March 26, 2012

Kempen : I'm Hot, So Please Do Not Touch Me Okay?


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Kak SueAnnaJoe kembali dengan Kempen Wear It Right! Tapi kali ni takde kena mengena dengan soal pemakaian pun tapi ia berkaitan dengan soal bersentuhan dengan bukan Mahram.

Jujurnya mesti ada di kalangan kita, memang biasa sangat tengok, perempuan bertudung berbaju sopan tapi masih bertepuk tampar dengan bukan mahram kan? Lagi-lagi bila soal nak salam bersalaman ni.


Sebelum audit orang lain, lebih baik aku audit diri sendiri. Jadi, mari tengok apa aku audit tentang diri aku perihal bertepuk bertampar atau soal bersalaman dengan mahram ni.

Dulu, aku pakai tudung, solat pun, tapi dengan bukan mahram masih bersalaman sebab itulah, jahil sangat sebab gaya hidup ' zaman jahiliyah ', asal jumpa kawan mesti nak salam peluk cium semua. Aaaaaaaaaaaaaaaaaa ... lempang diri sendiri!!!! Pang pang pangggggggg ...

Ni Alhamdulillah, bila dah kahwin, baru perangai molek sikit sebab aku ada seseorang yang sentiasa menjaga dan mengingatkan aku tentang tingkah laku. Kadang nak terlajak juga bersalam atau bertepuk tampar dengan bukan mahram, tapi nasib baik, suami cepat-cepat tarik perhatian aku pada benda lain. =_=

Walau macam mana pun, soal bersalaman ni memang paling mudah terlajak sebab kita dah biasa sangat set kan dalam kepala kita yang konon nak jaga hati orang yang nak salam tu walaupun pada hakikatnya, benda yang harus kita jaga adalah perasaan dan hati Pencipta kita. Itu yang paling utama. T_T

Selagi kita bernama manusia, memang kita akan lakukan kesilapan demi kesilapan tapi seharusnya, kita boleh elakkan benda tu semua dari terjadi kan? 

Macam akulah tu. Terlajak juga salam bukan mahram sebab dok leka dengan sarung tangan aku masa kat Istanbul. Eeeeeeeeeeeiiiiiii ... dah lepas salam, baru rasa macam nak hentak kepala kat batang pokok kuat-kuat. Bencinyaaaaaaaa! Padan muka aku! Dosa lepas entah terampun ke tak, pergi tambah dosa lagiiiiiiiii ... =_=

Salam bukan mahram ni memang ada yang pandang remeh. Ada yang pikir kawan, nak jaga hati, niat baik, taknak malukan orang dan yada yada yada yada.

Jangan lupa tau, Allah SWT cipta perempuan dengan sebaik-baiknya dan meletakkan kaum Muslimah setinggi-tingginya dengan semulia-mulianyaaaaa! Tapi kita, pernah tak nak pelihara semua tu dengan sebaik-baiknya? Sila tanya diri sendiri .......

Soal lain ni ... perihal bukan mahram.

Aku ni memang kurang ilmu. Aku ingatkan bukan mahram ni cuma orang luar sahaja. Tapi lama-lama baru aku tahu, keluarga terdekat seperti sepupu lelaki, ipar duai, biras adalah tergolong bukan mahram juga. Tampar diri sendiri lagiiiii! Pang pangggggggg!

Oh lepas ni, memang kena hati-hatilah sebab hubungan dengan sepupu memang rapat. Kalau jumpa, memang akan salam cium tangan. Dengan abang ipar pun sama. Adoiiii lah aku niiii .... =_=

Jadinya, korang pun macam tu ok? 

Belajar dan sentiasa ada rasa mahu mencari ilmu tentang agama kita sendiri sebab kadangkala, kita rasa, kita dah cukup tahu dengan segala larangan agama kita sedangkan hakikatnya, terlalu banyak lagi perkara yang harus kita pelajari dan fahami.

Tak rugi pun kalau kita sentiasa mahu mencari ilmu Allah SWT dan ingat, sebagai perempuan, kita sebenarnya ada ' kuasa veto ' untuk menolak perkara yang ditegah seperti soal bersalaman dengan bukan mahram ni.

Tolong, andai lepas ni, ada yang bukan mahram mahu bersalaman atau mungkin juga dia mahu bertepuk bertampar dengan korang ataupun, korang sendiri yang mahu bertepuk tampar dengan dorang, tolonglahhhhhh elakkan!

Bagilah alasan apa sahaja sekalipun, janji kita menjaga maruah kita dan meletakkan diri kita semahal mungkin. Jadi murah pun, bukan seronok sebab senang dapat menurut kata lelaki. Heh.

Jadi, mulai harini, belajar untuk menolak bersalaman dengan bukan mahram atau bersentuhan dengan bukan mahram. Sentiasa ingat bahawa, yang patut kita jaga hati adalah bukan kawan atau manusia lain tapi jaga perhubungan kita dengan Allah SWT paling utama.

InshaAllah kalau kita tak buat Allah SWT marah, hidup kita akan sentiasa di dalam lindungannya.

Sebarkan kempen I'm Hot, So Please Do Not Touch Me Okay? pada Muslimah yang lain terutamanya. Untuk Muslimin pun boleh juga biar sama-sama beringat.

Sekian. Ma'asalamah.



5 comments:

  1. hehe.. like it!

    sy pasti akan sebarkan.. =)

    ReplyDelete
  2. salam akak...
    kalau macam uncle yang jage kita dri kecik, die hulur tangan nak salam, kita smbut juagak salam die, tapi beralas dengan tdung ke, baju ke, boleh ke mcm 2..??? ^^,

    ReplyDelete
  3. Solihin - Terima kasih sebab tolong sama join menyebarkan benda baik macam ni. Jasamu ku kenang. ;)

    Aein - Assalamualaikum Aein. Tetap tak boleh. Still bukan mahram atas apa alasan sekalipun. Kalau dia faham tuntutan agama, mesti tiada masalah di situ.

    ReplyDelete
  4. thanks atas sharing. aha syu act baru je update entry tentang bersalaman ni n story ttg my experiences jgk.

    neway, suka pic tu. nak eh..bole? heee..

    nw, singgah la my blog (baru je buat) hee

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...