June 18, 2012

Pengkebumian Kerabat Diraja Saudi Dengan Kerabat Diraja Kat Malaysia Sangat Berbeza Macam Langit Dengan Bumi

Assalamualaikum.

Semalam dari pagi sampailah ke petang, aku dok tekun ikut siaran langsung pengkebumian Putera Naif kerabat Diraja Saudi yang mangkat tu.

Satu alasan sebab aku nak tengok adalah cara pengkebumian kerabat diraja Saudi kalau nak dibandingkan dengan kerabat diraja kat Malaysia, memang beza sangat. Macam langit dengan bumi.



Ni masa Raja Fahd meninggal dulu.

Aku cakap beza macam langit dengan bumi sebab, dorang takde nak tempat-tempat khas atau macam kereta khas diraja ke apa.

Contoh macam masa pengebumian semalam ....

Lepas jenazah sampai je kat Jeddah Airport, jenazah terus masuk dalam ambulance yang ambulance dia bukan gah mana pun. Bodoh-bodoh punya ambulance. Takde nak ada ambulance khas untuk kerabat diraja ke apa. No.

Then, dah masuk dalam ambulance, terus straight bawak ke Makkah. Kalau naik van ke, keta ke, dari Jeddah nak ke Makkah amik masa dalam sejam ke sejam lebih. 

Bila dah sampai Makkah dekat nak Maghrib tu, elok jenazah sampai kat main road dekat dengan Safa Tower tu sebab jenazah nak disemayangkan di MasjidilHaram. 

So, dari jalan tu nak masuk ke dalam Masjid, pastinya kena usung kan? Yang buat rasa syahdu tu, dorang tak perlu nak usung dengan kain kuning ke atau apa-apa tanda yang menunjukkan itu jenazah kerabat diraja.

Pengusung jenazah yang digunakan untuk usung jenazah Putera Naif tu pun pengusung sama yang digunakan dok usung jenazah rakyat biasa. Tiada beza.

Kalau kat Malaysia kan siap nak kereta kuda, meriam lah, apa lah. Kan?

Tapi kerabat diraja Saudi ni, rilek je.

Settle usung jenazah masuk dalam, siap dah solat semua, usung balik keluar. Pun masih guna ambulance bodoh-bodoh tadi. Takde nak pakai kereta khas nak usung jenazah kerabat diraja ke apa. No. Takde langsung.

Kalau kat sini, kain coklat itu tanda jenazah lelaki. Kalau yang jenazah perempuan, kain hijau. Biasanya kalau jenazah perempuan, kat sini  dorang masih jaga bentuk tubuh si jenazah perempuan dengan dorang letak cam rangka kayu kat keliling jenazah. So that, takdelah nampak susuk tubuh jenazah. ;')

Cite pasal pengkebumian, kerabat diraja sini takde tempat khas like kat satu port ni, kerabat diraja je punya kubur. No.

Kan kalau cam kat Malaysia, mesti kat kawasan kubur ada satu port nanti letak pagar khas which kat situ ada kubur kerabat diraja. Kan?

Macam kat sini, kerabat diraja ke, VIP ke apa ke. Takde langsung buat macam tu okay? Sama je semua dengan rakyat biasa.

Dorang kebumikan jenazah kerabat semua rilek je bercampur dengan kubur rakyat biasa. Tak perlu pagar ke apa ke. Pastu kat sini, kalau korang tengok kubur dorang, masih old school macam zaman Nabi dulu which is takde nak letak mozek ke, tile ke apa ke or nak hias cantik-cantik macam apa yang kita buat kat Malaysia.

Kat sini, atas kubur cuma akan ada 2 ketul batu sebagai tanda batu nisan. Itu je. Takde nak letak batu nisan siap ukir nama semua. Takde. Yang ada cuma kalau ada kalangan keluarga meninggal, kita kena ingat je lot tapak kubur tu nombor berapa. That's it!

Haih. Kalau kerabat diraja yang agama Islam semua macam ni kan bagus. Rakyat tengok pun sejuk je hati. Aku ni even baru pertama kali tengok pengkebumian kerabat diraja Saudi, cukup dah buat aku rasa syahdu je semalam. They really down to earth dan realize, kita semua sama saja di sisiNya. Especially bila ko jadi jenazah.

Kita, kita semua bakal jenazah. Agak-agak apa nasib kita kan? Agak-agak kita mati cukup tak amalan kita? T__T

Ah. Kalau pikir pasal mati, pasal kubur, memang boleh buat gigil tapi selagi kita nama manusia, kadang aku ni insaf kejap. Kadang ok, kadang tak ok. Adoilahhhh! Tapi bila selalu pikir, teringat azab kubur, teringat dosa terampun ke tak, rasa cuak gila siotttttttttttt! Kalah perasaan nak amik result exam. Wuwuwuwuwuwuwuwuwu.

Maka, jomlah kita doa moga kita mati dalam keadaaan yang mulia di sisiNya. Semoga roh yang dah diambil kembali olehNya mendapat keampunan dan rahmat dariNya.

Esok lusa turn kita pulak. Entah-entah bukan esok, kejap lagi ke apa ke. Bukan kita tahu kan? Jadi, ingat-ingatlah mati. Ingat-ingatlah azab kubur. Ingat benda tu semua pun boleh mendatangkan pahala tau!

Semoga dosa kita diampun, Moga segala amalan kita diterima, Moga kita sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!


3 comments:

  1. Nailah,
    Betul...di sisi Allah kita semua ni sama sahaja. Yang berbeza nnt adalah amalan kita. Tapi di Malaysia, adat kita membesarkan pemimpin..that's why la ada kelebihan sebegitu rupa..

    ReplyDelete
  2. salam.
    satu info yang menarik. baru tahu pasal cara pengebumian jenazah kat sana.
    tq

    ReplyDelete
  3. Cik Puan Tipah - Kat sini masih juga membesarkan pemimpin tapi bila berkaitan agama, pemimpin meletakkan mereka di tempat yang sama dengan rakyat. Tiada beza. Itu kelebihan pemerintah di sini.

    wandisini - Wsalam. Sama-sama. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...