June 13, 2012

Menjejaki Bumi Turki Hari Kelima : Blue Mosque & Topkapi Palace

Assalamualaikum.

Baru sedar diri harini nak sambung trip Istanbul zaman batu bulan Februari 2012 haritu. Hihihihi.

Ok. Straight to the point, moh ler tengok hari kelima tempat mana kami tuju pula ....

Hari kelima tu, seperti hari sebelumnya, bangun seawal pagi, siap-siap, breakfast kat cafe, then jalan kaki senang hati ke Blue Mosque.

( Aku nak translate jadi Masjid Biru but it sounds weird. So I stay to say it as Blue Mosque. Ok? )

Dari hotel nak ke Blue Mosque memang dekat sangat. 5 minit dah sampai. Hari kelima tu cuaca memang sejuk sangat. Aku pulak terel taknak pakai boot. Pegi pakai pump shoes je. Pastu, baru jalan sejam, kaki aku dah keras macam apa. So nice kan? Salah sendiri degil taknak cakap laki. Huhuhu.

So, destinasi pertama hari kelima tu adalah Blue Mosque. Ni kami pergi sendiri je. Info semua baca thru internet. Kalau pegi sendiri macam ni ko memang kena usaha lebih sikit nak tahu sejarah pasal tempat yang ko pegi tu. Lainlah kalau pegi dengan agensi, semua diterangkan satu persatu.

Itupun bila dalam masjid tu, kami curik-curik dengar certain info yang di explain oleh tourist guide yang bawak group memasing. Hihihi.



Kami masuk ikut pintu masjid belah kiri.


Ni bahagian luar masjid ...


Yang ini pun ....


Sebelum masuk masjid, ada satu lagi ruang kat bahagian dalam masjid. Sebenarnya masjid ni nak kata besar sangat pun dok, kecik sangat pun dok. In the middle kot. Yang luas adalah perkarangan luar dan perkarangan dalam yang ni. Memang luas terbentang seluas alam. =_='


Ni bahagian utama dalam Masjid tempat mimbar tu semua.


Ni bahagian siling Masjid. Interior Blue Mosque memang tip top! Kalau ko sampai sini for sure ko akan menganga mulut untuk beberapa ketika or maybe aku je sorang macam tu ... kot? :p


Banyak group yang ada. Momen paling best bila tengok some Non-Muslim menangis muka merah-merah masuk dalam Masjid ni especially bila ada suara orang mengaji ke apa. They keep saying : " That was so nice! "  ... ;')


Sudut ruang belakang dalam Masjid. Belah kanan tu yang ada cam kayu tinggi-tinggi tu tempat perempuan solat.


Ni ruang yang lain bersebelahan dengan ruang tadi tu ....


Karpet Masjid kat Istanbul ni memang cantik-cantik, dengan lembut lagi ... aduhhh ... nak solat pun rasa best je. ;)


Ni perkarangan luar Masjid. 


Ni pun sama ...


Ni tempat wudu'. Agak jauh juga sebenarnya. This time, airnya of course macam ais sebab tengah winter. Hihihi.

Round-round dalam Masjid semua adalah dekat 2 jam kot. Dah puas amik gambar semua, terus ke lokasi lain pulak iaitu .....


Topkapi Sarayi or Topkapi Palace Museum!


Jalan kaki ke pintu gerbang utama .....


Sebelum tu kena singgah beli tiket dulu. Sorang 20 TL. Harga 20 TL termasuk masuk ke kawasan Harem. Harem tu adalah pameran tempat suci orang Islam iaitu Makkah dan juga barang peninggalan zaman-zaman Nabi. ;')

Before masuk Topkapi ni, memang tak expected yang tempat tu besar dan luas. Serius masuk sini pukul 10 pagi, kami keluar pukul 3 petang okay? Keluar bukan sebab apa, sebab memang serius dah tak larat nak jalan dah then nak kejar waktu solat. Dengan lapar lagi ... T__T


Masuk terus nampak model Topkapi ni. Tengoklah tu. Seluas-luas alam Topkapi Palace Museum ni. Bangga sebab ia adalah peninggalan sejarah Islam buat kita lawati. ;')


Ini antara salah satu benda yang menarik. Kenderaan zaman dulu kala ( 18th Century ) yang tugasnya adalah semata untuk bawak cover luar Kaabah yang color hitam tu. 

Kau bayangkanlah, nak hantar tu dengan naik keta kuda ni. Dahlah dari Istanbul tu pulak. Bertahun aku rasa baru sampai. InshaAllah dapat pahala si tukang yang buat juga yang bawak jauh-jauh macam tu. ;')


Laki aku memang takkan dapat amik dengan clear sebab menatang ni dalam rumah kaca. Nak tengok pun ko kena tepek muka ko kat kaca tu then baru ko nampak dengan jelas. Hihihi.


Then, jalan sikit, nampaklah benda-benda ukiran ni dorang dirikan macam ni. Benda-benda ni ada yang dah pecah tapi dorang just keep it and pamer macam ni je. Serius dorang memang jaga bebetul benda sejarah macam ni.

Maybe korang pun tertanya-tanya, apa yang ada dalam Topkapi ni kan?

Dalam Topkapi ni ada setengah 'bilik' ada barang-barang peninggalan zaman pemerintah khalifah Islam dulu-dulu. Memang banyak sangatttttttt! Memang old school punya barang. A bit respect to those yang involved to take care of those things.

