May 1, 2012

Kisah SuamiIsteri #1 : Lainkali Dengar Cakap Suami, Jangan Lawan!

Assalamualaikum.

Berdasarkan pada tajuk, mari aku kongsi apa yang berlaku semalam ...

Hari : Semalam
Waktu : Pagi sebelum suami pergi kerja
Tempat kejadian : Dapur

Alkisahnya :

Semalam pepagi suami kena hantar isteri ke Shabartly Village Compound sebab isteri dah janji dengan 2 kawan karibnya untuk ' main masak-masak '. So, malam sebelumnya tu, isteri dah siap-siapkan semua bahan masak. Pulak tu, isteri nak ' main masak-masak ' laksam. Disebabkan nak masak laksam banyak untuk dibawa pulang bagi para suami masing-masing makan, isteri beli ikan lagi untuk direbus dan dibawa ke rumah 2 kawan karib tadi.

Pagi sebelum keluar rumah, sedang isteri kelam-kabut nak bersiap, tengok-tengok suami hilang dari bilik secara tiba-tiba. Cari punya cari, rupanya suami sedang ' mengerjakan ' sesuatu kat dapur ....

Isteri : " Biebie buat apa tu? "

Padahal dah nampak suami tengah pegang plastik nipis untuk cover makanan tu. Saje buang masa tanya soalan bodoh. :p

Suami : " I nak tutup periuk ni. Nanti tumpah pulak kang air rebusan ikan ni kat dalam kete . "

Isteri buat muka pelik tanda seperti tidak setuju. Maka dengan angkuh dia berkata pada suaminya ...

Isteri : " Eh, kenapa pulak nak balut dengan plastik ni? Tak payahlah. Takkan tumpah punya. I peganglah nanti bila dalam kereta. Kan ada penutup periuk ni ha. "

Sebab sayang juga isteri dan mempunyai alasan dia yang munasabah dan sebenarnya malas nak layan isteri degil, maka suami pun buat dekkkk je dan terus wrap periuk tadi. Siap wrap periuk, terus suami isteri keluar rumah.

Bila dah start je journey nak ke Sharbartly Village Compound tu, tak sampai 5 minit derrr ... baru belok dari kawasan rumah ..............................................

Cantikkkkkkkkkkk je air rebusan ikan tu tumpah dekat atas seluar isteri. Tumpah dekat bahagian belah peha kanan isteri. Hati isteri dalam hati dah berkata : " Padan muka akuuuu! Tadi laki cakap taknak dengar kan? Rasakan seluar bau hanyir ikan. ". =____=

Tapi masa tu isteri kira lega jugaklah sebab sekurangnya, air rebusan tu tumpah kena belah peha kanan dan bukan belah peha kiri. Kalau belah peha kiri, mesti suami nampak. Konon kira dah selamatlah tuuu ..... T____T

Tapi, tapi, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ................

Tak sampai 5 minit nak rasa lega ....... elok je air rebusan ikan tumpah belah kiri which is semestinyaaaaaa suami boleh nampakkkkkk!

Maka, aku kira korang tau apa yang terjadi dalam kereta selepas ituuuuuuuu ....

Suami : " I dah cakap tadi kan? Lain kali I cakap, dengar okay? .... bla bla bla bla bla ........ "

Yang si isteri memang tak mampu nak berkata apa dah sebab dah memang salah sendiri kan? Takkan nak ' menegakkan ' lagi seluar yang dah dibasahi hasil tumpahan air rebusan ikan kan? Wakakakaka.

Bila sampai je Shabartly dan suami pun dah pergi kerja semua, sampai rumah kawan baik si isteri tadi, isteri tadi jadi bahan ketawa kawan baiknya juga. Ok. Takpelah. Redha.

Nak dijadikan cerita, kejadian tumpahan air rebusan itu berlaku kali kedua lagi pada si isteri tadi bila isteri dan kawan baiknya keluar untuk amik kawan baik yang lagi sorang di rumahnya di dalam kawasan Shabartly jugak.

Paling sadis adalah, tumpahan kedua adalah lagi maha dasyhat sampai basah baju dan seluar yang dipakainya dan bikin kawan-kawan baik isteri tadi gelak tak hengat duniaaaaaaaaaa kat si isteri! Ok. Fine. Fineeeee! =_____=

Kesudahannya, bila balik ke rumah kawan baik si isteri tadi, maka si isteri terus tukar baju lain dan baju juga seluar yang dah hanyir bau air rebusan ikan, dibasuh di rumah kawan baiknya itu.

Moral of the story :

  • Lain kali kalau suami cakap tu, dengar. Jangan lawan. ( Baca untuk diri sendiri )
  • Allah SWT itu kalau nak bayar cash, memang terus DIA bagi. Takde lambat, takde cepat.
  • Ada hikmah isteri tetiba rajin bawak baju spare. Rupa-rupanya ............... kahkahkah.
Sekian cerita dan dugaan sebelum kelas ' main masak-masak ' bersama kawan-kawan baik yang tersayang.

Oh, sebelum itu, pelakon sebenar bagi watak cerita di atas adalah :
  • Suami : Azman
  • Isteri : Nailah
  • Kawan baik 1 : Ina
  • Kawan baik 2 : Haida
Ok. So sekarang kau orang bolehlah gelakkan isteri yang degil itu sebab ia adalah akuuuuuuuuu! Kahkahkah.

Serius rasa nak lempang diri sendiri bila ingat balik apa yang jadi semalam. So, yang isteri tu, janganlah degil macam aku. Ni lah konon nak jadi ketua bidadari Syurga tapi suami cakap sikit, nak lawan.... tsktsktsktsktsk.... T___T

Kepada suami : " Maafkan saya, suami. Maafkan saya, suami. Maafkan saya, suami. " dengan muka innocent comel sengih nampak gigi dengan pipi tembun tersembul keluar. Hihihi.

Sekian. Ma'asalamah!


5 comments:

  1. kelakar la kak nailah. hee

    kena dengar kata suami yee , hikhik

    ReplyDelete
  2. kelakar la kak nailah. hee

    dengar cakap suami ye. hikhik

    ReplyDelete
  3. mksd tersirat: tanak bg tumpah dlm kete sbnrnya. hehe..

    n of kos tanak bg tumpah kat bju jgk. comel ^^

    ReplyDelete
  4. Dee - Hahaha. Memang pun. Sendirik carik pasal. Gitulah jadinya. :p

    Siskahaidan - ;)

    Hansyirah - Memang pun. Isteri je degil. :p

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...