April 28, 2011

Tips Nak Kahwin : Perkara Apa Yang Harus Di Buat


Assalamualaikum.

Pagi-pagi buta ni, aku tengah mood baik hati nak tolong kawan-kawan yang mintak tips macam mana NAK MERANCANG HARI BAHAGIA. Tips ni untuk dari hal nak bertunang sampailah ke jinjang pelamin.

Baiklah.

Kebanyakan pasangan yang bercinta yang kemudian nak melangkah ke arah mencari keredhaanNya dengan mendirikan masjid, mesti blur, serabut dan pening nak merancang hari bahagia diri sendiri. Selalunya akan rasa, TAK TAHU NAK MULA DARI MANA DAN NAK KENA BUAT APA DULU

Ok. Tips yang aku bagi ni, semua BERDASARKAN PENGALAMAN AKU DAN LAKI AKU SENDIRI. Kira aku share biar at least, korang boleh nampak, nak mula dengan dari mana dan nak buat apa dulu. 

Antaranya ialah :


1. Bincang Berdua Dengan Sebaik Mungkin

Mula-mula sekali yang kena buat, kau kena BINCANG DENGAN PASANGAN MASING-MASING tentang majlis yang kau nak buat tu nanti. Bincang berdua dulu. Time bincang ni, kalau boleh biar masing-masing DALAM KEADAAN YANG TENANG dan DALAM KEADAAN MOOD YANG SANGAT OK.

Kalau dua-dua masa tu tengah serabut dengan kerja, kau tak yah ada hati nak bincang semua ni. Menyakitkan hati memasing je nanti. Baik kau bincang lain kali je. =_=

Terutamanya kalau yang lelaki tu. Kalau boleh, BINCANG MASA GIRLFRIEND KAU BUKAN DALAM MOOD PMS. Sebabnya, kalau mood PMS perempuan ni dah datang, perbincangan yang sepatutnya boleh berjalan lancar, boleh jadi huru-hara gara-gara mood PMS yang buat perempuan jadi cepat sentap sikit. Lagi-lagi kalau kau ada tersalah cakap sikit, pun boleh buat girlfriend kau sentap! Serius.

Sebab tu aku awal-awal dah pesan, BINCANG TIME MOOD DUA-DUA SANGAT OK!

Lepas dah berbincang berdua, barulah masing-masing bagitahu keluarga. Ceritalah apa yang korang nak, sekian sekian sekian. Kena cerita dengan detail. Jangan tinggal apa pun.


2. Buat Senarai Kerja Yang Mesti Di Buat

Masa nak kahwin dulu, laki aku yang paling semangat sampai siap ada SENARAI PERKARA-PERKARA YANG KENA BUAT. Dari sebelum majlis sampailah majlis selamat berlangsung. Aku nasihatkan, buatlah senarai macam ni sebab MEMUDAHKAN LAGI KERJA KORANG. Serius aku tak tipu. ( Ingatttt ... tipu dosa mati seksa tau! Hehehe. )

Sebabnya, bila kau dah ada senarai kerja-kerja, atau apa-apa perkara yang kena buat, once kau dah settle kan kerja tu, kau boleh tandakan atau pangkah kerja tu dan pergi settlekan kerja yang lain. At least, dari senarai tu kau dah boleh nampak, kerja apa dah selesai, kerja apa yang belum.

Dalam senarai ni, termasuklah dari kerja nak tempah kad kahwin ke, booking mak andam, booking dewan atau hotel, urusan dengan jabatan agama, kursus kahwin dan sebagainya.


3. Pilih Tarikh

Pada aku, PILIH TARIKH NI YANG PALING SERABUT. Baik tarikh nak tunang atau tarikh nak kahwin. Kang kau nak tarikh harijadi kau tapi dia pulak nak tarikh hari jadi dia jugak. 

Kang bila dah korang dah pilih, keluarga pulak masalah sebab yang mak perempuan nak lepas raya AidilFitri, belah laki nak lepas raya Haji. Sudahnya, korang jugak yang pening sebab kes nak jaga hati mak bapak memasing. Kan?

Soal pilih tarikh ni memang kena bawak berbincang sungguh-sungguh, kena bawak berbincang betul-betul. Kalau boleh, PILIH TARIKH YANG BOLEH BUAT SEMUA AHLI KELUARGA KAU BERKUMPUL. Tak kiralah belah laki ke belah perempuan.

Mean, kalau pilih tarikh sekian untuk belah perempuan, make sure masa tu, semua ahli keluarga belah laki boleh datang dan macam tu jugak bila pilih tarikh untuk majlis belah laki. Biar semua ahli keluarga belah perempuan dapat datang.

Majlis bahagia macam ni, kalau tak cukup korum, memang tak syok! So, kena alert dengan pemilihan tarikh.

Masa aku nak tunang dengan kahwin dulu, time nak pilih tarikh ni lah buat aku masam mencuka dengan laki berhari sebab bergaduh. Aku nak 080808 tapi laki aku pulak memang takkan dapat cuti sebab masa tu laki aku kerja kat Dubai lagi. Kalau kerja luar ni, memang payah sikit nak amik cuti. Kena ikut turn.

Time tunang, laki aku takde masalah sebab dia jauh. Jadinya segala hal berkaitan majlis tunang, memang aku handle sendiri dan sorang-sorang juga bersama pertolongan keluarga tersayang dan sepupu rapat. 

Aku ingat lagi. Paling sadis, masa hari aku tunang tu ... tunang belah pagi. Dalam pukul 11 pagi dah start, pukul 1 lebih baru habis majlis. Masa tu tunang kat rumah sepupu rapat aku kat KL sebab kalau nak turun Johor untuk majlis tunang semata macam tak berbaloi ja.

