Assalamualaikum.
Alhamdulillah, semalam seharian suntuk menghabiskan waktu pagi sampai tengahari mencari dan menempah abaya baru setelah sekian lama tak menempah abaya baru mengikut ukuran badan sendiri.
Sejak kedai feveret kat Balad yang harga semakin melampau, aku dah macam orang hilang arah sebab taktau kat kedai mana boleh tempah abaya ikut suka hati aku. Huhuhu.
Nasib baik kat sini ada kawan-kawan tersayang yang baik hati dan sudi kongsi kedai-kedai best yang boleh tempah abaya. Tapi taktaulah hasilnya macam mana.
Aku tempah sehelai je dulu. Design modern. Takde manik. Takde sulam. Kosong. Sebab aku pun bukan suka sangat abaya penuh sarat dengan manik ke sulam especially manik sebab nanti at the end menyusahkan aku nak cuci hantar ke dobi. Almaklum, aku adalah kedekut nak hantar dobi. Kahkahkah.
So, semalam lepas pusing dan masuk satu kedai ke satu kedai kat Souq Makarounah, aku 'sangkut' dengan satu design abaya ni. First time nampak je abaya tu tergantung kat tempat tokey kedai, hati terus terpaut.
Aku adalah bila nak beli abaya baru, aku akan pusing dan cari abaya yang bila aku tengok jeeeeeee ... Terus dalam hati berkata : " I want this abaya!" and yes, aku akan terus beli dan tempah tanpa perlu pikir 2,3 kali. Hahahaha.
Pulak semalam, first time dok beli dan tempah abaya tanpa my best shopping partner ever iaitu laki sendiri. Aku adalah sampai jadi ngeri nak beli semalam. Cuak sebab taknak nanti, bila dah beli dan tempah, bila dah siap dan tunjuk kat laki aku, end up adalah : " No, I don't like it! ". It is a BIG NO ok! Paling ngeri untuk didengar sebab nanti aku jadi terus taknak pakai kang abaya tu. Hukhukhuk.
Nipun dah berdebar dan rasa cuak nak tunggu abaya tu siap. Mintak-mintak dia berkenan or else ............ T___T
Pulak tu, semalam lepas dah jumpa abaya yang berkenan dan terpaut di hati, aku boleh 'sangkut' pulak kat kedai kainnnnnnnnnn! Aaaaaaaa ... Perempuan dan kedai kain adalah ibarat seperti aur dan tebing maka kau jangan harap aku akan keluar dari kedai dengan tangan kosong!
Apatah lagi bila tahun ni aku memang sah dan confirm tak balik raya dan sebab untuk elak dari kena marah dengan laki, aku haruslah terus jadi sopan cakap penuh lembut gemalai bahawa tujuan aku beli kain adalah untuk buat jubah dress dan dipakai waktu menyambut Hari Raya di perantauan tahun ni. Kahkahkah.
Nasib baik, bila bawak balik dan tunjuk dia kain-kain yang aku beli tu, laki aku cakap cantik. Kalau dia cakap NO, mahu pitam aku sebab kain aku beli bukan sepasang tapi dua pasang! Hahahaha.
Aku dah berkira-kira nak buat jalabaya dress. Kalau tailor buat cantik molek tertarik aku memang da bomb, akan ku tunjuk kat korang. Kalau tak cantik .... korang bayangkan je lah macam kain balut nangka. Huhuhuhu.
Semoga jalabaya dress aku jadik macam ni ......
ataupun macam ni ......
Ok. Wish me luck! ;)
Sekian. Ma'asalamah!
Pastikan cutting dia tak body hugging dedah aurat ilah oi hehehe. Gambar gambar dlm tu dah nampak body fittinglah pulek :P hehe
ReplyDeleteKajang - Itu contoh gambar je lah. Pastinya tiada cutting gitu. Gila ke apa aku nak pakai gitu? InshaAllah semua tu akan sentiasa jaga. Thank you for the reminder!
ReplyDelete