April 23, 2011

Dugaan Dalam Perkahwinan Adalah Rencah Kehidupan ...

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan, aku perasan ...

Ramai di kalangan kengkawan aku yang baru kahwin, yang baru melangkah alam perkahwinan, kebanyakannya mesti ada PERGOLAKAN DALAMAN. Ada setengah tu, dah macam berpatah arang, putus asa, letih, penat nak berjuang teruskan hidup bersama.

Tapi ada setengah tu pulak, masih tetap berjuang dan berusaha untuk memperbaiki setiap permasalahan dan salah faham yang jadi. Alhamdulillah lah kan.

Tapi yang dah nak separuh jalan ni ... susah nak cakap sebenarnya. Lagipun, aku tengok zaman sekarang ni, kalau PASANGAN BARU KAHWIN DAH BERCERAI ATAU DAH NAK BERCERAI, dah jadi macam trend pulak. Macam takde apa. Sedihnya aku tengok. T___T

Mungkin agaknya pasangan yang berpatah arang ni lupa yang orang-orang zaman dulu atau dah otai dalam alam rumahtangga ni, selalu je berpesan pada pasangan yang baru berkahwin : " 5 tahun pertama perkahwinan, memang akan diduga. Kita kena banyak bersabar. Memohon pada Ilahi sentiasa agar rumahtangga terus aman dan berbahagia hingga ke Syurga. " ( Selalu dengar tak? Ke tak pernah dengar langsung? 0_o )

Lupa kot barangkali? Atau tidak ada yang berpesan pada mereka? Hmmm.

Macam aku dulu ...

Aku kahwin penghujung tahun 2008. Awal bulan Disember 2008. Sekarang dah awal tahun 2011. Maknanya dah lebih DUA TAHUN DAN HAMPIR TIGA TAHUN aku dah berkahwin. Agak-agak korang lah, laluan aku dengan laki aku selama tempoh dua tahun lebih tu penuh liku ke rilekkkkkkk je takde pancaroba? 0_o

Aku ingat lagi, lepas je majlis kedua-dua belah pihak, laki aku terus BAWAK AKU BALIK ke Dubai. Kebetulan masa tu dia memang masih kerja kat sana lagi. Aku pulak masa tu, tengah cuti semester sebelum masuk tahun akhir untuk habiskan Ijazah aku. Kira untuk dua minggu awal semester tu, aku memang PONTENG KELAS lah. Hehehe.

Dah puas bershopping, berjalan dekat Dubai, aku balik Malaysia. Sorang diri. Baru je balik, dalam bulan Februari tu, DUGAAN PERTAMA DATANG bila laki aku TERPAKSA BALIK MALAYSIA disebabkan Dubai memang dah teruk sangat ekonominya masa tu. Memang bulan Februari tu, Dubai dah macam nak lengang sebab orang luar yang bekerja dekat Dubai, semua balik ke negara masing-masing. =_=

Laki aku pulak, BALIK MENGEJUT lak tu. Bayangkanlah, lagi beberapa jam nak balik, baru bagitau : " Ayang, flight biebie jap lagi. Ni nak pergi airport dah ni. Petang esok I sampai lah kot. ". Tapi masa tu, aku suka lah sebab tak perlu lah kan nak rindu-rindu sangat. Kekekeke.

Tambah lagi seronok masa tu, baru je laki aku sampai Malaysia, kiteorang dah BERJIMBA-JIMBA KAT SINGAPORE. Takdelah berjimba sangat pun. Sebenarnya, sekadar teman Leen nak buat thesis Master dia. Tapi kira oklah sebab dapat jalan-jalan, amik gambar, makan-makan.

Balik je dari Singapore ... hambek kauuuu!!!




Laki aku MENGANGA DUDUK KAT RUMAH sebab jobless. Bila hantar resume kat banyak company, banyak je interview tapi bila dah interview, dorang lak TAK BERANI NAK AMIK sebab ... hehehehe ... dah kalau resume pun semua banyak buat projek luar, dengan gaji sebelum-sebelumnya memang KAU-TAKKAN-DAPAT-DEKAT-MALAYSIA, memang HARAM JADAH lah kan dorang nak amik!

