Assalamualaikum.
Watak Utama : Auntie & Ben
Watak Khas : Nailah & Azman
Watak Sampingan : Kak Emmy, Ayong, Radiyah, Ina ( Malaysia ), Mak, Ina & Razif ( Jeddah )
Letak Ina Malaysia dengan Jeddah sbb Ina yang kat Malaysia tu cousin aku while Ina kat Jeddah tu pulak, best friend sampai Syurga. InshaAllah. ;')
Tempat Kejadian : Jeddah, Arab Saudi
Waktu Kejadian : Start dari pukul 3 ptg waktu Saudi bersamaan pukul 8 malam waktu Malaysia.
Kisahnya ....
Semalam around 3pm, aku sebenarnya dah nak offline FB sebab aku nak kemas rumah dan nak lipat baju aku yang dah bertimbun membuak-buak dari bakul baju kat dalam bilik tu. Sementara nak offline tu, aku masuk bilik jap nak amik phone aku. Tetiba dengar ada someone send message thru FB chat tu.
First mesej yang aku baca it was from Radiyah : " Laaaaa ... Mak Mertua aku stranded kat Airport Jeddah. Agen tipu dorang. Kau dekat tak beb dengan Airport Jeddah? "
Honestly masa mula baca mesej tu, aku cam blur-blur lagi. Tak lama tu pulak, Mak aku mesej jugak : " Assalam. Ina baru call Mak mintak no phone Ilah dengan Man. Mak Kak Emmy ( Auntie ) terkandas dekat Airport Jeddah. "
Lama juga aku termenung baca dua-dua mesej sebab serius aku blur nak mampusssss! Kahkahkah. Dekat 5 minit gak aku dok tenung dan cuba pahamkan mesej Rad dengan Mak aku. Lepas tu, baru aku nak panik! Kahkahkah. Slowmo gila aku ni. Lems nak matiii! Kahkahkah. =_='
Then baru aku respond tanya macam mana boleh jadi and so on. So, nak cepat, aku terus call cousin aku, Ina kat Malaysia tanya. Dah settle call Ina, call Ayong pulak.
Lepas tu aku bongok pi cakap kat Ayong nanti aku miss called guna nombor Jeddah aku sbb aku nak suruh dia forward nombor Kak Emmy dengan nombor Auntie padahal aku takde kredit! Kahkahkah. =_=' ( Kak Emmy ni anak sulung Auntie juga merangkap Kakak kepada Ben. )
Dah aku pulak jadi kelam kabut. Dalam panik, terus teringat WhatsApp. Terus WhatsApp dengan cousin aku, Ina balik. Sambil-sambil tu, chat dengan Rad kat FB kot ada info terbaru ke apa.
Nasib baiklah ada phone rumah. Call laki, laki aku pulak tak dapat dikesan sebab coverage takde. Kebetulan masa call, dia turun basement pergi meeting. Laki aku ni kalau aku call tak dapat, aku memang tahulah mesti dia takde kat workstation dia.
Disebabkan panic button mode is ON, dah aku pegi tanya opismate laki aku pulak. Kahkahkah. Tak pasal semua terlibat. Orang yang takde kena mengena pun terlibat. Memang serious full of drama yesterday! Kahkahkah.
Last-last sebab call laki aku banyak kali tak dapat sebab he still on meeting, terus aku call Auntie. Auntie pun dah panik semua. Aku offer anything yang aku boleh buat dan tolong. Nak selidik dengan lebih mendalam sendiri memang takdelah kan sebab keadaaan pun dah kelam kabut.
And Auntie told me, Kak Emmy kat Malaysia tengah usaha nak cari tiket flight balik malam tu jugak. Letak phone, terus aku pun membusy tolong cek tiket flight kat internet jugak. Semua flight dari Saudi Airlines, MAS, Etihad, Emirates, Gulf Air, Qatar Airlines aku cek.
