Assalamualaikum.
Secara jujurnya, aku masih belum jelas sangat soal siapa mahram dan bukan mahram sebelum ni. Yang utamanya, siapa bukan mahram aku. Sedih tak? T__T
Tak apalah. Aku belajar dari kesilapan. Lagipun, rahmat Allah SWT tu sangat luas. Semoga dia mengampunkan segala dosa dan kekhilafan aku yang lepas.
Alkisahnya begini, bila aku berkahwin dengan suami, aku lihat biras aku merangkap kakak ipar suami, setiap kali kalau balik kampung belah suami, aku tengok dia walau dalam rumah, elok je pakai tudung. Aku yang selamba. Serius aku memang tak jelas lagi soal adik ipar itu dikira bukan mahram.
Dan kemudian sampailah beberapa bulan lepas, terus rasa nak 'kaji selidik' siapa sebetulnya mahram dan bukan mahram. Pernah juga tanya suami : " Abang ipar tu kira mahram ke? ". Suami pun tak jelas lagi tentang hukum hakam ni. Takpelah. Sama-sama kaji.
Kaji punya kaji, sekarang baru aku jelas yang ipar duai, adalah bukan mahram aku. Nampak tak dah berapa banyak dosa yang aku buat tanpa sedar? Salah diri sendiri. Lain kali bertanya. Natijahnya, menyesal tak sudah rasa sekarang ni. Sedihnyaaaaaaaaa hanya Allah SWT yang tahu. =_=
Aku akui, sejak buat Hajj tahun lepas, banyak perihal agama yang aku kena belajar dan amik tahu. Pada aku, soal agama dan hukum hakam dari Allah SWT, suka atau tidak, kita kena ikut. Yelah. Kata nak masuk Syurga kan? Kata nak jadi hamba yang bersyukur kan? Maka, apa yang Allah SWT dah tetapkan memang kena ikut.
Soal bukan mahram ni, dah beberapa minggu aku buat kaji selidik. Dari internet, bertanya pada yang ariff dan juga dari ceramah agama di YouTube. Satu persatu aku rujuk dan Alhamdulillah, lepas dah banyak pihak aku rujuk dan juga sumber yang lain, akhirnya semalam baru aku jelas, ipar duai adalah termasuk dalam golongan bukan mahram aku.
Terus teringat, sebelum ni, aku selamba je salam abang ipar aku. Sepupu akulah, pakcik akulah. Semua tu bukan mahram. Nampak tak sebenarnya, kita sendiri, atau aku sendiri terlalu ambil mudah?
Aku cakap pada suami : " Biebie, ipar duai tu bukan mahram. Maknanya, I ke you ke memang tak boleh salam apatah lagi nak tunjuk aurat. Macam pakcik atau makcik yang bukan adik beradik dengan ayah atau emak kita pun sama. Bukan mahram juga. ".
Faham tak apa maksud aku kat sini?
Kiranya, kalau pakcik atau makcik kita tu berkahwin dengan adik beradik mak ayah kita, dia dikira bukan mahram atau dipanggil 'bapa / ibu saudara sabit'.
Contoh lagi jelas dan juga sebagai rujukan untuk aku sendiri :
Mak aku ada 7 orang adik beradik.
- Kakak sulung atau Mak Long aku panggil. Mak Long dengan Pak Long. Makanya kat sini, Pak Long adalah bukan mahram aku sebab dia hanya suami kepada Mak Saudara aku.
- Abang Sulung atau anak kedua dalam adik beradik Mak aku. Aku panggil Pak Ngah. Itu adalah mahram aku sebab dia adalah adik kandung Mak aku.
- Kakak kedua Mak aku yang dipanggil Mak Lang. Mak Lang dengan Pak Lang. Pak Lang dikira bukan mahram aku sama seperti Pak Long tadi.
- Mak aku sendiri.
- Adik Mak aku iaitu dipanggil Mak Itam. Mak Itam dengan Pak Itam. Pak Itam sama tarafnya dengan Pak Long dan Pak Lang tadi iaitu bukan mahram.
- Anak lelaki bongsu dalam adik beradik Mak aku. Dipanggil Cik Ajul. Dia dikira mahram aku sebab dia adalah adik kandung kepada Mak aku.
- Anak bongsu Mak perempuan. Ucu.
Untuk belah Abah aku, yang dikira bukan mahram cumalah Pak Usu aku sebab dia adalah suami kepada Mak Usu aku yang merangkap adik perempuan bongsu dalam adik beradik belah Abah aku. Tak lupa juga suami pada adik perempuan Abah aku yang lagi sorang. Dia pun dikira bukan mahram sebab bukan adik beradik dengan Abah aku. Statusnya cuma suami kepada Mak saudara aku.
Bila aku dah senarai macam ni, mesti nanti ada yang kata dan tertanya, habis nanti Hari Raya macam mana? Kalau jumpa ke macam mana? Takkan taknak salam? Kang kata kurang adab pulak? Kannn???
Dan itu juga yang timbul dalam kepala aku sekarang ni ..........
Tapi bila pikir dalam-dalam dan secara betulnya, sepatutnya tiada masalah akan berlaku jika ahli-ahli keluarga tersebut faham dan ariff tentang bukan mahram ni. Tak salah pun kalau kita berterus-terang dengan pakcik atau makcik yang dia adalah bukan mahram kita.
Sebab back to basic, ini soal hukum hakam agama dan telah ditetapkan olehNya dan siapa pulak kita untuk menolak dan seterusnya mempersoalkannya. Kan?
