April 20, 2011

Perlu Ke Nak Bagitahu Jumlah Dah Berapa Kali Pergi Buat Amal Ibadah?

Assalamualaikum.

Minggu lepas, aku jenjalan pegi blog orang. Segala blog aku terjah hinggalah aku sampai kat satu blog ni. Aku singgah sebab kebetulan tuan punya blog tu update kisah dia baru BALIK UMRAH dengan satu family dia. Baca punya baca dia punya isi entri dia tu ...

Tetiba ... ada satu ayat ni ...

" INI KALI KE 15 SAYA BUAT UMRAH "

Aku kalau baca, memang laju je biasanya ... tapi kali ni punya KEPANTASAN DAN JUGA KELAJUAN PEMBACAAN aku rasa macam reverse balik kat ayat tu ... ehhhhh ???


Ohhhh ... tetiba aku DAPAT SATU PEMAHAMAN ...

Kitew kalau nak pegiewww buat Umrah kewww, Haji kewwww memang kena bagitahu eh jumlah berapa kali kitewwww buat ehhhh? (Apasal aku letak banyak www ni? Gila apa? Geli pulak aku rasa! Hahaha. )

Habis tu, contohnya lah kan kalau kita-kita ni dah lebih 50 kali ke, 100 kali sekali pun dah pergi buat Umrah dan naik Haji, kena ke nak cakap kat orang macam ni : " Aku dah 100 kali naik Haji! " . Macam tu? Tak rasa macam kau DAH RIAK ke dengan amal ibadah kau? 0_o

Aku tak tau lah kan tuan punya blog tu SEDAR KE TAK dengan SIKAP RIAK dia menunjuk-nunjuk dekat pembaca blog dia menyatakan tentang jumlah dia dah pergi buat Umrah tu kan. Kalau tak sedar ke, tak perasan ke atau buat-buat tak sedar dengan perasan ... meh aku bagitau sikit :

Kita ni kalau RIAK SANGAT DENGAN AMAL IBADAH kita, atau apa sekali pun amalan baik yang lain yang kita dah buat, ALLAH SWT TAK TERIMA TAHU? =_=

Sebagai umat Islam, KITA BUAT AMAL IBADAH tu kan untuk MENUNJUKKAN RASA CINTA DAN KASIH kita pada Allah SWT. Bukannya nak menunjuk-nunjuk kat orang ke apa ke. Tak baik tau. TAK BAIK! Low profile sudahlah. Tak payah nak poyo sangat by telling the whole world yang kau tu dah banyak kali pergi Makkah semua tu! Alahaiiii ... T____T

Kalau macam tu kan ... 

" Kitewww nak bagitau awak-awak semua lah yang kite an dah pegiwwww Umrah 88 kaliiiiiiiii! Awak lupa ehhh rumah kitewww dekat dengan Makkah? " ( Euwwwwwww! Sumpah aku geli. =_= )

Hahaha. Geli pulak kan aku nak cakap macam tu. Rasa macam POYO TAHAP GABAN yang memang akan buat orang rasa NAK LEMPANG KAU BANYAK KALI! Tambah lagi nak SEPAK TERAJANG bila kau tulis dengan huruf wwwww banyak-banyak! Kahkahkah.

Pesanan untuk tuan punya blog tu ...

Lepas ni, KALAU AWAK PEGI BUAT UMRAH YANG KE 16 KALI, awak tak payah lah nak mention-mention macam tu. Ok? Biarlah BERSERDEHANA je. Teeheehee.

Ingat tau! Jangan LUPA PESANAN KITA

Sekian. Masalamah!

6 comments:

  1. kena kasi tazkirah sejam dua dgn org cmni..hohoh..

    ReplyDelete
  2. akak la lagi duduk sana kan?
    boleh buat banyak2 kali selamba je.

    :)

    ReplyDelete
  3. eewww... senget2 mulut nak menyebutnya.

    pesan ustazah, hal2 sunat kena buat diam2....kalau dlm kelompok yg ramai, hal2 sunat lebih baik tak perlu buat kalau mudah dilihat..kena sorok2

    tu sunat..jgn salah faham pula.

    hehe....

    ReplyDelete
  4. Lynn - Takmau ah bagi tazkirah. Tak layak. Hehehe. Sekadar tengok, baca dan geleng kepala je yang mampu buat setakat ni. Hehehe.

    Zara - Aaaaaaa ... yelah tu. Tapi buat banyak kali pun ... taktau lagi diterima ke tak. Huhuhu.

    Kak Jie - Segannya Kak Jie singgah baca artikel saya ni. Huhuhu. Tapi betul lah apa yang Kak Jie cakap tu, benda macam ni, tak payahlah nak dihebahkan sangat. ;)

    ReplyDelete
  5. eeewwww.

    riak gila penulis blog tuh. kalau dah 15 kali tapi pahalanye berkurangan kerana riak tak guna jugak kan?

    ReplyDelete
  6. . - Hmm. Wallahualam. Memang tak elok pun nak riak. Bukan dari segi amal ibadah je. Yang lain pun, iye juga. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...