May 28, 2012

Beza Antara Perhimpunan Belia Putrajaya & Tahi Kucing

Assalamualaikum.

Nak kongsi dialog menarik yang penuh sindiran tapi bermakna. ;)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari, si anak mengajak si ayah membawanya ke Putrajaya untuk melihat konsert KPop di Hari Belia.

Dialog antara anak dan si Ayah ....

Anak : " Ayah, jom kita pergi Putrajaya malam ni, nak tak? Saya nak tengok konsert KPop live dan ambil gambar dorang nanti. "

Ayah : " Ayah ok je tapi sebelum tu, kita kena makan malam dulu tau dekat rumah. "

Anak : " Baiklah Ayah! "

Tapi sebelum si anak mahu menikmati makan malam yang telah disediakan itu, si Ayah memberitahu sesuatu yang sangat mengejutkan kepada si anak ........

Ayah : " Hah, makanlah tomyam ni! Sedapkan bau tomyam ni? Tapi kan, tadi, Ayah dah campurkan sedikit tahi kucing dalam tomyam ni tau. Tapi jangan risaulah sebab tomyam ni tak berubah pun dari segi bau, rasa dan warna dia. "

Anak : " Hah? Ayah biar betul? Eeeeeee ... mana boleh macam tu Ayah! Tahi kucing tu kan kotor. Kan najis. Macam mana kita nak makan tomyam ni kalau kita dah campurkan makanan dengan najis?."

Ayah : " Alaaaa ... cubalah rasa sikit je. Masih elok lagi rasa tomyamnya tu. "

Anak : " Ayah niii ... mana boleh. Kita kan orang Islam. Kan dalam Islam kita dah diajar, makanan manalah boleh dimakan kalau dah bercampur dengan najis! Apa ayah niiii ....? . "

Ayah : " Hmmmm. Ok. Ayah setuju. Perasan tak, kalau kita ni manusia bijak pun bijak dan pandai untuk menilai makanan ni kotor sebab dah bercampur dengan najis ... maka Allah SWT mesti lagi Maha Bijaksana untuk menilai program malam ni baik atau buruk sebab perhimpunan macam ni dah bercampur baur dengan perkara maksiat yang tentunya tidak disukai oleh Allah SWT. Apatah lagi, bila dalam perhimpunan macam ni, kita tengok orang yang hadir ada yang terkinja-kinja menari sesama lelaki perempuan lah, dedah aurat sana sini lagi, lepas tu, duduk pula bercampur dengan bukan mahram antara lelaki dan perempuan! Kan semua tu dah melebihi batas yang Islam dah gariskan. Betul tak?. "

Anak : " Hehehehe ... hebat tau Ayah bagi perumpaan macam tu. Saya sukaaaa! Sekarang ni saya dah tak selera dah nak makan tomyam ni lagi dan juga yang lebih penting, saya dah boleh pikir dan faham yang saya dah tak minat nak pergi konsert KPop tu lagi. "

Ayah : " Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kalau anak Ayah faham apa yang Ayah cuba sampaikan. Ingat tau, Islam tidak pernah melarang sama sekali untuk umatnya berhibur. Asalkan jangan terlalu melampau sangat. Hiburan ni macam garam dalam makanan lah. Kalau terkurang, makanan tu jadi tawar. Kalau terlebih, makanan tu boleh jadi masin pula. Jadi, kita letaklah secukup rasa yang perlu sahaja. Biarlah hiburan yang kita cari itu mendidik jiwa kita dan lagi cantik kalau hiburan itu dapat membawa kita ingat pada Allah SWT. "

Anak : " Asal tadi nak tengok KPop tapi sekarang dapat dengar tazkirah dan nasihat daripada Ayah pulak. Betul apa yang Ayah cakap. Allah SWT beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU. Terima kasih Ayah. I love you! "

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dialog diubah sedikit ikut bahasa aku. Hihihi. Peminat KPop jangan marah. Ini nasihat dan teguran sahaja. 

Sumber dialog adalah dari syahirul.com.

Sekian. Ma'asalamah!





2 comments:

  1. salam, sebenarnya kita dah boring dengan sogokan hiburan nie,nk jugak bertukar jadi program yang lebih islamik, teringin sesangat nk tgk sambutan hari kemerdekaan dengan tahun baru disambut dengan sembahyang sunat n di sambut dengan penuh program2 keagamaan, dari kecik sampai dah usia dah 20an asyik disogok dengan perarakan n konsert....
    kita makin bijak menilai, apa salahnya di akhir zaman nie kita lebih didedahkan dengan program2 islamik......

    p/s : tak sokong mana2 kekkekek

    ReplyDelete
  2. Ceritera-cihnta - Wsalam. Samalah macam saya. Boring dah dengan konsert-konsert ni. Sebenarnya kalau takde konsert langsung pun jauh lebih bagus. Benda-benda macam tu dah perlu dah untuk akhir zaman. Harapnya nanti, berubahlah. Teringin juga nak hadiri majlis yang diraikan dengan solat sunat beramai-ramai di dataran. Allah SWT pun redha. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...