Ada juga bilik bersemayam sultan-sultan Islam dulu tapi yang paling banyak, pastinya barang-barang lama milik dorang.

Aku dengan laki aku, setiap kali tengok barang-barang lama tu, mesti akan ada dialog :

Isteri : " Biebie, cukuplah dapat pinggan ni sebijik. Mau kayo kita. Tapi camno nak curik ni? "
Suami : " Takyah pinggan Yang. Amik penutup teko ni pun dah cukup kayo jugak. "
Isteri : " Aah. Kan Bie. "
Suami : " Kita curik, pastu jual kat ebay. Pastu kita sesama kena masuk lokap. Ok kan? "

Kahkahkah. LakiBini gilo! Macamlah elok sangat nak curik-curik. But it is only how we make joke to each other. ;)


Ni kawasan sekitar dalam Topkapi. Masa ni dah ke arah-arah kaki krem dah tapi digagahi jua ...


Salah satu bangunan kecik dalam Topkapi .....


Siapa dapat teka ni menatang apa dia memang pandaiiiiiii!!!!!! Ini sebenarnya adalah tempat wudu'. Cantik kannnnn? Me like it! ;)


Ni kawasan sekitar dalam Topkapi juga. Serius memang besar Topkapi ni. Aku taktau macam mana dorang leh duduk tempat besar-besar gini. Huhuhu.


Ni pun tempat wudu' jugak .....


Ha ... nilah kawasan Harem!

Kawasan Harem ni memang serius banyak gila barang peninggalan yang bila ko tengok boleh buat ko menangis. ;')

Awal-awal masuk dalam tu, ada kunci pintu Kaabah dari zaman tok kaduk dulu. Semua masih simpan elok lagi dalam bekas kaca. Kain hitam dari zaman dulu pun ado jugak. 

Paling eksaited mestilah bila ada barang-barang Rasul kita like janggut Nabi, pedang Nabi, even serban putih yang pernah dipakai Nabi pun ada lagiiii! Serius sayu tengok. 

Orang kata, tak dapat jumpa bebetul, tengok sebahagian barang yang dia penah pakai atau tengok janggut pun boleh jadi laju je air mata turun. Tak tau pesal. ;')


Gambar ni aku jumpa orang post kat Facebook. Kat Topkapi, baju Nabi tu takde tapi baju puteri Nabi, Saiyidatina Fatimah ada. Sebijiklah yang macam dalam gambar ni.

Aku memang tak dapat nak amik gambar direct sebab kamera boleh bawak tapi tak dibenarkan untuk snap ke apa. Memang ada orang jaga. Nak curik-curik amik pun, tak terbuat sebab dah terleka.

Tapi tengok baju puteri Nabi, Fatima memang ... aduyaiii ... rasa nak tampar diri sendiri. Mana taknya, kita zaman sekarang ni, kalau tak baju nak branded, mahal, mesti asyik nak beli baju je. Tapi baju puteri Nabi, setakat 2,3 helai kot. 

Yang aku tengok tu, baju dia memang still lusuh gitu dengan compang-camping sana sini. Ada kesan tampal koyak tu dijahit balik. Cuba kita? Asal baju koyak sikit, terus keluar pegi beli baju baru. Lagi-lagi bila ada sale. Terus lupa diriiiii .... ( akulah tuuu .... huhuhuhu. )

Serban Nabi color putih. Sejibik sejiban sama macam style Ustaz Don tu pakai. Pedang Nabi pun ada. Panjang. Kat pedang ada ukir ayat-ayat Quran. Selain pedang Nabi, pedang sahabat-sahabat Nabi pun ada. Kalau tak silap, tongkat Nabi Musa pun ada. ;')

Oh ya, janggut Nabi Muhammad SAW yang aku tengok tu, agak panjang dan berwarna perang. Serius rasa best sangatttttt dapat tengok semua tu. Rasa cam taknak keluar pun ada. 

That is why to those yang ada duit dan dah pergi Makkah & Madinah tu, aku suggest, datanglah Istanbul ni. Tengok peninggalan sejarah zaman khalifah Islam yang dulu. Takkan rugi. Puas hati lagi. Seriusssssssss!

Settle kat Harem tu, terus keluar dan balik hotel. Sampai hotel kaki aku cramp gila-gila sebab aku kan bijak pergi pakai pump shoes. Dahlah pakai pump shoes, pastu tak sedar diri boleh pulak main salji tenggelam-tenggelamkan kaki dalam salji. Bajet gagah perkasa. Sudahnya, balik hotel dah merengek-rengek kat suami cakap : " Kaki I cramp, kaki I cramp. "

Alaaa ... merengek pun bukan laki aku layannnn! Sebab dah aku yang degil taknak dengar cakap dia. Memang tak kuasalah dia layan rengekan aku. Terus malam tu, aku taknak keluar bilik sebab salji still turun macam siang harinya. Laki je aku keluar pegi beli makanan. Hihihi.

Ok. Sekian hari kelima di Istanbul.

Ma'asalamah!

1 comment:

  1. Rencana yg sungguh nenarik, kelakar pun ada dan banyak info dipelajari bakal diguna sebagai panduan dalam lawatan selama 7 hari yg akan dilakukan bermula pada 08 Jun 2013 ini tanpa agensi pelancungan, terima kasih

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...