Lepas je habis majlis, berdesup aku kena balik Shah Alam balik sampai tak sempat aku nak tukar baju tunang dengan bersihkan make up! Dah la masa tu aku ada test. Test buat kat dewan pulak tu. Bila aku masuk je dewan, semua fokus kat aku. Dah macam aku ni buang tebiat pergi kelas macam baju orang nak kahwin dengan make up bagai. Padahal aku kalau pergi kelas, biasa-biasa je. T____T

Lagi satu, majlis tunang ni, NAK BUAT BOLEH, TAKNAK BUAT PUN TAKPE. Sebab dugaan masa tunang, berat ohhhh! Kalau kau tak kuat, memang hye hye bye bye lah jawabnya! Sebab tu sekarang ni, kebanyakan pasangan lagi suka bernikah terus. Tak perlu nak bertunang-tunang ni. Buat sakit kepala je. =_=


4. Duit Hantaran & Mas Kahwin

Ok. Perkara ni pun kau kena bincang berdua dulu. Kau TETAPKAN DULU BERAPA NAK BAGI IKUT PERSETUJUAN BERSAMA. Nilai hantaran dan mas kahwin tu, ikut kemampuan lah. Yang perempuan, kau jangan over kemain. Kau tengok dulu bakal laki kau tu kerja apa, gaji berapa. Jangan pulak, gaji bakal laki kau tu, kerja gaji sebulan baru RM2000 tapi kau bukan main demand nak hantaran nak sampai 30k. Memang kau saje nak lah kan nak mintak ditinggalkan! T____T

Bila once kau bincang dan dah setuju dengan sekian sekian jumlah yang kau nak bagi atau kau mintak, then baru kau bagitahu Mak Ayah. DUA-DUA PIHAK KENA BAGITAHU MAK AYAH MASING-MASING. Biar senang time merisik. At least, dua-dua pihak keluarga dah tahu berapa jumlah sekian sekian.


5. Bekerjasama, Memahami & Tolak Ansur

Bila 4 perkara kat atas dah selesai, tibalah masa untuk korang BEKERJASAMA SELESAIKAN PERKARA YANG BERKAITAN sampai lah majlis korang tu selesai. Masa ni lah, dua-dua kena saling memahami. Yang laki, kau jangan naik lemak pulak bagi pihak perempuan buat dan settle segala benda! Itu memang nak cari gaduh lah kan. Semua benda KENA BUAT SAMA-SAMA.

Lagi satu, DUA-DUA TAK BOLEH STRESS SANGAT. Sebab bila dah stress, benda kecik pun boleh jadi gaduh dan masam muka. Takpun, silap langkah, boleh tak jadi kahwin terus! Haru je nanti. Tak pasal-pasal, satu keluarga pulak nak kena tanggung malu. =_=

Tiba-tiba rasa nak tepek gambar kahwin buat tatapan korang ...



Akad Nikah : Johor 5 Disember 2008



Bersanding : Johor, 6 Disember 2008



OutDoor PhotoShoot : DangaBay 2008



Majlis Bertandang : Perak, 13 Disember 2008

( Ok. Tetiba rasa kelakar pulak tengok gambar aksi Titanic ni. =_= )

Harap-harap tips aku DAPAT MEMBANTU pada korang yang nak melangkah ke alam perkahwinan. Aku doakan semoga majlis korang berjalan lancar seperti yang dirancang. Juga semoga cinta kalian bersemi sampai ke Syurga. InshaAllah.

Sekian. Masalamah.

12 comments:

  1. thanks kak nailah sbb bg tips!hikhik.auwwww sweetnya cantiknya kak nailah!

    ReplyDelete
  2. Salam, nk tnya soalan.. Kalau nk cari calon mcm mana eh? Saya tak pandai bab cinta ni...

    ReplyDelete
  3. kena ikut ni
    ekekeke
    tak lama je lg ni nak kawen
    ekekekeke

    ReplyDelete
  4. tips utk masa depan. ;p
    nice la all ur pics..especially yg last tu la kan..hahha..titanic gituu.. ;)

    ReplyDelete
  5. Sizuka - You are most welcome! ;)

    Kahirul - Ermmmm .. nanti saya buat entry pasal tu.

    Ery - Ohhhhhh nak kahwin dah yek? Semoga berbahagia. Hehehe.

    Syafiqah - You are most welcome. ;)

    Lynn - Hahaha. Gambar paling last memang lawak ok!

    ReplyDelete
  6. @Nailah Azman: Ok.. Thanks.. You're the best blogger in the world(bodek skt supaya siapkan cepat...hehe).. :)

    ReplyDelete
  7. @Nailah Azman, dan kalau bolehkan, tlg buatkan tips tu juga sesuai juga utk OKU seperti saya. Itu pun kalau tak keberatanlah.. :)

    ReplyDelete
  8. tq very much mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar dengan hendaknya... insyaAllah

    ReplyDelete
  9. @Khairul - Sori. Tak sempat lagi nak buat entri untuk OKU. Sabar ya? Akan diusahakan. InshaAllah.

    @Scaryong - InshaAllah. Amin. ;)

    ReplyDelete
  10. akak, boleh x letakkan senarai perkara yg perlu dibuat tu. contoh kursus kahwin, tempah dewan. boleh x senaraikan dr awal hingga akhir majlis ^^ sbb sy blur, taktau nak buat apa..

    ReplyDelete
  11. Farhana Halim - InshaAllah nanti Akak buat satu per satu. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...