Assalamualaikum ....
Gambar kredit pada website iluvislam
Fahamkan bahawa ini bukan tuntutan manusia sesama manusia tetapi tuntutan kita dengan Pencipta kita Yang Satu.
Kita sebagai Muslimah memang sangat tinggi nilainya. Bukan takat sesama manusia duniawi tapi juga dipandang mulia olehNya. Sebab tu Allah SWT minta kita tutup aurat.
Tutup aurat bukan sekadar pakai tudung, baju labuh semua ok? Tutup aurat juga merangkumi semua apa yang ada pada kita.
Kalau rasa macam tak bersedia, pernah dengar kan ustaz Azhar Idrus cakap :
" Kalau tak rasa bersedia dan rasa macam tak ikhlas, tolong PAKSA DIRI SENDIRI. Nanti lama-lama mesti kita sendiri akan jadi ikhlas. "
Aku dulu memula pun macam tu. Awal dulu pakai tudung, tapi ikut suka akulah. Lelama tu, sendiri datang dan sedar benda macam ni bukan boleh bawak main.
Let say kalau tak berkesan juga ....
Ingat MATI. Pergi selalu ziarah kematian. Pergi kawasan kubur. Ingat, kita semua ni bakal jenazah. Bakal penghuni kubur. Kita semua ni, takde sorang pun tertinggal akan pergi menghadap balik kepada Pencipta kita.
Nanti kalau nak jumpa Allah SWT, kalau Allah tanya kenapa taknak tutup aurat? Kenapa tak tutup aurat dengan betul? Kita nak jawab apa? Do you think kita ni berani sangat nak menjawab : " I am not ready that time? " . Don't you? =_=''
Tutup aurat dengan betul ....
Tiada skinny jeans ....
Tiada leggings ....
Tiada baju ketat semedang ....
Tiada kebaya ....
Tiada inner baju yang ketat ikut bentuk tangan .....
Tiada menunjukkan bentuk tubuh kita .....
Tiada nampak kaki ....
Tiada nampak tangan kecuali bahagian tapak tangan .....
Tiada berhiasan berlebihan ....
Tiada baju atas bontot .....
Tiada baju yang hiasan dibaju berlebihan ....
Tiada kain baju jarang apatah lagi tudung .....
Tiada kenampakan leher atau telinga walau sedikitpun .....
Tiada wangian berlebihan ....
Tiada mekap berlebihan ....
dan semua tiada lain yang aku pasti semua pun tahu menutup aurat dengan betul tu macam mana yang betulnya. Ok?
Ingat, dunia ni sementara sahaja. Kita tidak punya apa-apa. Kita kepunyaanNya dan kita tiada hak untuk mempersoalkan segala perintahNya. Sebab tu kita harus patuh segala laranganNya.
Cari redha Allah SWT kerana itu yang membahagiakan baik di dunia dan di akhirat.
Semoga kita sentiasa mahu berubah menjadi yang lebih baik di sisiNya setiap masa. Semoga juga paling penting, kita sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah. Amin Ya Rabb.
Sekian. Ma'asalamah!
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.