Soal agama macam ni, kita kena berani terangkan biar jelas dan nyata sebab benda macam nilah yang kita selalu buat remeh dan tak kisah je tapi nanti kat Akhirat, berdepan dengan Yang Esa, kita nak jawab apa?
Kalau Allah SWT tanya : " Kamu solat cukup, amalan lain cukup, semua cukup tapi amik remeh perihal bukan mahram kalangan keluarga terdekat. Kenapa? "
Hahhh ... masa tu nak jawab apa? Takkan nak jawab tak tahu sedangkan kita ni, Allah SWT dah bagi akal fikiran untuk kita sentiasa mengkaji ilmu dan agamanya. Ye tak?
Kang dah boleh lagi sikit Allah SWT dah nak masukkan kita ke SyurgaNya, boleh jadi kita jadi penghuni Neraka dulu sebab hanya kerana kita ambil mudah soal bukan mahram di kalangan ahli keluarga terdekat kita sendiri.
Tepuk dada, tanyalah hati sendiri sama ada nak berubah dan amik berat perihal bukan mahram di kalangan ahli keluarga terdekat sendiri atau tidak. Pilihlah sama ada nak mencari redhaNya atau tidak.
Dan aku pilih untuk perbetulkan segala kesilapan yang aku dah buat sebelum ni .....................
Kalau sebelum ni, dengan ipar duai termasuk biras pun aku selamba buka aurat, lepas ni aku kena beringat untuk tutup aurat. Biar rimas dan macam rasa terpaksa, inshaAllah lama-lama aku akan jadi terbiasa dan ikhlas melakukannya.
Kalau sebelum ni, jumpa pakcik yang bukan adik beradik kandung Mak aku atau Abah aku, aku selamba je salam dan buka aurat, tapi lepas ni, aku kena beringat untuk tutup aurat. Biar rimas dan macam rasa terpaksa terpaksa, inshaAllah lama-lama aku jadi terbiasa dan ikhlas melakukannya.
Kalau sebelum ni, jumpa sepupu lelaki, aku selamba salam dan buka aurat, tapi lepas ni, aku kena beringat untuk tutup aurat. Hubungan aku dengan sepupu-sepupu lelaki, memang rapat. Tapi rapat macam mana pun, yang haram tetap haram.
Suka ke tak suka, kena terima yang mereka bukan mahram aku. Harap dorang pun faham dan jelas yang sepupu sama sepupu yang berlainan jantina dikira bukan mahram.
Korang yang baca dan seterusnya yang tak tahu pun dah jadi tahu bila baca apa yang aku cakap ni, bertindaklah dengan serta merta. Jangan tunggu esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan sekalipun.
Soal aurat dan bukan mahram ni bukan perkara yang boleh dibuat main-main dan ikut suka kepala kita. Kerana ini adalah hukum yang sudah dimaktubkan olehNya. Kalau rasa was-was dengan apa yang aku cakap ni, nasihat aku, korang rujuk pada orang yang lebih ariff di sekeliling kamu.
Ingat, ilmu Allah SWT dan hukum hakam Allah SWT ni kita kena sentiasa amik tahu dan belajar untuk amik tahu. Jangan pandang remeh sebab perkara remeh macam ni juga akan dipersoalkan dan ditanya oleh Pencipta kita nanti.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa yang aku dan kita semua dah buat. Semoga kita semua terus sentiasa hidup dalam redhaNya. InshaAllah.
Sentiasalah berubah untuk menjadi hambaNya yang lebih baik setiap hari dan juga jagalah hubungan kita denganNya. InshaAllah kalau kita jaga hubungan kita dengan Pencipta kita, DIA juga akan melakukan perkara sama terhadap kita.
Oh, tak lupa. Semoga kita semua terus istiqamah mencari keredhaanNya dan juga menjadi hambanya yang tahu bersyukur dengan segala apa yang kita miliki dariNya.
Ingat, kita ini tidak punya apa-apa. Semua yang ada pada kita adalah milikNya.
Sekian. Ma'asalamah!
terima kasih kak nailah for this post.sy pun tak berapa jelas hal ni.huhu.sekarang dah hampir jelas :)
ReplyDeletesizuka[izzati] : Sama-sama. Akak pun tak berapa jelas juga sebelum ni. Itu yang nekad cari sampai betul-betul jelas. Alhamdulillah sekarang dah jumpa jwpn. Harap lepas ni kita tak leka dan beringat. InshaAllah.
ReplyDeletesalam, boleh rujuk gambar ini:
ReplyDeletehttp://s18.postimage.org/9g2no9uyx/Mahram_Non_Mahram_Female.jpg
Unknown - Terima kasih. Saya buat entri ni berdasarkan pic yang awak bg tu lah. ;)
ReplyDeleteAkak saya cuma nk tahu tentang ni..
ReplyDeletePendapat ulama' yang lebih ringan@mudah,
seperti pendapat Dr. Yusof Qaradhawi dan Syeikh Abdul Halil Abu Syuqqah,
didalam buku mereka,Fatwa Muassirah dan Tahrir Mar'ah,
dibolehkan dalam keadaan,
Terhindar dari fitnah dan suasana yang memerlukan,
seperti untuk menunjukkan rasa ukhuwwah atau kasih sayang atau simpati.
contoh yg diberi adalah,
i. Mengucapkan selamat jalan untuk perjalanan yg jauh
ii. menyambut kepulangan dari perjalanan atau kembara yg lama.
iii. mengucapkan takziah atas sesuatu musibah.
Dan yang ni..
ReplyDeleteAl-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.
tokwan kita punya adik , saya panggil toksu . toksu punya anak .. mahram ke x
ReplyDelete