Assalamualaikum.
Ini adalah peringatan bersama ye memandangkan sekarang memang musim social network sana sini. Dengan Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.
Kalau rasa kita macam ada tergolong dan ke arah sifat-sifat berikut, sila beristigfar banyak-banyak dan memohon kepadaNya agar kita dijauhkan terus dengan sifat-sifat macam ni.
Tolong elakkan diri anda, kita dan aku sendiri dari up status atau tweet atau blog dengan bunyi lebih kurang macam ni ....
" Alhamdulillah, selesai buat solat sunat Dhuha. "
" Alhamdulillah, tenangnya hati lepas baca Quran. "
" Wah ... bagusnya saya! Lagi sikit je dah nak khatam Quran. "
dan banyak lagi ayat-ayat yang kita tanpa sedar dan secara tak langsung adalah boleh jadi tergolong dan termasuk dalam sifat-sifat Riya', Takkabur, Sum'ah & Ujub. Tolong ingatkan dan berpikir dahulu kesan dari apa yang kita 'tulis' di semua social network kita.
Takut pada niat asal nak cari keredhaaNya dan end up, Allah SWT marah kat kita sebab ke arah sifat-sifat yang dikeji.
Pulak kalau kita tengok alim ulama' atau yang tinggi ilmu agama ni, memang tak pernah lagilah aku tengok golongan-golongan ni nak memberitahu orang lain semua ibadat yang dia buat.
Pernah tak nengok, any Imam Muda ke update status kat FB ke tweet kat Twitter macam ni :
" Alhamdulillah, selesai solat Tahajjud. Kalian bila lagi? "
Pernah tak?
Seeloknya dari rasa macam nak 'beritahu' satu dunia yang anda atau kita sendiri solat tunggang terbalik, mengaji siang malam, berzikir siang malam, ada baiknya kita tukar ayat-ayat kita tu ke arah mengajak membuat kebaikan.
Sebagai contoh :
" Rajinkan solat sunat Dhuha. Sesungguhnya solat sunat Dhuha membuka pintu rezeki yang luas buat kita. "
Ok. Get it?
Ataupun ...
" Kalau rajin baca buku cerita atau novel sampai boleh hadap sampai berejam kenapa kita boleh rasa nak baca Quran sekejap pun susah? Bacalah Quran kerana di situ ada ketenangan hati. "
Ok. Macam tu betul sebab kita mengajak dan bukannya kita tunjuk apa kita buat dan kemudian nasihat. Ayat pun manis je bunyinya, manis je rasa bila kita baca. Get it?
Bukannya macam ni :
" Alhamdulillah, selesai solat sunat Dhuha. Tenangnya rasa hati. "
ataupun ...
" Tenangnya Ya Allah SWT selepas aku membaca surat cintamu .... "
Salah ok macam tu sebab itu boleh dikategori kita macam saje je nak menunjuk dan bagi orang baca dan rasa orang akan puji " bagusnya awakkk ... " , " Alimnya awak ..... "
Faham?
Ingat & jangan lupa ya, apa yang kita tulis diambil kira oleh Malaikat yang duduk dekat bahu kanan kiri kita dan juga sesungguhnya mungkin kita akan cakap " Alaaa ... mana ada niat nak menunjuk! " tapi jangan lupa, Allah SWT milik segala apa yang ada pada kita. DIA tau segala apa yang tersurat dan tersirat.
Maka, sila berhati-hati.
Atas alasan apa sekalipun, berkali-kali ingatkan diri kita sendiri, jangan sesekali nak up status atau tweet atau blog atas segala ibadah yang kita buat. Sebab soal ibadah ni biarlah hanya kita dan Allah SWT sahaja yang tahu. Kita tak payah nak bagitahu seantero dunia. Ok?
Semoga kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah. Amin Ya Rabb.
Sekian, Ma'asalamah!
ye....saya suka entry ini..
ReplyDelete