April 23, 2011

Kisah Muezza : MokMok Berjaya Mempertahankan Daranya!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Isnin lepas bersamaan 8 hari selepas Mok selamat disunatkan, kami lakibini bawak dia jumpa Vet lagi. Appointment kali ni takde nak buat apa pun. Cuma datang dan bagi doktor BUKAK JAHITAN DEKAT PERUT dia tu ha. Padahal, aku bukak pun boleh. Saje je sebab takut jadi apa-apa pulak, kang susah.




Doktor ni SIAP PUJI cakap Mok ni baguih sebab TAK USIK TEMPAT JAHITAN kat bawah perut dia tu. Mana tak baguih sebab aku dengan laki aku dah macam apa DOK BERGOLEK SAKAN dengan dia hanya semata nak tukar bandage kat luka dia tu. 

Punyalah payah nak tukar bandage tu. Siap kena PEGANG KAKI TANGAN dia kuat-kuat bagi dia tak lari dan bergerak. Lepas tu, bila dah tukar bandage yang baru, ASYIK TANGGAL je memanjang. Jenuh nak alter banyak kali. TAMPAL SELOTEP BERTINDIH-TINDIH pun, STILL TERBUKAK jugak! 

Tapi ...

Sayang punya pasal kan! Buat aje. Walaupun tangan kena gigit ke, kena cakar ke, pedehal kan? Kata kesayangan. Huhuhu. =='

Sebab berhempas pulas dok pastikan bandage dia tak bukaklah, Mok tak usik. Sebab memang kami selalu dok check bandage kat perut dia tu haaaaa.

Doktor nipun salah puji sebenarnya! Sepatutnya, dia cakaplah, KAMI LAKIBINI NI YANG BAGUIH sebab jaga Mok elok-elok. Hahahaha.




Masa lepas hantar Mok sunat haritu, doktor siap DAH BAGI UBAT ANTIBIOTIK yang kotak biru tu ha. Ubat tu siap KENA BANCUH DENGAN AIR dulu sebelum sedut pakai picagari tu. Kerja dok menyumbat dalam mulut Mok, haruslah aku bagi kuasa Veto sepenuhnya kat laki aku! Sebab aku ni cepat kesian sikit. Tak sampai hati nak paksa-paksa dia makan ubat. Mungkin jugak sebab AKU SENDIRI MEMANG TAK SUKA MAKAN UBAT! Kahkahkah.

Krim Fucidin tu pulak, doktor suruh laki aku beli kat farmasi. Ubat tu macam krim lah. Kena sapu kat tempat jahitan kat perut Mok tu. Sebelum bandage memang letak lah. Kalau 10 kali bandage kat perut Mok tu tertanggal, 10 kali letak lah jawabnya! =='

Nasib baik masa bukak jahitan tu, doktor takde charge apa-apa bayaran pun. Aku dah budget mesti kena dalam 100 riyal ke apa ke. Sekali je ... FREE OF CHARGE. Nasib baik. Selamat duit. Boleh belanja barang dapur. Kekekeke.

Sejak dah sunat ni, ragam Mok makin bertambah. Manja tu jangan cakaplah kan. Gedik? Lagilahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh menjadi berkali ganda!




Mok sekarang ada port lepak baru. Port dia TIDUR TERBONGKANG TAK HENGAT DUNIA. Kat sejadah tu lah. Perghhhh ... dia kalau penat semacam ke, ape ke, dapat tidur kat port dia niiiii, mak aiiiii .. macam TAK HENGAT NAK BANGUN!

Lepas tu, kalau kami amik sejadah ni buat solat, mula lah dia pandang semacam like : " Ni apehal amik alas port aku nak tidur ni? Pehal? Pehal? " . =_=




Lagi satu, dia dah MAKIN PANDAI POSING sekarang. Kalau aku pegang kamera ke, tepon ke dan nampak aku fokus kat dia, dia tahu lah tu aku nak amik gambar dia. Nanti dia dok elok je diam-diam.




Masa ni, mentang-mentang lah aku tengok dia comel main cak cak dekat bantal dan aku nak amik gambar, elok jeeeeeeeeee dia duduk tepi bantal tu main sorok-sorok mata dia. Haih lah Mokkkkkkk!!!


                


Oh, dia ni kesayangan Papa dia. 

Jangan tak tahu, dia sekarang DAH PANDAI MINTAK ORANG DUKUNG dia, nak suruh bawah dia duduk tepi tingkap and tengok kengkawan dia dekat tong sampah besar depan rumah aku ni haaaaa. Lepas tu, lagi satu peel dia, dia jugak DAH PANDAI SURUH ORANG BAWAK DIA JALAN-JALAN dekat roof top rumah aku. Kemain lagi kau! 

Aku kekadang rasa dah macam bukan bela kucing dah. Rasa macam dah BELA BUDAK UMUR 1 TAHUN! Hahaha. Takpelah. Lagipun, aku belum ada rezeki lagikan. Dapat bela kucing yang macam budak umur setahun jagung pun, jadilah! Hehehe.

Hah! Yang kata tak elok bela kucing sebab boleh mandul tu, meh aku sepuk meh! Jangan tak tahu, kalau kucing tu minum air dalam bekas, air bekas kucing minum tu, kau boleh buat wuduk tau! Tak najis. So, kau jangan pepandai cakap memacam eh? LEMPANG NAK?

Itu bukan aku pepandai cakap eh. Itu dari kisah Nabi Muhammad SAW. Kalau nak lebih lanjut, pergi cari dekat Internet. Berlambak artikel pasal kisah kucing kesayangan Nabi tu dan juga macam mana, Nabi Muhammad layan kucing dia. Kau jangan sesuka je cakap bela kucing tu tak elok kalau nak pregnant! ( Emo tiba-tiba. )

Sekian. Masalamah!

2 comments:

  1. comey punya mok mok..ala2 gedik2 gitu bgambar..haha

    ReplyDelete
  2. Lynn - Mok memang comel. Tengoklah TUAN DIA. Kahkahkah. :p

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...