March 11, 2012

Menjejaki Bumi Turki - Hari Ketiga : Ke Yalova & Bermain Salji Di Bursa!

Assalamualaikum!

Kembali mengimbas entri mengembara bumi Turki. Hihihihi. Gambar adalah banyak, dan rasa kalau taknak baca tapi hanya mahu tengok gambar sahaja pun bolehhhhhhh! Tiada masalah pada tuan blog. ;D

Berbalik pada cerita di bumi Turki, aktiviti hari ketiga seperti yang ada dalam schedule yang aku dah buat dari awal lagi, ialah seharian akan habiskan masa luar daripada bandar Istanbul iaitu Yavlova dan Bursa. Aktiviti ni bukan pergi sendiri tapi pergi bersama travel agency.

Makanya, pepagi lagi bas datang hotel, pick up dan dari hotel tu, naik bas ke jeti . Dari jeti, naik feri ke Yalova.


Feri ni macam yang kat Pulau Pinang tu tapi lagi besarlah sebab bas mini dengan lori kecik-kecik boleh naik atas feri ni.


Dan juga 'canggih' sebab kat tingkat atas ada mini cafe. Seharusnya sementara nak tunggu sampai Yalova tu, mestilah beli coffee dan hot chocolate! Wajib! Terutama bila tengah musim sejuk masa tu. ;D

Naik feri nak ke Yalova tu agak lama jugak. Dalam 30 - 45 minit. Turun je dari feri, bas terus menuju ke satu kedai di Yalova ni yang sememangnya terkenal dengan manisan Turki atau Turkish Delight.

Manisan ni, kalau kat Istanbul, mahal. Kat Jeddah lagilahhhhhhh mahallllll! Ada orang tu dah pernah 'terkena' beli manisan Turki ni. Hihihihi.

Tapi Yalova, harganya jauh lebih murah! Memang murah sangatlah sebab kat Yalova ni memang tempat asalnya manisan ni dibuat sebelum dijual dan diedarkan di tempat lain di sekitar negara Turki ataupun luar negara.

Ini kedainya.


Terlalu banyak pilihan dan perisa yang ada! Disebabkan baik aku atau Azman bukanlah pecinta manisan yang macam tu, maka, kami beli 2 kotak je. 1 kotak perisa saffron & kacang pistachio dan lagi satu, perisa kacang pistachio sahaja. Sekotak berharga dalam 17 Turki Lira bersamaan 35 riyal bersamaan 30 hengget duit Malaysia!

Nilai duit Turki Lira ni lebih kurang sama bila kita ke Singapura iaitu dua kali ganda dari nilai duit Malaysia. Makanya, setiap kali buat sebarang pembelian kat negara yang nilai duitnya dua kali ganda dari duit kita, elakkan dari dok pikir convert ke duit kita ya? 

Kalau tak kang, semua benda tak jadi beli! Hihihihi.


Inilah bas yang setia mengangkut kami dan pelancong yang lain. Naik bas mini je tapi selesa sangatttttt! Puas hati. ;D



Selesai beli segala manisan Turki kat Yalova, terus ke Bursa untuk makan tengahari! Kami makan 'Alexander Kebab'. Katanya, itu kebab paling femes dan paling gahhhhh di Turkiiiiiiii tapiiiii ... takdelah gah mana pun! Bolehlah buat alas perut yang lapar. =_=

Bahagian tepi Masjid.

Bahagian hadapan Masjid.

Bila perut pun dah kenyang, tourist guide terus bawak kami melawat ke Masjid Hijau. Masjid terletak betul-betul bersebelahan dengan tempat yang kami makan tadi.

Masjid ni dinamakan Masjid Hijau berdasarkan interior dalaman Masjid adalah berwarna hijau dan boleh dikatakan hampir keseluruhan bahagian Masjid ni diperbuat daripada batu marmar yang diambil dari dasar Laut Marmara di Yalova.

Maaflah sebab gambar bahagian dalam Masjid takde, sebab masa datang ni, Masjid ni tengah buat maintenance. ;D


Dari Masjid Hijau tu, jalan kaki ke belakang untuk ke Makan Sultan Mehmet I. Selain dari makan Sultan Mehmet I sendiri, dalam tu ada juga makam anak-anak dia yang lain.


Dan kemudian, dari makam, jalan kaki lagi ke Silk House. Jarak antara 3 tempat ni dekat je. Sebelah menyebelah. Tak jauh mana pun.