Unfortunately, aku cek memang takde tapi Allah SWT tolong sebab tak lama tu, Auntie bagitau Kak Emmy dapat booked tiket flight thru Emirates pukul 8 malam. So, bajet cam dah ok sikitlah. Takde kelam kabut.
Tapiiiiiiiii ....
Tak lama tu, Auntie call balik bagitau dorang taktau nak ke North Terminal / Foreign Airlines Airport. Aku bajet dorang kat Hajj Terminal sebab jemaah yang datang atas visa Umrah / Hajj memang kena landing kat Hajj Terminal dan keluar thru Hajj Terminal jugak.
As for your info, airport kat sini tak macam KLIA. Kat KLIA, naik airline mana-mana pun, still kat KLIA kecuali AirAsia, ko memang kena pegi LCCT. Macam kat sini, still airport yang sama tapi pintu masuk lain-lain which is kalau kau naik Saudi Airlines atau France Airlines, ko kena pegi South Terminal Airport. South Airport tu memang khas untuk Saudi Airlines & France Airlines sahaja.
Kalau naik airlines lain selain Saudi Airlines / France Airlines, semua ke North Terminal Airport. Kalau yang datang buat Umrah / Hajj, semua turun kat Terminal Hajj. Terminal Hajj dengan North Terminal Airport memang dekat. Sebelah menyebelah je. Melainkan kalau South Terminal Airport, memang jauh dari North Terminal Airport dengan Terminal Hajj. Naik teksi mau makan masa sampai setengah jam.
Auntie & Ben pulak dapat tiket Emirates. So, dorang kena ke North Airport which is sebelah Terminal Hajj tu je.
Sebelum tu, aku memang dah banyak kali tanya Auntie, which airport? Auntie cakap, kat Terminal Hajj. I asked few times again and again and still the same. Terminal Hajj. So, aku memang dah bajet dorang kat Terminal Hajj. Oklah kan.
Then, around 5 pm tu, Auntie call lagi sebab dia cakap taktau camne nak pergi North Terminal Airport tu. She asked me to come and helped them. Terus call laki aku, suruh amik aku dulu then fetch them up kat Terminal Hajj and send them to North Terminal Airport.
Those airport ni memang tak jauh dari rumah especially South Terminal Airport. Memang dekatlah. 15 minit macam tu boleh sampai inshaAllah.
Nak dijadikan cerita, belum apa-apa memang Tuhan dah duga. Dari rumah nak ke airport, memang biasanya kami lalu Madinah Road belakang rumah ni je. Dari Madinah Road tu boleh terus masuk highway ke Terminal Hajj. Tapi disebabkan semalam pun around 5.30 pm keluar rumah, pulak memang peak hour orang semua baru balik kerja, jalan jammed luar biasaaaaaaaaaaaaa!
Jalan bukan jammed je tapi traffic light pulak sekejap je. Arghhhhh ... stressssss! Terus panic button mode ON banyak kali! Kahkahkah.
Dalam kereta kejap-kejap aku tengok jam, kejap-kejap kang aku tengok lagi. Kau bayangkanlah, manalah aku tak panik kan. Jam dahlah nak pukul 6 petang, flight nak kejar pukul 8 malam. Kalau international punya flight, paling busuk ko kena check in luggage, sejam setengah sebelum flight.
Hati dah berdebor-debor ni, mulut jangan cakaplah, bukan bebel tapi dok zikir mohon Allah SWT permudahkan segalanya. Kalau boleh mohon doa mintak freeze kan masa dunia sekejap, aku mohon! Hihihihi.
Sementara nak sampai airport tu, terus terngiang-ngiang suara nak nangis Auntie mintak tolong dorang to catch their flight as soon as possible. Huhuhuh.
Sampai je Terminal Hajj, call Auntie balik nak tanya dorang tunggu kat mana. Sebab menurut pengalaman Ina & Razif, orang luar tak boleh masuk. Sementara nak sampai kat check point Terminal Hajj tu ............................
