Assalamualaikum.
Lama tak muncul tetiba, terus nak blog pasal resipi dan cara masak pulak kan? Macamlah terrel sangat masak kan aku ni? Hehehe.
Resipi dan cara masak yang aku nak bagi ni kira paling ringkas sebab aku memang tak suka nak masak benda rumit-rumit. Kalau rajin je baru aku masak makanan rumit-rumit. Jadi, janganlah ikut perangai aku.
Ikutkan sebenarnya, banyakkkkkkk lagi masakan yang aku hutang kat diri aku sendiri. Nak kata aku ni pandai masak tu, memang tak, tapi aku memang suka belajar masakan baru.
Lagi-lagi, tinggal kat negara orang ni, lagilahhhhhh kena belajar apa sahaja makanan yang aku rasa tetiba teringin dan takde kat sini.
Jadi ke, tak jadi, belakang kira. Janji kita sentiasa usaha sampai jadi! InshaAllah bila dah jadi makanan yang kita nak buat tu, dan bila rasa pun sedap dan suami pun puji memuji, haruslah kembang semangkuk dan tak lupa mengucapkan syukur! Alhamdulillah. ;D
Jadinya, minggu lepas, selepas dah banyak minggu tangguh nak buat, aku 'memaksa' diri masuk ke dapur dan bikin sendiri Mee Bandung.
Aku ingat, Mee Bandung ni punyalah susah nak buat. Lagipun, aku pernah cari resipi kat internet. Kebanyakan resipi adalah rumit. Banyak bahan nak kena pakai. Nasib baik ada Puan Azlina Samian. Kihkihkih. Dialah yang bagi resipi Mee Bandung paling senangggggggggg dalam duniaaaa fana ini. Hahahaha.
Resipi Mee Bandung
Bahan-bahan masakan :
- Udang Kering
- Udang Geragau
- Cili Kering
- Kacang Tanah
- Bawang Merah / Besar
- Bawang Putih
- Halia
- Daging
- Beberapa ekor Udang Hidup
- Air Rebusan Daging
- Sos Cili
- Buah Keras
- Tepung Jagung
- Mee Kuning
- Beberapa biji telur
Bahan semua agak-agak sendiri ikut berapa ramai yang nak makan. Yang penting, pastikan udang lebih banyak dari kacang. Macam aku haritu masa buat Mee Bandung ni, udang kering memang takde.
Jadi, aku guna Udang Geragau semata dan aku letak beberapa ekor udang hidup sikit. Suka hati je nak letak udang hidup tapi tak kisah. Buah keras pun aku tak letak sebab malas nak pergi Toko Indon. Aku pakai mana yang ada sahaja. Yang penting, Mee Bandung tu jadi. Hahaha.
Cara masak :
- Rebus daging bersama beberapa hirisan halia. Air rebusan pastikan cukup dengan berapa ramai yang nak makan. Sebab kalau campur air biasa, takut jadi kurang rasanya. Rebus sampai daging lembut.
- Kisar udang kering, udang geragau, cili kering, bawang merah/besar, bawang putih. Kisar sampai halus. Ketepikan. ( Bahan A )
- Kisar kacang tanah bersama dengan kulit dia sekali. Pastikan kacang tanah digoreng terlebih dahulu. Jangan kisar terlalu halus atau terlalu kasar. Ketepikan.
- Masukkan Bahan A ke dalam periuk. Masukkan juga kacang tanah yang dah dikisar tadi.
- Masukkan juga air rebusan daging bersama-sama daging ke dalam periuk tadi. Pastikan halia telah diasingkan dari air rebusan daging.
- Hidupkan api. Masak bahan tadi sehingga mendidih.
- Bila dah mendidih, masukkan buah keras untuk lemakkan rasa kuah Mee Bandung.
- Masukkan telur satu persatu. Kalau yang nak makan tu 5 orang, masukkan 5 biji telur dan begitulah seterusnya.
- Selesai telur molek masak, baru masukkan udang hidup. Kacau kuah hingga udang hidup tadi betul-betul masak.
- Tutup api dan siapppp!
Lepas tu, jangan lupa celur Mee Kuning dalam air panas. Celur kejap-kejap sahaja. Jangan lama sangat. Takut mee tu lembik.
Nak lagi meriah, letak perencah seperti tahu goreng, bawang goreng dan juga sayur sawi yang dicelur juga. Siappp sepenuhnya Mee Bandung!
Selesai.
Sekarang, resipi dan cara masak Spageti Udang pulak.
Bahan-bahan :
- Spageti
- Tomato ceri
- Baby bayam
- Udang
- Bawang merah / bawang besar
- Bawang putih
- Cili padi
- Minyak zaitun
Untuk resipi ni, disebabkan kat sini, tomati ceri memang mahal, makanya, aku guna tomato biasa tu je dan potong 8.
Sama juga dengan baby bayam. Aku gantikan dengan daun bawang. Hehehe.
Cara masak :
- Rebus spageti. Letak garam dan minyak zaitun. Dah masak, toskan dan curah dengan air sejuk.
- Hiris bawang merah dan cili padi. Bawang putih pula diketuk. Semua bahan ni, terus ditumis dalam kuali menggunakan minyak zaitun. Tumis sampai naik bau.
- Masukkan tomato. Tumis tomato sehingga kulit tomato semua tanggal.
- Masukkan garam dan ajinomoto.
- Masukkan udang. Tumis sehingga udang betul-betul masak.
- Masukkan spageti. Gaul spageti dengan bahan-bahan tadi sama rata.
- Akhir sekali, masukkan daun bawang. Siappp!
Sekian kelas masak NailahAzman untuk harini. Semoga kita berjumpa lagi. Kuikuikui.
Sekian. Ma'asalamah!
Dari Jeddah :
Tahniah pada adik-adik yang dapat keputusan cemerlang untuk SPM2011. Terutamanya sekali, pastinya untuk sepupu yang score 10A! Tahniah Amalina sebab sentiasa buat yang terbaik untuk Abah dan Mama. Semoga Amal sentiasa cemerlang baik di dunia dan juga di akhirat. InshaAllah.
Buat yang kecundang, jangan berputus asa. SPM bukan penentu gagal atau cemerlang dalam hidup. Yang penting, sentiasa berusaha lagi dan lagi dan lagi! ;D
No comments:
Post a Comment
Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.