Padahal, laki aku takdelah kisah sangat pun pasal gaji tapi disebabkan, biasalah MENTALITI RAKYAT MALAYSIA ni memang ada masalah sikit. =_=

Tapi ... itulahkan. Mungkin ada hikmah. Kita kena percaya padaNya, sesungguhnya SETIAP KEJADIAN ITU MEMANG ADA HIKMAHNYA. Takpun, kalau kita tak dapat apa yang kita nak sangat, mesti ada BENDA YANG JAUH LEBIH BAIK yang Allah SWT nak bagi kat kita.

Sebab apa aku cakap macam tu?

Sebabnya, lepas dah jenuh laki aku pergi interview semua, sekali jeeeee ... laki aku DAPAT KERJA JUGAK. Dengan company baru nak naik dekat Riyadh. Alhamdulillah, gaji memang sangat ok. Tambah lagi masa tu, kerja dekat Penang walau sepatutnya dia kena pergi Riyadh, Saudi tapi disebabkan masalah visa, stay dekat Penang je lah.

Kat situ dah rasa seronok sikit. Laki aku pun seronoklah sebab dia DAH TAK PAYAH NAK MELANGOK DUDUK KAT RUMAH dan aku lak tak payah nak dengar dia dok cakap : " Biebie boringlah tak kerja. Biebie boringlah tak kerja. " . Dok ulang lah banyak kaliiiiiiii kat aku sampai aku naik muak dah nak dengar rintihan hati laki sendiri. Hehehe.

Tapi KESERONOKAN TU TAK LAMA bila ...





Jun 2009

KAMI EKSIDEN. Sampai sekarang kalau tengok gambar kereta ni semula, aku boleh cerita satu per satu pasal eksiden ni. Sampai sekarang, kalau teringat, MESTI NANGIS. Nangis sebab RASA BERSYUKUR KAMI SELAMAT dan Allah SWT bagi PELUANG KEDUA untuk MEMPERBETULKAN SEGALANYA dan MEMUHASABAHKAN DIRI memasing dan MENDEKATKAN DIRI lagi kepadaNya. T__T




Masa ni, memang fresh lagi. Laki aku paling teruk.

Aku ingat lagi, masa nak pergi buat report dekat balai polis Slim River, ada sorang abang polis terkejut gila bila aku cakap, kereta tu aku punya. Baru je eksiden. Sampai abang polis tu cakap : " Awak tak tipu eh? Sebab ada kawan saya bagitau, pasangan yang eksiden ni dah meninggal. Lagipun, tengok keadaan kereta lah. Remuk teruk macam tu. "

Dekat balai tu, sampai semua abang-abang polis boleh tanya macam mana kami boleh survive, padahal laki aku masa tu tengah BERTARUNG NYAWA  kat hospital! Kepoh jugak kan abang-abang polis ni. Hmmm. =_=

Kesudahan dari eksiden ni, laki aku kena MASUK BESI dekat tangan dan jugak kaki. Apapun, Alhamdulillah sebab semuanya dah berlalu. Tapi sampai sekarang kalau lalu kat tempat kejadian, mesti BULU ROMA AKU DAH MEREMANG semacam. Kekadang sampai terdetik dalam hati : " Lepas ke tak? Lepas ke tak? Janganlah eksiden lagi. " Sampai macam tu sekali tau tak aku jadi fobia! T____T

Dua minggu kami berkampung dekat hospital. Bila dah keluar hospital, tak lama tu, aku balik Shah Alam sebab dah naik Semester Akhir. Laki aku pulak, teruskan terapi dan pergi berurut kampung. Dari tak boleh jalan, Alhamdulillah .. kemudian dia dah boleh jalan macam biasa walaupun, jalan tempang sikit-sikit.

Ingatkan sampai situ je lah kan. Lagi pulak masa tu, memang DALAM PROSES NAK PULIHKAN SEMUA KEADAAN BALIK. Sekali je, nampaknya, Allah SWT tu lagi Maha Mengetahui segalanya bila adik ipar merangkap adik laki aku pulak MENINGGAL genap sebulan lepas kami eksiden. Alahaiiii ... T___T



Aku tak ingat kereta mana yang merempuh arwah dan merempuh kereta lain juga.