Guess what happen?????????
Ben bagitau yang dorang sebenarnya bukan kat Terminal Hajj tapi kat South Terminal Airport! AllahuAkbarrrrrrr! Dugaan lagi sekali. Terus panic button mode ON entah dah berapa banyak kali dah. Kahkahkah.
Terus buat u-turn balik. At first tu, aku dengan laki aku decide nak ke South Terminal Airport amik dorang tapi pikir punya pikir, jam pun dah nak ke 6.30 petang. Nak ke sana memang takkan sempat sebab setengah jam nak ke sana.
Jadinya, aku call Auntie, cakap dengan Ben suruh dorang amik teksi ke North Terminal Airport. Nak amik teksi tu pun dugaan juga sebab most of the taxi driver memang tak paham bahasa omputih. Kena pung pang banyak kali sampai nak gaduh then baru paham. Itupun lepas laki aku dok explain kat driver taxi tu. Laki I kan Alhamdulillah, boleh cakap arab sikit-sikit. Aku je sampai sekarang tak berapa sangat. Sedihkan? T__T
Bila dah explain, oklah. Aku dengan laki aku tunggu kat North Terminal Airport tu je. Sambil tu, kami cek kaunter nombor berapa dorang kena check in luggage & amik tiket. Aku tunggu kat pintu departure luar.
Alhamdulillah tak lama tu, Auntie & Ben sampai. Auntie memang muka dah eksaited sedih terharu nampak aku. She keep saying thank you banyak kaliiiiiiii because of being part to help them out from Jeddah. Hihihi.
Masuk dalam, terus ke kaunter nak cek in luggage & amik tiket. Nak dijadikan ceritaaaaaaaaa ... dugaan Tuhan bagi untuk kali ketiga! Allahuakbar. Masa tu panik memang takde. Semua muka dah redha dah. Auntie & Ben pun dah cool down sikit. Auntie keep zikrullah and saying : " InshaAllah, kalau ada rezeki tak kemana. ". She looks better than before. Hiks.
Alkisahnya, staff kat kaunter bagitau, Auntie & Ben memang tak boleh nak check in kat North Terminal Airport sebab dorang datang thru Visa Umrah. Like it or not, they must check in kat terminal Hajj. Ada logik sebenarnya kat situ sebab data jemaah-jemaah yang datang buat Umrah memang semua kat Terminal Hajj.
Makanya, moh ler gerak naik keta ke Terminal Hajj pulok! Hahaha. Nasib baiklah North Terminal Airport dengan Hajj Terminal tu, sebelah je. Bukan takde nak risau ke apa tapi sebab masing-masing pun penat agaknya nak panik dah. Kihkihkih.
Nak masuk Terminal Hajj ni pun berdebor-debor jugak ni sebab orang yang takde Visa Umrah memang tak boleh masuk tapi takpe, kita cubalah dulu kan? Untung dapat masuk, tak untung, pikir ikhtiar lain macam mana nak masuk dalam hantar Auntie & Ben.
Sampai je kat main check point, laki aku dah standby pasport Auntie & Ben dan juga iqama laki aku. Sementara nak sampai tu, jangan kata Auntie dah terkumat-kamit baca doa, aku pun sama dok terkumat-kamit mohon Tuhan permudahkan biar kami dapat masuk sampai ke dalam.
And dengan pertolongan DIA, suddenly bila pak guard tu tengok Visa Umrah Auntie & Ben, then tengok iqama laki aku, terus pak guard suruh masuk dalam. Punya legaaaaaaaaaaaa, jangan cakaplahhhh! Rasa nak buat sujud syukur time-time tu jugak! Kahkahkah.
Dah dapat masuk, terus berdesup cari tempat nak parking kereta & tempat nak check in semua. Alhamdulillah, port laki aku parked kereta tu, adalah few staff airport yang memang kerja dorang tukang tolak troli ada kat situ.