Silk House ni takdelah best mana pun. Kami masuk sekejap je. Tengok-tengok barang, terus keluar. Yang jadi lambat ialah bila kau pergi dengan orang Arab. Orang Arab ni memang kaki shopping! Singgah mana-mana tempat pun, beriya dorang punya shopping, jangan cakaplah! Penuh tangan kiri kanan. =_=

Sampai naik jemu dok nak tunggu dorang siap shopping! T_T

Budak-budak main salji, menggelungsur ke bawah guna plastik! ;D

Settle hal shopping mopping ni, naik bas ke Stesen Cable Car di kaki bukit Gunung Uludag pulak. Gunung Uludag memang tempat paling femes di Turki untuk aktiviti main ski, snowboarding di kala musim sejuk. Kalau musim panas, tempat yang sama juga femes untuk aktiviti bercamping!

Kat puncak gunung Uludang ada 2 stesen utama. Stesen pertama hanya untuk jalan-jalan di kawasan yang penuhhhhhhhh dengan salji. Kat puncak paling atas adalah yang paling utama sebab di situlah, tempat untuk bermain ski dan juga snowboarding.

Cable car ni boleh muat dalam 30 orang rasanya. 

Pemandangan bandar dan perumahan di Bursa dan kaki gunung Uludag.

Pokok-pokok di kaki gunung yang putih diliputi oleh salji.


Kabus memenuhi ruang langit di stesen pertama. Kami berhenti kat sini je sebab pakej yang dibayar hanya untuk datang bermain salji dikawasan lapang ni. InshaAllah, kalau ada rezeki, nak pergi negara lain untuk main ski pulak. ;D


Siap ada kuda okay? Azman siap suruh bini dia naik kuda tuuuuuu! Kononnya kata dia, cari pengalaman naik kuda masa musim sejuk. Tak kuasa hokayyyyy??? =_=


Dua gambar di atas boleh menunjukkan betapa dua-dua adalah sangat-sangat-sangat-sangat teruja bermain saljiiii! Siap kuak lentang ok laki aku bila sampai kat sini. Kahkahkah.

Jumpa salji, terus dia lupa perihal besi kat tangan dan peha dia tu. Ewah ... ewahhhh ... ;D

Dok berguling kat sini lama jugaklah! Kaki tangan sampai dah naik kebas sebab menahan sejukkkkkkk! Tapi disebabkan memang bermain salji adalah salah satu impian kami berdua, kami lakibini terus dok golek-golek atas salji, baling-baling salji, benam kaki dalam salji dan segala benda yang boleh dibuattt! Hahahahahahaha. 

Tak puas pun main sebenarnya, tetiba dah kena panggil naik atas dan turun ke bawah semula untuk balik. Huhuhuhu. Tapi bolehlahhhh! Nak lelama kang, beku pulak. Bukan tahan pun. Masa semua dah dipanggil untuk balik tu pun, kaki aku dah beku walaupun pakai but.


Dari Bursa nak ke jeti di Yalova untuk balik ke hotel di Istanbul, singgah solat Maghrib di Masjid paling besar di Bursa iaitu Bursa Grand Masjid.

{Bursa Grand Masjid ni dibina atas arahan Sultan Bayezid 1 dan dibina di antara tahun 1396 hingga tahun 1400. Masjid ni mempunyai 2 minaret dan 20 dom. }

Selesai solat dan melawat sekitar Masjid, barulah balik hotel. Sampai hotel sepatutnya awal tapi biasalah, bila pergi pun dengan bermacam jenis ragam manusia, macam-macam hal yang jadi. Sudahnya, sampai hotel pun dekat pukul 11 malam. Memang dah lewat sangat.

Sampai hotel, sebelum naik bilik, singgah cafe hotel untuk makan malam dan kemudian baru balik bilik, tidurrrrrr!

Selesai untuk cerita hari ketiga. Ada baki lagi 6 hari! Aiyooooo! =_=

Semoga aku tabah dan rajin untuk menghabiskan cerita kembara di bumi Turki ini. Terima kasih sudi singgah dan baca. ;D

Sekian. Ma'asalamah!


8 comments:

  1. wah seronoknyyyyyya!
    tengok gambar pun dah tau akak ngan hubby excited bukan main. hihi. hopefully one day buleh jugak merasa pi sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Adalah nanti rezeki untuk Fatin. Yang penting, rajin kumpul duit!

      Delete
  2. salam, in syaa Allah sy akan ke sini dec 2013.. salji ke nnt ea..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Rasanya bulan Dec, salji belum turun lagi. Tapi musim sejuklah masa tu. Wallahualam sebab salji ni tak menentu.

      Delete
    2. x jadi ke Istanbul dec tp di percepatkan lagi, pd 18-25 nov 2013, checked cuaca dalam 9-11c, ok kot dgn jaket yg tebal. cuma sy nak tips, agak2 pakaian brp helai nak bw...tqvm

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Salam Nailah, me with parents InsyaAllah akan ke Turkey January. I plan nak try main ski, boleh u bagi contact details tour agent?
    Jzk

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...