April 25, 2011

Warna Tema Baju Raya 2011

Assalamualaikum.

Harini entah kenapa, tetiba tergerak pulak hati aku NAK PILIH WARNA TEMA yang nak dipakai untuk Hari Raya tahun ni. Kalau tahun lepas, meriah dengan WARNA UNGU DENGAN WARNA PINK sebagai warna tema yang utama. Tahun ni agak-agak, nak pakai warna apa ek? 0_O



Kita punya banyak pilihan warna di dunia.

Masa pergi Doha haritu, aku DAH BELI KAIN PASANG untuk buat baju kurung aku sehelai. Tapi baju kurung tu, coraknya warna-warni sebab coraknya, corak bung-bunga. Aku pun dah tak ingat lagi macam mana ghupanya corak kain tu dahhh ... T___T

Memula tadi, ingatkan nak PILIH WARNA PINK tapi terpaksa cancelkan sebab tahun lepas dah buat warna tu. NAK PILIH OREN, tahun sebelumnya pun dah buat cuma masa tu warna gold. Lebih kurang lah kan dengan warna oren? Ye dok?

Kang aku PILIH WARNA BIRU, laki aku tak berkenan pulok sebab dia ni, memang SANGAT TAK GEMAR dengan warna biru. Segala spesies warna biru lah dia memang tak berkenan. =_=

Tapiiiiii ....

Aku kalau nak pilih warna ni, ikutkan WARNA APA PUN BOLEH sebab laki aku jenis kulit putih tapi takdelah putih sangat. Tapi boleh kata putih lah untuk dia sebagai seorang lelaki. 

Dia tu kalau aku matchingkan dengan warna apapun, masuk je. Tapi aku PALING SUKA TENGOK dia pakai baju warna merah atau pink. Hehehe. Sebab buat dia nampak ... ehemmm ... COMEL! ( Sekali sekala puji laki sendiri. Ni kalau dia baca, mahu dia kembang hidung sorang diri. Hahaha. )

Tadi tanya laki, mintak cadangan, jap lagi dia boleh cakap NAK WARNA PUTIH! Kejadah pulak kan nak warna putih? Kalau nak putih, baik dua-dua pakai baju kahwin jek! Hahahaha.

Bila tanya mak pulak, mak aku cakap mungkin dia nak BUAT WARNA KELABU kot. Huhuhu. Sudah, pening dah nak pilih sebab aku ingatkan kalau boleh NAK WARNA YANG TERANG. Barulah sentiasa NAMPAK MUDA-MUDI. Kuikuikui.

Jauhhhhh sangat dah aku ni. Padahal RAYA LAMBAT LAGI. Orang yang kat Malaysia pun, entah-entah takde nak sibuk buat persiapan raya lagi tapi aku yang kat sini pulak yang over kemain. Huhuhu. 

GANTI PUASA PUN BELUM, lagi ada hati nak pilih warna tema baju raya pulokkkkkk? Pergi ganti puasa dulu lah oiiiii! 

Dahlah. Aku nak tidur. Dah sakit pinggang dah ni dok menaip dari tadi. Nanti-nanti kang aku bagitau warna apa yang aku pilih untuk baju raya aku.

Sekian. Masalamah.

4 comments:

  1. ape kata pakai kain langsir tahun ni?
    mesti gempak gile kan?haha

    ReplyDelete
  2. bila balik raya? sbb dh book photoshoot dgn fizi utk gmbar kita sefamily.. gmbar utk raya.

    ReplyDelete
  3. pink!hehehe saje je.hijau pun comel gak.kalo putih jimat duit.kikiki since guna bju kawen je :P

    ReplyDelete
  4. Sembang Kemas - Banyaklah koooo!

    Akak - Taktau lagi balik bila. Tarikh tak confirm.

    Sizuka - Hijau? Takmauuuu! Nanti macam pokok bergerak. Hahahaha.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...