So, we just told them, bring us to Emirates counter to check in. Terus mamat-mamat tu bawak straighttttt ke kaunter. Even dari tempat parked kereta tu nak ke kaunter memang sangat-sangat jauh, tapi pada aku kira lucky jugak ada mamat-mamat tu. Kalau tak, mau kami berempat tercangak-cangak nak cari kaunter Emirates pulak.
Sampai kaunter, Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, everything went well! Happy sangat. Drama lagi sekali when Auntie keep saying syukur with her sad happy face! Hehehe.
Dah check in luggage, dah dapat tiket, terus we sent them to boarding pulak. Before boarding, Auntie keep kissing all over my face as syukur we helped them a lot! I was feel the same thing too especially when they are part of my family too. ;')
We took some photos and of coz, only Azman's photo will appear here. Hehehe.
Azman & Ben. See I told ya, laki I comelsssss je. Hahaha.
Yeah. I know. Mesti ada yang ingat Ben tu nama samaran ke apa ke but tell you the truth, memang that was his name and of coz, his real name not Ben10 tapi Ben Shahir. Hihihihi.
And these are some photos of Terminal Hajj. Terminal Hajj ni memang boleh tahan besar dan luas jugaklah! So, those yang akan datang sini for Umrah or Hajj, korang memang akan turun kat Terminal Hajj ni.
Abaikan spot merah campur hitam tu sebab itu muka tuan blog tak semenggah. So, I have to 'colour' myself. Hahahaha.
Rasanya waktu sekarang ni, Auntie & Ben dah sampai Malaysia. Mudah-mudahan dorang tak serik datang sini. Biasalah, dugaan sekali sekala datang tanda Tuhan sayangkan hamba-hambaNya.
Moral of the story :
Kalau boleh, siapa yang nak datang buat Umrah or Hajj, please cari agency yang well known yang memang terjamin selamat dan bagi servis yang bagus. Auntie & Ben ikut travel agency Mujahidin ke apa entah nama. So, please black list them from your agency list. Ok?
Selalunya, Auntie biasa pergi dengan Rayhar Agency or Andalusia Agency but this time, they go thru new agency sebab Auntie ikut kawan-kawan baik dia. Tapi benda nak jadikan. Memang tak boleh buat apa. Bayar pakej untuk ke Jordan, Baitulmaqdis dengan Umrah tapi sudahnya, mereka cuma ke Dubai, Umrah dan ditinggalkan terkontang-kanting beramai-ramai kat Airport Jeddah. T__T
So, please be careful guys! Kalau pakej mahal sikit pun takpe, janji the agency bagi you servis yang bagus dan tip top. Ok?
Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah.
Sekian. Ma'asalamah!
ALHAMDULILLAHHHH selamat semuaaaa. :)
ReplyDeletepss,yu know what kak,i baca entri ini penuh emosi,feeling semua ada.tone cemas semua siap.hahaha.macam boleh bayang la macam mana gaya+tone akak if akak cerita depan2.hahaha.kbai.
Salam perkenalan..
ReplyDeleteTeringat masa sy gi umrah. Disebabkan pergi tanpa apa2 pakej..smpi shj di jeddah..sy & suami di hantar ke Terminal Haj..ttp luggage dihntr ke international airport. Berjam kami duduk di terminal hajj tggu beg. Sorang mamat kat sana mmg tak boleh berbhs inggeris..mmg dugaan. tp akhirnya dpt jugak beg2 kami.
Baca cerita ni mmg panic bersama..hehe
Lynn - Alhamdulillah. Lega sangat sebab dapat tolong dorang. Risau sebenarnya kalau terlepas flight but Alhamdulillah, we made it! Allah SWT helped us! SubhanAllah. ;')
ReplyDeleteCik Puan Tipah - Salam Ukhwah kembali. Hmmm ... biasanya mesti mistakes tu sebab kalau visa umrah/hajj mesti ke terminal hajj. Kes tertarik beg ke international lah tu. ;)
ReplyDelete