April 16, 2011

Pemakaian Niqab Adalah Pilihan Dan Bukannya Penindasan!

Assalamualaikum.

Tahun lepas, negara Perancis MENGHARAMKAN pemakaian HIJAB di khalayak umum di negara mereka. Tahun ni pulak, negara yang sama MENGHARAMKAN pemakaian NIQAB. Terkejut? Hmmmm. Kalau dah kata negara kafir dan tak cuba nak memahami dengan erti pemakaian HIJAB DAN NIQAB itu sendiri, nak buat macam mana kan? Apa yang boleh kita buat? Apa yang boleh KITA PERJUANGKAN? =_=




Sampai sekarang, aku masih tak faham sebenarnya, kenapa orang luar terus menerus menyatakan bahawa WANITA yang MEMAKAI NIQAB ini adalah golongan WANITA YANG DITINDAS! Kenapa? Mengapa sampai macam tu sekali persepsi orang ramai terhadap cara pemakaian yang satu ini?

Asyik-asyik nak cakap, asyik-asyik nak cakap, asyik-asyik nak cakap, wanita pakai niqab ni kena tindaslah! Ketinggalan zamanlah! Dipaksa suamilah untuk pakai niqab! Didera mental dan fizikal lah! Ada bukti ke untuk semua tuduhan tu? Ada? 0_o

Dorang ni tak tahu ke, wanita-wanita yang pakai Niqab ni semua, dah BERDIRI SAMA TINGGI dengan wanita lain. Sebagai contoh, dekat Saudi ni ha. Majoriti belajar kat luar negara. Dah ada Master. Dah ada PhD. Jadinya, kat mana isu kena tindas tu kalau DAH SAMPAI KE LUAR NEGARA DORANG SAMBUNG BELAJAR! Mana? o_0

Lepas tu, ada yang cakap, wanita yang pakai Niqab ni ditindas oleh suami bagi yang dah berkahwin. Bagi yang masih di bawah jagaan keluarga, dikatanya pulak ditindas ahli keluarga lelaki. Apa ni? Apa ni?  Apa buktinya? Mana? 0_o

Yang korang nak buat statement macam tu, korang tau tak, terutamanya wanita yang dah kahwin dan nak pakai Niqab ni, dorang kena MINTAK IZIN SUAMI tahu nak pakai Niqab? Kau ingat seorang isteri boleh selamba je nak pakai Niqab tanpa mintak izin suami? Kau ingat boleh? Allah SWT tak redha tahu?

Sama jugak yang belum kahwin. Kena mintak izin dengan mak bapak dorang. Mintak izin tau tak? Jadinya, mana yang dikatanya kena tindas tu? Mana? Celah mana dan sebab apa korang cakap, kena tindas pulak ni? Kena paksa? Otak mana? Bukti mana? Tak boleh ke guna akal yang diberi Allah SWT tu dengan sebaiknya untuk berpikir dengan lebih baik? =_=

Aku rasalah kan, negara Perancis tu, NAK HARAMKAN pemakaian Niqab mungkin sebab dorang dah nampak PERTAMBAHAN UMAT ISLAM dekat negara tu. Takpun, ramai yang DAH BERTUKAR AGAMA dengan memasuki agama suci Allah SWT yang satu ini iaitu Islam. Sebab tu kot? Logik kan? 

Lagipun, kalau korang rajin godek-godek internet, sebenarnya, penduduk dekat negara Amerika dan Eropah khususnya SEMAKIN RAMAI YANG DAH MEMELUK AGAMA ISLAM tanpa kita sedar, tanpa kita ketahui. Jumlah bukan makin berkurang. Makin BERTAMBAH-TAMBAH setiap hari. Mungkin korang tertanya-tanya, kenapa tak keluar surat khabar pun kan? Kenapa?

Mungkin dorang TAKUT. Takut kalau ORANG RAMAI TAHU dan LEBIH RAMAI LAGI AKAN MEMELUK AGAMA ISLAM dan sedar tentang kesucian Agama Allah SWT ini. Setuju?

Dalam Islam sendiri, tidak ada di dalam Quran pun menyatakan bahawa golongan wanita Islam WAJIB MEMAKAI NIQAB ni. Takde. Melainkan kalau kata golongan wanita Islam WAJIB MENUTUP AURAT, itu memang ada! WAJIB tetap WAJIB. Sebarang alasan, TIDAK BOLEH DITERIMA SAMA SEKALI. Apa sekalipun alasan, itu tanggungjawab dan perintah dariNya yang kita KENA PATUH!

Dan pemakaian Niqab itu pulak adalah PEMILIHAN DALAM HIDUP. TIDAK ADA SOAL PAKSAAN sama sekali! Tak ada tahu tak? TAK ADA? Tak paham-paham ke? LEMPANG NAK TAK? Mana tahu, lepas dah lempang baru kau nak paham! Pangggggggggggggg! =_=

Kalau nak lagi paham dengan soal pemakaian Niqab ni, tolonglah PERGI BUKAK QURAN! Kalau yang kafir tu, pergi beli Tafsir Quran. Berlambak kat kedai buku. Lagi pulak, tafsir Quran sekarang ni dah diterjemahkan ke dalam macam-macam bahasa. 

Kalau susah-susah sangat, meh aku belikan kau satu dan kau duduk dan baca dan PAHAMKAN segala perintahNya di dalam Quran itu sendiri. Siapa tahukan mungkin kau yang baca tu sendiri akan tertarik dengan agama Allah SWT dan terus langsung memeluk Islam selepas memahami keseluruhan isi Quran? Tak mustahil kan? 0_o 

Cukup-cukuplah dengan segala tafsiran dan pandangan tentang pemakaian Niqab ni. Jangan tuduh melulu tanpa ada sebarang bukti. Selami dan kaji dulu tentang pemakaian Niqab ni. Baru betul. 

Semoga suatu hari nanti, mereka-mereka semua ini diberi hidayah olehNya untuk membuka mata tentang keindahan memakai Niqab. Tak dinafikan, aku sendiri menyimpan niat dan hasrat untuk memakai Niqab suatu hari nanti. InshaAllah.

Sekian. Masalamah.

3 comments:

  1. haih .klu orang islam sndr ckp camtu ssh la .

    ReplyDelete
  2. oit oit oit..mne ade..! spe tindas?? giler ker..?? org pakai niqab ni sbnrnye pembersih, sehat walafiat..!!
    muke diorang kompom selembut salju..mne ade kena habuk..lgpun bagus, xde la die bau yg kurang2 menyenangkan tu.. hadooo so diorang sehat..spe ckp tu die dengki sbnrnyer... ;p

    kt sne dulu pun acq pakai jugak..sbb bau unta x tahan mak nyah! lg satu mls nk lynpak arab yg gatal2 tu..dr sakit telinga baikpakai kan?? kan?? giler org yg ckp tu...hadooo 'jangan dengki. tuhan marah'...!

    ReplyDelete
  3. xazryx - Hmmm. Betul. Kalau dah orang Islam sendiri memandang serong pemakaian Niqab, apatah lagi orang yang bukan Islam. =_=

    Acheeq - Ecehh .. pandai dah nak komen ni. Hehehe. Acheeq dah pernah datang sini. So dah tau kan pakai niqab ni bukanlah seburuk yang disangkakan.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...