June 19, 2012

Paku Dulang, Paku Serpih, Mengata Orang, Sekarang Diri Sendiri Yang Lebih!

Assalamualaikum.

Everything happen for a reason.

Asalnya saje-saje tengok. Kemudian, kebetulan, sebelum tu ada 1 drama tu aku nengok sebab ada pelakon Rain tu. Rain aku memang suka dia sejak tengok dia berlakon dalam Ninja Assassin.

But in Ninja Assassin, Rain memang smoking hot dengan body berketak mata sepet tu. 

Mata sepet pun satu hal jugak!

Aku dulu padahal memang tak pandang laki mata sepet ghupa macam bukak tak bukak mata ni.

Tapiiii .....

Kuasa Allah SWT, kahwin dengan laki mata sepet.

Sudahhhh!

Dari situ asal pelakon mata sepet yang jenis bad boy sikit, haaaa ... mulalah sangkut. Memula sangkut dengan karakter Han yang dalam Fast Furious tu. Then, dengan Rain.

Sampai ke sudah, still dengan Rain ...

Cuma yang peliknya tu, Rain dalam movie Ninja Assasin punyalah hot habissssssssss!

Tapiiiiii ....

Dalam drama A Love To Kill tu ... alahai .... dah macam ghupa apek jual sayur kat pasar dah aku nengok! =_=''

Tapi takpelah. Apek jual sayur pun apek jual sayur lah. Yang penting jalan cerita drama tu.

Tengok drama A Love To Kill pun, masa tu drama tu dah nak habis dah. Adalah dalam 10 episod terakhir. Sebab Rain, aku layan jugak sebabnya drama Love Rain masa tu tak berapa aku nak sangkut sangat sebab aku menyampah tengok karakter Jun.

Alasan aku ... muka dia nampak sangat plastik. Memang dia buat plastik surgeri ke apa sebab aku memang selalu dengar kebanyakan artis korea ni memang too much obses dengan plastik-plastik ni. Eh? Correct if Im wrong.



Then, bila drama A Love To Kill tu dah habis, aku cam paksa diri jugak tengok Love Rain ni. Serius drama ni ada episod yang best, ada episod yang memang slow nak mampus dan buat aku ngantuk.

So, go with the flow je.

Pulak aku masa tu, kejap tengok, kejap tak tengok sebab drama start around 4 pm. Aku memang memula tu selalu terlepas sebab serius lupa sebab biasanya kalau petang, ada CSI, Heroes tu semua. Aku kan pecinta CSI dengan Heroes. Hihihi.

Sampaikan almost everyday, Ina dok WhatsApp aku ingatkan suh bukak cite tu.

Kat sini, aku tak download pun cite tu. Aku bukan tengok kat laptop tapi aku direct tengok dari KBS Channel tu. Memang ada. Tau ada pun after tengok kat rumah Ina. Hihihi.

Pulak suami I kan baik hati. Bila balik rumah, terus dia carikan KBS untuk isteri. Tapi bila isteri dok sebut Rain je, terus dia jadi macam menyesal carikan KBS. Hahahahaha.

Aku start sangkut tengok Love Rain ni pun bila ada 1 scene tu aku rasa karakter Hana lakonan Yonna tu cam comel sangat. Dengan suara comel-comel, lembut-lembut, suka bunga, suka buat muka, everything looks good on her! Harap-harap apa yang ada pada dia bukan plastik. Kalau plastikkkkk .... I is super duper sad! T_T


By the way, drama ni dah habis pun. Elok petang tadi tamat. Nasib baik teringat nak tengok. Kalau tak, melepas nak tengok Jun dengan Hana cium molot! Hahahaha.

Pulak cipta sejarah sebab aku dok bergenang air mata sedih tengok Mak Hana dengan bapak Jun terpaksa bawak haluan memasing sebab nak tengok anak-anak dorang bahagia. Tsktsktsktsk. T__T

Tak pernah-pernah aku tengok drama sedih bagai tapi today is the day! Air mata keegoan aku tertumpah juga akhirnya. Bukan apa sebab aku tetiba sedih teringat-ingat kisah lama sikit-sikit. Kahkahkah.


So, episod akhir tadi, Jun finally kahwin dengan Hana and they live happily ever after. Sweet tengok si Hana tu. I admit, korean girls memang cantik sebab dorang ada kaki yang panjang. 

Yang tak tahan dan paling teruk aku rasa bila, habis je drama, sebab aku dah syok dengar lagu-lagu dalam drama tu, terus aku pegi sms ..... hihihihihhihihi .... Munnnn!

