Assalamualaikum.
Tak ingat langsung sejak bila aku suka dan boleh makan laksam. Yang aku ingat cumalah, asal pergi pasar malam, mesti nak pergi cari laksam. Sikit-sikit laksam, laksam, laksam, laksam.
Kalau bulan puasa, lagilah. Buka laksam pun dah cukup selain kuih-muih.
Bila kahwin dengan Azman, hubungan dengan laksam jadi renggang sebab musabab, dia adalah pecinta setia laksa utagha dia. Tambahan pula, dia sendiri adalah pakar bab buat laksa utagha ni. Terus aku pun jadi lupa dengan laksam aku.
Bila pindah Jeddah, terus menerus aku lupa laksam. Tak teringat langsung dengan laksam sepanjang duduk sini sampai awal tahun haritu, bila Konsulat Malaysia Jeddah buat Hari Terbuka, baru teringat laksam.
Tak mengharap pun ada jual laksam masa Hari Terbuka tu. Tambahan pula, masa tu, cuma berdaya kirim kat Ina mintak tolong belikan je kalau ada, memandangkan masa Hari Terbuka tu, aku atas awan pulang ke Jeddah dari Istanbul.
Tahu-tahu je, sampai Jeddah, Ina call bagitahu, laksam ada dan dia dah beli. Esoknya tu, bila dapat dan amik dari Ina, nikmat dapat makan laksam tu macam rasa nak buat sujud syukur. Hihihihi.
Dan kemudian, tak lama tu pulak, mungkin agaknya, 'jodoh' dengan laksam tu kuat, bila mertua Haida datang Jeddah, kepakaran buat laksam tu diturunkan pada Haida. Hihihi.
Makanya, bila Haida dok post kat FB dia gambar dia belajar buat laksam dengan mertua dia, aku dengan muka tak malu terus chop dia : " Haida, nanti ajarrrrrrr akuuuuuu! "
Dan sebab nak ke kelas buat laksam bersama Chef Haida dan Chef Ina lah, kejadian tumpahan air rebus ikan itu berlaku ke atas aku. Kihkihkih.
Dan kesimpulan dari kelas memasak bertajuk Laksam bersama mereka, bolehlah aku kata bahawa, nak buat laksam ni, nak kata susah sangat pun tak, nak kata senang sangat pun tak!
Kuah laksamnya lebih kurang macam buat kuah laksa utagha. Cuma bezanya, kuah laksam ni guna bawang putih, kuantiti santan yang banyakkkkkkkkkk bertin-tin dan juga lada hitam. Seriuslah aku bagitau, laksam ni memang kuantiti santan dia ..... aiyoooooo ... tak terjangkau dek akal.
Selama ni aku makan laksam, aku tak tau langsung, kuah dia ada guna santan. Time aku buat dengan dorang haritu, adalah dalam 4 tin santan pekat yang digunakan. So, memang hye-hye, bye-bye to my diet program! :p
Itu adalah tepung beras yang dah dicampur air dan bahan ini semua adalah untuk buat kuew tiawnya! Seeeee ... tak sia-sia buat kelas memasak laksam sebab secara tak langsung, selain buat laksam, dapat juga ilmu cara-cara membikin kuew tiaw sendiri! Ngeh ngeh ngeh.
Nak buat kuew tiaw dia amatlah mencabar pada hari kejadian sebab pengukus macam mogok dengan aku kot. Kot?
Sebab menurut kata Haida, haritu dia buat dengan orang lain, ok je kot kuew tiawnya. Ini masa dengan aku, asyik buat pe'el je. Kejap-kejap tak jadi, kejap-kejap tepungnya tak masak. Bila tak masak atau tak jadi, memang kejadian membazir adalah suatu perkara normal yang tak dapat nak dielakkan.
Sampai hati kau pengukus! Saje je mendera kami bertiga berpeluh-peluh sampai suami masing-masing balik kerja pun, kami bertiga masih kat dapur berhempas pulas buat kuew tiaw kan? =_='
Sampaikan, kuew tiaw compang camping pun kami terpaksa amik juga sebab serius, dah letih gila asyik nak dok alter bancuhan tepung tadi. Tsk. T_T
Hah. Bab kuah ni, champion! Senang ja. Rebus ikan, asingkan isi dengan tulang, blender isi dengan tulang sampai hancur betul-betul.
