June 19, 2012

80% Tak Solat Subuh, Setiap 15 Minit Berlaku Penceraian & Setiap 18 Minit Lahirnya Sorang Anak Luar Nikah!

Assalamualaikum.

Based on tajuk, semua perkara tu adalah dari rakyat Malaysia.

Ni bukan main cakap okay? Ini adalah kajian dari Dr Fazilah Khamsah.

Hebat betul sampai 80% kan tak solat Subuh? Aku tak tau nak nangis ke nak apa ni. Ni siapa yang masuk dalam golongan 80% ni? #ketukkepalacubitperut

Ni apesal malas nak solat Subuh ni? Ni itu, ni ini. Why oh why lahhhhhhhh?????

Apesal malas sangat? Ngantuk? Takde masa? Ke memang saja? Ke macam mana ni? Adoiiiiiii .....

Kenapa malas? 

Solat kan tiang agama. Kalau tak solat, solat rongak-rongak, macam mana hidup kita nak tenang? Kita ni siapa nak ikut suka nak solat ke tak? Apa nak jadi ni????

Yang laki taknak solat Subuh tu. Tak kisahlah taknak solat ke, saje ke, ikut suka ke atau apa-apa je lah .... 

Awak kalau lelaki tapi solat awak tunggang terbalik, awak toksah mimpi nak kawin sebab tiang agama awak tak pandai nak jaga dengan betul, then macam mana awak nak jaga rumah tangga awak????

Awak kalau perempuan tapi solat tunggang terbalik, then macam mana awak nak bawak ahli-ahli keluarga yang lain masuk Syurga? 

Ingat, even awak puasa sebulan, sedekah, bayar zakat tapi tak solat, agak-agak, pahala ibadat kita yang lain di terima tak? Pikir-pikirlah. Allah SWT bagi akal fikiran kan?

Tu perihal solat ...

Yang setiap 15 minit berlaku penceraian tu pun boleh kira maha dasyat jugak tapi aku tak peliklah sebab aku ingat lagi masa nak daftar kursus kahwin dulu. Aku daftar kat Pejabat Agama Selangor kat Shah Alam tu.

By the time sampai office tu, ramai sangat orang. Ku pikir dorang macam aku, nak daftar kursus kahwin tapiiiiiii ....

Jap lagi, bila turn aku nak g bayar duit kursus kahwin tu, ustazah depan aku cakap : " Tengoklah. Semua tu nak bercerai. Taknak kaunseling semua apa. Semua cakap tak bahagia. Hari-hari macam ni. Taktau apa nak jadi. Masa manis, nak kahwin semua. Bila dah kahwin, ada masalah, terus nak cerai tak pikir baik buruknya. Setiap hari macam ni. Bukan takat 1,2 pasangan. Satu hari dekat 10 pasangan datang nak bercerai. Awak dah kahwin nanti, jangan macam ni tau. " =_=''

Ok. Aku terkejut. 

Pasangan yang datang nak bercerai tu, bukan muda, yang dah tua pun ada. Ada siap bergaduh kat bilik kaunseling, jerit terpekik sana sini. Siap tu, masa nak balik tu, ada sorang makcik ni siap pelangkung laki dia bila by the time masa nak dapat kaunseling tu, laki dia agaknya mengaku kahwin lain sebab aku dengar bini dia terpekik terlolong jerit : " Ceraikan dia. Aku taknak bermadu. Laki tak gunaaa! " ... punggg ... kena sebijik pakcik tu bila bini dia tu dapat pelangkung kepala dia dengan handbeg. Wuwuwuwuwuwuwu. T_T

Kalau pegi pejabat agama, kalau pegi bahagian kaunseling tu, memang banyak drama boleh tengok. Kalau untung, macam akulah. Free free tengok pakcik kena pelangkung! T__T

Ok. Itu kes bercerai. Perihal anak luar nikah ni pulak ....

Kat Malaysia, anak luar nikah setiap 18 minit lahir ... maknanya sejam, dah 3 orang. Sehari? 72 oranggggggg anak luar nikah lahir kat Malaysia!!!! 

Allah hu ... T__T

Taktau nak cakap apa dah sebab kelahiran anak luar zaman la ni dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Sana sini ada kes. Baru kes. Belum buang  bayi lagi. Lagi kronik! =_=''

Kalau siapa yang ada keja doktor ke, nurse ke, tahulah korang macam mana. Kadang, yang kerja doktor tu, boleh kata, sambut kelahiran anak luar nikah je. Bukan anak sah pun. Sampai kadang ada yang kerja doktor tu rasa nak terajang pesakit pun ada bila pesakit yang sama je datang dan kes yang sama iaitu lahir anak luar nikah.

Ini bukan main-main okay sebab kawan aku sorang, dia ada sambut kelahiran sorang anak luar nikah. Yang hebat tu, pesakit tu muka selamba je cakap : " Ni anak ketiga tak sah saya ni. Saya lupalah nak pakai kondom doktor. Nak gugur takut mati." . Boleh? Mampu? =_=''

Ikut rasa nak je bagi terajang tapi pikir tanggungjawab dia kan. Suka tak suka, buat jelah. Sudahnya, budak tu, baby dia main tinggal kat hospital. Mak dia pulak, sejam lepas operate bersalin tu, cabut lari dari hospital. Taktau apa nasib. Taktau hidup ke tak. Baby tu pulak pihak hospital seperti biasa akan contact rumah kebajikan. Settle situ.

Perasan tak, majoriti anak luar nikah ni adalah baby girl? Nampak tak Allah Maha Adil? Anak luar nikah kalau laki ok lagi, tapi kalau lahir baby girl, memang payah. Especially bila dorang dah besar dan nak nikah nanti. Kesian sebab nanti, kena tanggung malu adalah si anak luar nikah tu padahal sebenarnya yang patut disalahkan adalah mak ayah dia. 

Tapi apapun, yang perilaku dan lahirkan anak luar nikah ni, kita janganlah nak hentam sangat. Doakan je dorang berubah sebab kita tak tau pengakhiran hidup dia macam mana sebab apa pun boleh jadi. Siapa tau kan? Kot-kot dia taubat ke, dia lagi mulia di sisi Allah SWT berbanding kita. Sebab tu, kita hidup ni, jangan pikir kita bagus sangat. Sederhana je. Rilek-rilek je. Jangan rasa diri kita cam alim sangat ke apa. Jangan. 

Pokok pangkalnya, maka, jagalah hubungan kita dengan Allah SWT dengan sebaiknya. Solat jaga. Kalau kita jaga solat, inshaAllah semua terjaga. Rumahtangga terjaga, diri pun terjaga. 

Kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah SWT, inshaAllah baik penceraian ke, anak luar nikah ke, pun dapat dijauhkan dari berlaku kat kita.

Jangan solat je, perkara lain pun kena buat juga selagi ia mendatangkan pahala dan juga Allah SWT suka. Ok?

Sekian. Ma'asalamah!


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...