April 16, 2011

Kisah Kingdom Tower Dekat Jeddah

Assalamualaikum.

Dua tiga hari lepas, semua orang kecoh perihal PEMBINAAN KINGDOM TOWER oleh kerajaan Arab Saudi dekat Jeddah. Sampai inbox aku penuh sebab semua nak tahu betul ke tak projek ni DAH START dan DALAM PEMBINAAN. Aku? Sengih je lah. Boleh? Hehehe.

Projek ni kalau diikutkan lah, aku dah lama tahu. Siapa lagikan kalau tak dari laki aku. Kemudian, projek ni senyap seketika tanpa tahu puncanya. Aku ingat projek ni dah tak jadi dah, sebabnya, kerajaan Arab Saudi, ikutkan nak siapkan dulu MENAIK TARAF kawasan dekat Makkah Al-Mukaramah tu.

Huh! Aku berani jamin dekat korang, LAGI 5 TAHUN korang datang Makkah, Makkah DAH MODEN weihhh! Dah cantik. Serius. Lepas tu, kalau korang nak tawaf masa tu, tak perlu risau dah pasal matahari ke hujan ke sebab nanti nak tawaf kat Kaabah tu, katanya akan DILETAKKAN PAYUNG HIDRAULIK macam kat Masjid Nabawi tu ha.

Boleh bayangkan tak keadaan Makkah dalam 10 tahun akan datang? Hmmmm. Aku rasa macam dah tak best je nanti. Sebab semua dah menyenangkan. Memudahkan. Ada pro dan kontra sebenarnya kat sini tentang projek menaik taraf kawasan Masjidil Haram.

Baiklah.

Macam untuk projek Kingdom Tower ni, berdasarkan apa yang aku tahu, projek ni menelan perbelanjaan sebanyak 30 bilion! Bukan 3 bilion apatah lagi 3 juta. Tapi pada aku tak heran lah kalau projek tu menelan belanja yang besar memandangkan korang pun tahu kan, negara Arab Saudi ni memang kaya. Jadinya, apedehalkan? 0_o




Terasa bangga tiba-tiba bila tengok senarai menara-menara tertinggi di dunia ada MENARA BERKEMBAR PETRONAS! BERKEMBAR pulak tu. Bukan senang. Satu pencapaian untuk Malaysia pada zaman pemerintahan Tun Mahathir. I love you Tun! ( tiba-tiba. Hahaha. )

Dalam banyak-banyak menara kat atas tu, setakat ni, yang aku dah tengok dan pergi sendiri mestilah menara yang ada kat Dubai itu Burj Al-Arab dengan Burj Khalifah. 

Kau bayangkan lah. Aku rasa Burj Khalifah tu pun DAH CUKUP TINGGI dan buat aku sakit tengkuk nak mendongak tengok bangunan dia! Kau bayangkan kalau kau nak tengok Kingdom Tower ni pulak yang tinggi dia lebih dari 1km? Adoilahhhh. PATAH TENGKUK agaknya kot nak tengok sampai ke puncak nun tu? Huhuhu. T___T



Masterplan Kingdom Tower.

Kalau tengok Master Plan Kingdom Tower ni, projek tu dekat area Obhur which is dekat area Corniche lah jugak. Maknanya DEKAT SANGATLAH dengan rumah aku tapi berbanding rumah lama, rumah lama lah lagi dekat sebab rumah lama tu memang belakangnya Corniche. Dekat sangat-sangat.

Tapi setakat ni, sepanjang lalu kat area Obhur tu, TAK PERNAH LAGI aku ternampak tapak projek Kingdom Tower ni. Jadinya, aku sendiri TAK DAPAT NAK SAHKAN projek tu dah dijalankan atau akan dijalankan. Tunggu je lah. Kalau ada apa-apa bukti, inshaAllah nanti aku amik gambar. Hehehe.

Nampaknya, sekarang ni, memang SEMUA NEGARA ARAB kat Timur Tengah tengah BERLUMBA-LUMBA NAK BINA BANGUNAN PALING TINGGI DI DUNIA. Isk isk isk. T__T

Hah, yang projek Warisan Merdeka kat Kampung Baru  tu apa cerita ek? Cuba cer cecita cer cecita sikit kat aku yang jauh di perantauan ni haaaaa ... Hehehe.

Sekian. Masalamah!

3 comments:

  1. Apakah tujuan sebenarnya membina menara tinggi2 ni. Gerun le.

    ReplyDelete
  2. Kak Sam - Mungkin saja nak menunjukkan kehebatan negara masing-masing. Hmmm.

    ReplyDelete
  3. kalau la betul kingdom tower ni siappppp...(speechlessss)
    mmg laa xdapat nak bayangkan ktinggiannya..hoho..

    -salah satu ptanda kiamat bila manusia semakin blumba2 bina skycraper..~_~

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...