Padahal masa tu, baru nak PANJAT SYUKUR sebab laki aku dah boleh bangun sendiri dan berjalan  dah tak payah pakai tongkat. Tup tup ... malamnya tu, arwah pulak eksiden dan meninggal di tempat kejadian. Arwah masa tu masih study lagi dekat Kuithho Batu Pahat. 

Pasal eksiden ni, memang satu Kuittho tu taulah. Apapun, rasa bersykur sebab baik dari urusan dekat hospital sampailah urusan bawak balik jenazah ke kampung Perak, segalanya dipermudahkan perjalanannya. Sangat-sangat mudah.

Aku akui, arwah memang seorang adik, anak, kawan atau apa sekalipun yang baik. Dia memang tak pernah nak tinggi suara baik dengan mertua aku, atau adik-adik. Siapa yang pernah jumpa arwah dan kenal, tahulah perangai dia macam mana. Segala-galanya memang baik dan itu juga mungkin Allah SWT bagi petanda yang pemergian arwah seharusnya tidak di tangisi.

Lepas je pemergian arwah, laki aku pulak TERUSKAN PERJUANGAN dia untuk baik sepenuhnya. Lagipun, dia masih ada mak ayah juga adik-adik di kampung. Dia kena kuat dan sememangnya, laki aku memang seorang manusia yang KUAT HATINYA DAN TINGGI SEMANGATNYA.

Mana taknya, patutnya dialah yang dok sedih sebab keadaan dia macam tu, ini tak, bini dia pulak dok lebih. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Bangun tidur je nangis. Dalam tidur pun nangis. Termenung je nangis. Duduk sorang-sorang pun menangis. Dasar anak gembeng! ( Kata aku pada diri sendiri! Hahahahha. )

Alhamdulillah, bila raya tu, laki aku boleh dikatakan dah sembuh lah sepenuhnya sebab dah tak perlu tongkat, boleh bawak motor lagi bawak aku pusing satu kampung! Aku kalau balik kampung dia, memang suka ajak dia naik motor. Kalau tak pusing satu kampung, pergi pekan, makan-makan. Hehehe. Indah betul hidup budak-budak kampung kan?

Ok. Sambung balik.

Lepas dah dekat SETENGAH TAHUN LAKI AKU CUTI DARI KERJA sebab nak pulih sepenuhnya, Alhamdulillah ... laki aku dapat kerja kat luar lagi. Kali ni kat Jeddah, Saudi Arabia dan maknanya dah tak kerja lagi dah kat Penang atas sebab tertentu.

Masa ni memang eksaited tak hengatlah sebab DEKAT DENGAN MAKKAH. Kurang dari sejam dah sampai Makkah kalau dari Jeddah ni ha. Itupun kalau tak jammed. Kalau jammed, dekat dua jam baru sampai! =_= ( Apa? Kau ingat KL je ke jammed teruk? Dekat Makkah pun jammed teruk. Lagi-lagi kalau dekat area MasjidilHaram tu ha. )




Alhamdulillah, sekarang DAH SETAHUN LEBIH duduk kat Jeddah. Seronok memang seronok. Memang tak sangka langsung boleh ada kat sini, tinggal kat sini dan berada dekat dengan rumahNya. Aku suka dengan kehidupan dekat sini walaupun aku TERPAKSA BERKORBAN duduk kat rumah jadi isteri sepenuhnya tanpa perlu bangun bersiap pergi kerja seawal pagi! Hehehe.

Bukan semua isteri dapat peluang duduk rumah macam ni. Tambah lagi, dapat beli segala barang yang dimahukan. Memanglah tak pakai duit sendiri sekalipun tapi kalau dah dapat semua barang idaman tu, rasa macam dihargai lebih sikitlah. Bersyukur je lah kan. Hehehe.




Haaa .. sekarang aku macam ni. Aku bahagia.