Now she is like my korean playlist! Kahkahkah.

Muka tak malu terus sms tanya : " Mun, apa tajuk lagu Love Rain OST tu? " =_=''

Berdekah-dekah budak tu ketawakan aku! Kahkahkah. Memang kelakar pun aku rasa sebab dulu aku serius tak paham ape pasal orang mabuk sangat dengan drama korea ni. Sekali dengan aku sekali terjebak dah ni sekarang ni! Apa cerita?

Tapi aku still boleh control lagi. Takdelah obses sangat. Sikit-sikit je dah. Setakat Love Rain tu je lah. Itu je. Drama korea lain memang aku taktau langsung.

Ni pulak, si budak Mun request suruh aku tengok Rooftop ke pebenda? Entah. Tak tahulah aku apa nama tajuk drama yang dia suruh aku nengok sangat tu sebab kata dia best dan kelakar. 

Errrr ... tapi kalau kena download, kena pikir banyak kali jugak sebab aku adalah bukan manusia rajin nak download ni semua. Memang tak. Even drama Melayu pun aku tengok online je. Tak pernah lagi aku download sebab kerja download ni, laki aku punya part. Aku tau tengok je mana yang senang sebab aku memang tak suka nak download bagai ni. Not so me. Hihihi.

Ok. Nak dengar lagu sarang, sarang ...

Nasihat aku pada yang tak pernah lagi tengok drama korea, tok sah ler nak mencuba!

Nanti jadi macam aku. Dulu mengata orang, sekarang balik kat diri sendiri. Macam orang-orang tua cakap : " Paku dulang, paku serpih, dulu mengata orang, sekarang padan muka akuuuuu! " :p

6 comments:

  1. awak serius rooftop prince tu kelakar, kalau dkeat malaysia dah episod 18 lagi 2 episod nk habis..best giler cita tu walau episod memula pening2 sikit masuk episod ke dua mmg kelkar habis romantik komedi, pasal putera tu nak siasat misteri kematian puteri dia, tetiba dia dngn pengawal2 dia melangkau 300 kedepan....serius best....

    http://www.dramaload.com/korean-drama-rooftop-prince/

    dekat link tu blh tgk on9 download pun boleh...sampai 1 part tu rasa waaaa hensem nya depa (kalau hsbnd dengar cmfm tido luar ahahah )

    ReplyDelete
  2. muahahahahah nk tergelak baca entry ni.rara pon now tgh tgk love rain gak.yg lepas tgk pasta,pasta even hero n heroin x comel.tp cite best.ahhhh betul tu.jgn lah mula terjebak.kalau x mmg susah nk stop!

    p/s : kalau ada cite best ag jom share =) hehe

    ReplyDelete
  3. ada satu Kdrama yg tengah ada dlm kbsw sekarang "becoming a billionaire". best jugak. XD

    ReplyDelete
  4. Kak Jie tgok semua drama kat tv - ch 393. Ada alihbahasa tetapi lebih suka dengar bahasa korea asal...baru feel.

    ReplyDelete
  5. iniiiii iniiii. tak menahannn! tu laaa. jangan cakap sembarangan dengan penangan KPOP ni. kannn dahhh.. yeay! kannn dah geng sekarang! HAHAHAHA.

    baideway,rooftop prince tu lynn simpan tak tengok lg.balik cuti karang br leh tgk.

    tapiii,skrg ni dah download drama BIG! baru episod 7 if tak silap. pleaseee tgokkkkk. best!! hahahah

    bai kak. xoxo. mmuaaahhh..

    ReplyDelete
  6. ceritera-chinta - Wahhh! Siap bagi link. Terima kasih banyak. Masih tak sempat nak download lagi. Sekarang tengah sakan layan drama 'Becoming a billionaire' tu. Hihihi.

    Cikpuan rara - Rara, tengok 'Becoming a billionaire'! Cerita tu kelakar gila. Seronok! HAHAHA. :P

    wani_mn - Aah. Tengah layan drama tu lah sekarang ni. Kebetulan ada lepas habis drama Love Rain tu. Hihihi. Terima kasih bagitau. ;)

    Kak Jie - Wahhhh! Kak Jie layan korea drama jugak? Kelassss! Nailah baru belajar nak layan drama korea ni. Hihihi.

    Lynn - HAHAHA. Biarlahhhh! Akak skrg ni layan drama 'Becoming a billionaire' tu. Yang lain tak dan nak download lagi. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...