz S, dah ke M dan ada potensi untuk ke L. Kihkihkih.

Harap-harap laki aku gagah dan tabah untuk masuk bilik OT lagi untuk buang besi pulak. Takde buat final decision lagi but I wish that dia buang besi tu semua so that the all the bones could build up nicely. InshaAllah.

Oh ya ... ada yang tanya, dia eksiden sorang ke? No lah. Kami berdua. I'm the driver and he is my co-pilot that time. Kuasa Tuhan, Tuhan bagi adil, suami cedera parah sedangkan si isteri, cuma luka di tangan kaki, bengkak kaki dan mata. Ada hikmah sebenarnya sebab kalau dua-dua parah, siapa nak jaga siapa? Kan?

Suami, i love you. No matter what will happen, I will always take a good care of you. InshaAllah. You such a strong person I ever met after my Mak. May we could go thru thick & thin together. InshaAllah. May I could be your sweetest angle in Jannah hereafter. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah.

5 comments:

  1. alhamdulillah semua selamat...sedihkan bila orang yang kita sayang jadi mcm nie?
    apa yang jadi ALLAH dah takdirkan cuma kita tak perasan dengan hikmah yang Dia bagi dekat kita....
    sy pun dah 2 tahun 3 bulan kawen belum ada rezeki Dia nk kuarniakan ank...pk +ve ja sekarang dan ada hikmah juga kenapa kami tercampk di borneo nie, mudahan 1 hari nanti kami pun akan jadi tetamu Dia....suka baca blog awak sbb boley tgk gambar kaabah...rasa sayu n sebak...

    ReplyDelete
  2. ALLAHUAKBAR!
    x sangka kamu simpan citer tragedi berdarah seumpama ini...
    tapi Alhamdulillah... Allah benar2 bersama kita... oh, tetiba cam nak nangis. besarnya rahmat Allah.

    bih HUGS syg...
    (masih lagi beremosi)

    ReplyDelete
  3. Ngerinya..tapi Alhamdullillah masih pjg usia..
    Allah sentiasa bagi perkara yang baik slps Dia beri dugaan..

    ReplyDelete
  4. ceritera-chinta - Assalamualaikum. Shukran sudi singgah dan baca blog ni. InshaAllah satu hari nanti mesti kita sesama punya zuriat. Amin. ;)

    InaAchik - Cerita ni lah nak cita kat Ina tapi asyik tak berkesempatan je. Now, Ina dah tau. ;)

    N.Aima K - Alhamdulillah. ;')

    Cik Puan Tipah - Memang ngeri. Salah 1 pengalaman hidup yang takkan dapat dilupakan. Alhamdulillah kehidupan lebih bahagia selepas ujian yang satu ni. ;')

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...