Dah nampak kan apa yang aku dah lalui sepanjang dua tahun lebih perkahwinan aku dengan laki aku? Bila dah lalui semua ni, baru aku percaya dengan kata-kata " 5 tahun pertama perkahwinan memang mencabar. Antara sabar dengan tak je. " . ( Pesanan orang tua ni ada yang perlu kita ambil kira. )

Seriuslah. Kalau orang berpesan macam tu kat korang yang baru kahwin atau merancang untuk berkahwin, AMIK SERIUS. Jangan nak cakap : " Eh, yeke? Taklah. Semua mesti ok lah sebab saya cintakan dia dan dia cintakan saya. "

Sekarang bukan soal cinta ke sayang ke apa ke, soalnya kena tabah. Kena kuat. Kena pikir pasangan kita. Kena jaga hati. Kena turunkan ego. Kena berani. Kena BANYAK SABAR! Paling penting, KENA SENTIASA INGAT pada DIA. Ikut perintahNya dan tinggalkan segala laranganNya. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Buat yang baru kahwin tu, jadikan pengalaman aku sebagai pengajaran untuk korang. Aku nak korang tau yang tak semua hari-hari kita indah. Setiap perjalanan kehidupan kita ada likunya, ada surutnya dan percayalah bahawa setiap dugaan yang datang pada kita itu adalah tanda Allah SWT SAYANGKAN KITA sebagai hambaNya. Dekatlah diri kepadaNya. Hanya DIA yang BOLEH MENOLONG KITA dalam apa keadaan sekalipun.

Yang penting, JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA. Jangan SELALU BERSEDIH. Terus dan sentiasa MOHON KEREDHAAN-NYA.

Sekian. Masalamah.


Dari Jeddah :
  • Harini aku nak cuba buat Nasi Tomato, Ayam Masak Merah & Acar Timun. Mari kita tengokkkkkk, JADI KE TAK aku buat. Kalau jadi, aku post gambar. Kalau tak jadi, paham-paham je lah ... Hehehe.


6 comments:

  1. boleh rasa how happy you now sis..tggal pulak di tempat yg memang penuh barakah..semoga lebih suksesss di sanaa.. ;)

    ReplyDelete
  2. ilah: sabar jela ka...Alhamdulillah...semua da berlalu.. at least ada HIKMAH di sebalik ujian..=)bile da dok sni hepi je semua nak dpt yek..hehehe.patutla mase jumpe korang ~ kat wad mase aku jage fiffy dulu aku tgk si man mcm penah eksiden tp aku takde la tgk lelama masa tu laki aku ade...hehehe. hidup tak penah sunyi ngan ujian.. ~ haihh panjang lorh pulok..kang jadi karangan plak..hhehe..masok sedap2 k..=P

    ReplyDelete
  3. Lynn - Terima kasih adik sayang. Bila akak dah share pengalaman ni, jangan Lynn takut nak kahwin lak! Hehehe.

    Shiela - Pelik pulak bila guna Norabudy tu. Kuikuikui. Semoga Shiela juga terus tabah menghadapi dugaan dariNya. Jangan mengeluh okeiii. ;))

    ReplyDelete
  4. Ilah:- sbb org panggil kite nama NOR kat sini..kat unibesiti..cume budak2 AWA je panggil shiela.. n sum of friens hehe.Abudy tu nama laki kite.Abdullah..name manje org arab Abdullah adalah abudy ..=)
    suami kite ckp bykkan baca surah al falaq.. tiap2 hari.. sbb maybe hasad dengki manusia kite tak tahu. dan nnt suami kite kasi doa buat man.. even da sembuh ade doa utk die amalkan...

    ReplyDelete
  5. semoga kebahagian berkekalan ye dik...apa2 yang datang sentiasalah mengingatiNya....InsyaAllah....kita mampu hadapinya

    ReplyDelete
  6. Shela - Terima kasih pasal surah tu. InshaAllah nanti kita amalkan. Nanti bagilah sekali doa sembuh untuk man. Boleh suruh dia buat doa harian.

    Kak Yatie - Terima kasih Kak. InshaAllah. Semoga kita semua terus tabah menghadapi dugaan dariNya.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...