Cakap pasal blender, hari kejadian memang sadis sebab dahlah pepagi lagi, aku dah kena tumpahan air rebusan ikan, bila tiba bab nak mem'blender' isi dengan tulang ikan, ....... kihkihkih .... blender Chef Ina pulak ..... kihkihkih ... aku rasa, blender dia punya kelajuan tu, dia punya laju tahap 3,4 tu, kalau compare dengan blender kat rumah aku, laju dia takat tahap 1 jek. Kahkahkah.
Serius stress sampai tuan blender pun stress sebab dia sebenarnya kalau ikut alam realiti, belum setahun duduk Jeddah, dah masuk 3 kali dah tukar dan beli blender baru. Blender dia sebelum-sebelum ni, semuanya dah arwah. Aku taktau kawan aku sorang tu entah apa dia buat dengan blender dia. Kata dia, yang pertama tu, hangus. Yang kedua, jatuh dan pecah. Kahkahkah. Yang ketiga ni, nampaknya masih elok tapi dia beli blender yang ke 4 sebab tak tahan aku dengan Haida dok bahan blender dia ... alahaiiiii ... hihihihi.
Last-last, sebab takde pilihan, Haida balik rumah amik blender dia. Nasib baik rumah dorang dekat. Satu kawasan je. Kalau tak, mau masuk waktu Zohor pun, jangan kata kuew tiaw, kuah pun terkedek-kedek nak masak atas dapur. Kihkihkih. ( Maafkan saya, Na. Maafkan saya, Na. Maafkan saya, Na. )
Ok. Sambung tadi ...
Lepas dah blend isi dengan tulang, masuk dalam periuk, masukkan santan, bawang putih dan lada hitam serta serbuk perasa lain. Bila dah masuk santan tu, macam biasalah, kena senantiasa kacau-kacau. Kalau tak nanti, kuah dia jadi ketul-ketul.
Aku tukang tengok sambil ingat-ingat step memasak. Haida sudah semestinya tukang memberi arahan dan juga merasa kuah ok ke tak. Ina pula tukang kacau-kacau kuah dan tumbuk-tumbuk bawang.
Apapun, kelas memasak Laksam bersama mereka adalah sangat awesome! Sebab akhirnya .....
Aku end up makan 2 pinggan laksam. Serius ... MashaAllah .... heaven gilaaaaaa sebab buat pertama kalinya dapat makan laksam puas-puas dengan boleh tambah kuah sesuka hati aku. Hihihi.
Konon nak makan sepinggan je aku ni, tapiiii ... hihihi ... malu sebenarnya. :p
Betullah kata Ina pada Haida : " Ko jangan Da, Ilah ekstrem sikit dengan Laksam ni! ". Kahkahkah. Ternyata statement Ina adalah benar belaka. Tiada keraguan di situ sebab bila petang tu, aku makan lagi sepinggan dan esoknya tu pulak, aku dok mentekedarah laksam sampai habissssssss satu tupperware! Kahkahkah. Laki aku makan suku je. Sebab dia cakap : " Laksam sedap tapi laksa tetap nombor satu! ". =_='
Fine. Fine. Fine.
Anyway, sembah terima kasih daun keladi pada Haida sebab sudi ajar dan juga terima kasih pada Ina sebab jadi host kelas masak memasak. Hihihi.
Alhamdulillah, syukur sebab ilmu masak makin bertambah dari hari ke hari. Lepas ni, kalau ada rezeki, bersambung kelas memasak Nasi Kerabu dan juga mungkin Kuih Tako. InshaAllah.
Sekian. Ma'asalamah!
nailah...jangan lupa ajar kitaorg jugak...hehehe
ReplyDeletewaaaaa rasa nak makan laksam pula nih!nomnomnom.
ReplyDeletennti bleh la kak nailah masak utk sy kekeke :P
kakneklah si hantu laksammm...
ReplyDelete-salam rindu dr 'laksam' Malaysia-
Croft - Alamak. Bg kita buat dulu eh? Sbb haritu buat ramai-ramai. If dah buat sendiri & jadi, inshaAllah ajar. Ilmu masakan kena kongsi. Tak boleh kedekut! ;)
ReplyDeleteSizuka[izzati] : InshaAllah kalau ada kesempatan untuk jumpa. Almaklumlah, orang tu dah nak habis belajar dah. :p
Lynn : Eleh. Salam tak rindu dari Jeddah. :p