Assalamualaikum.
Masuk harini dah dekat seminggu Skulky demam panas teruk. 3 hari lepas, bila aku tengok dia dok lembik lagi, terus bawak jumpa Vet. Nasib baiklah keputusan tu betul sebab Vet check suhu badan Skulky dah nak mencecah 42 celcius padahal suhu badan kucing yang normal adalah cuma 37 celcius. =_=
Nasib baiklah Skulky tak banyak meragam. Mungkin juga dia jadi tak banyak ragam sebab badan dia memang lemah betul. 2 hari memang dia taknak makan langsung. Minum pun tak berapa. Dengan muntah-muntah lagi sebab perut kosong.
Kucing kalau muntah air semata dengan air tu warna kuning, maknanya kucing tu tak makan. Ok? Kalau muntah keluar makanan dia, maknanya ada yang tak kena dengan perut dia atau makanan yang kita bagi tu.
Lepas Vet dah cucuk bontot Skulky sebab nak cek suhu badan tu, terus Vet cucuk 2 kali lagi. 1 untuk kurangkan panas badan. Lagi 1, untuk antibiotik dia. Ubat untuk makan kat rumah pulak, Vet bagi ubat demam dengan antibiotik dalam bentuk cecair. Nak bagi dia makan cuma kena injek masuk mulut je pakai picagari tu.
Tapi nak bagi ubat bukan senang okay? Laki aku sampai berdarah-darah jari tangan semua sebab kena cakar satu hal, gigi taring dia terbenam dalam jari satu hal. Nasiblah dia lelaki. So, takat darah-darah tu, sakit memanglah sakit tapi dia boleh tahan lagilah. Kalau aku? Heh. Kirim salammmmm! Hahaha.
Ni dah 2 hari Skulky makan ubat, nampak ada perubahan sikit. Kalau sebelum pergi Vet tu, dia memang lembik sangat. Asyik tidur je. Makan taknak, main pun lagilah tak. Pergi toilet pun tak. Lepas dah bagi ubat, Alhamdulillah, dia dah berjalan exercise sikit-sikit.
Dorang ni walau selalu gaduh, tapi bila Skulky sakit, Mok macam baik pulak. Siap ikut je mana Skulky tidur. Selalunya jarang nak tidur teman dekat-dekat macam tu. Ni Skulky sakit, boleh pulak. Padahal sebenarnya, Vet dah pesan, suruh asing-asingkan makanan dan tempat tidur dorang.
Tapi aku letak semua kepercayaan pada Yang Satu. InshaAllah takde apa-apa. Ni pun, setiap hari, setiap masa, mesti dua-dua aku cek suhu badan.
Kalau nak tahu kucing tak sihat, kawan aku ajar, kita pegang telinga dia yang belah dalam. Kalau belah dalam tu sejuk, maknanya demam. Kalau panas, maknanya okay. Takde apa nak dirisaukan.
Then semalam, lepas sehari hantar Skulky jumpa Vet, bawak Mok pergi jumpa Vet dan jugak untuk grooming. Aku adalah jarang ye hantar kucing pergi grooming sebab kat sini memang mahal. Kalau grooming sekali dengan bersihkan telinga, potong kuku, sekor je dah dekat 300 riyal. Kalau 2 ekor? Kau kira sendiri ... hihihi.
Takpelah. InshaAllah murah rezeki kalau jaga dorang betul-betul dan ikhlas. Kan?
Semalam grooming, seperti biasa, Mok memang kena dipengsankan! Sebab dia adalah sangat marah bila orang usik bulu dia. Kau berani-beranilah nak pegang bulu dia. Laju je tangan dia keluarkan kuku, terus cakar tangan korang. Kihkihkih.
Makanya, semalam, hantar Mok, pergi Panda beli barang dapur dan kemudian patah balik pergi Vet untuk amik Mok semula.
Masa sampai tu, dorang tengah keringkan bulu Mok. So, memang kena tunggu kejap. Lepas setengah jam macam tu, bawak masuk bilik Vet sebab Mok kena advocated atau Parasit Vaccin ataupun ubat kutu. Sebelum Vet nak letak tu, dia dah suruh aku masuk sekali.
Masuk-masuk je bilik doktor ...
Macam ni lah keadaan Mok. Tengah tak sedarkan diri lagi tu. Kau tengok dia camne? Kau tak rasa macam karpet ke? Vet tu siap dok puji-puji Mok pandai jaga bulu dia. Dahlah kembang, lembut. Huuuuuu. =_=
Pertama kali sebenarnya tengok dia pengsan macam ni. Sebelum ni kalau tinggalkan kat Vet, bila amik tu, dia dah sedar tapi kali ni memang tengah weng lagi dengan lidah terjelir. Sedih pun ada sebenarnya. Kesian lagilahhh. Tetiba rasa emo dalam hati bila tetiba terbayang nanti kalau Tuhan nak amik dia dari aku. Huaaaaaaaaa ... mahu menangis aku meratapi. Hukhukhuk. T_T
Masa Vet letak vaksin pun, dia masih camtu lagi sampai bawak balik rumah pun, dia tak sedar lagiiii. Makanya, aku adalah amik kesempatan sikat bulu dia bagi bulu-bulu yang nak gugur tu tanggal terus. So, takdelah bulu-bulu dia melekat kat memana.
Nak sikat dia time dia sedar? Memang mintak maap. Mau kang cam berkungfu aku dengan laki aku. Hikhikhik. Itupun dok sedap tengah sikat bulu dia, tetiba dia angkat kepala dia. Tengah weng lagi sempat lagi cam nak bagi amaran jangan usik bulu dia. Kahkahkah.
Harini dia weng lagi dan pastinya, mood dia selepas balik salun adalah garang dan berjaga-jaga. Sebab dia memang pantang orang pegang bulu dia. Lagi-lagi bila tengah wangi dan lembut hasil dari salun. Hihihi.
Anyway, doakan Skulky cepat sembuh sebab Vet cakap, kalau dalam 3 hari dia tak baik jugak, kena bawak jumpa Vet balik dan dorang nak cek darah. Harap-harap Skulky kuat dan baik balik. Kesian laki aku sebab takde orang nak gigit-gigit tangan dia. Hihihi.
Sekian. Ma'asalamah!
eee geramnya tengok kucing gemok gitu! ai ai ai, serius rasa nak penyek-penyek kucing tu letak kt perut. hikhik :P alolo kesiannya kucing akak, semoga cepat baik & blehla berguling2 dgn tuannya :)
ReplyDeletedah masuk dua minggu Ujang kucing kami demam..pg vet kat sini just bagi ubat ajer.suhu pun tak ambik..then 3 hari lepas kami suami isteri pakat collect dulu ot masing2 bawa Ujang ke Pet center..doc check suhu 40 darjah celcius..serius tinggi kan?!then dicucuknya Ujang 2 Jarum..apa ubat tuu tak bagi tahu..cuma cakap lagi 2 hari bawa datang balik tuk cucuk lagi..ari ni dah hari ketiga cucuk ubat kat pet center tuu..starting yesteday tilla now dia tak jamah makanan pun..just minum air jer..dari semalam langsung tak buang air kecil..air besar lagilah..sian tgok so we decide suapkan dia makan..kesian tgok bila huby koyak mulut ujang...hukhuk cepatlah sembuh
ReplyDelete