March 26, 2012

Perihal ' Buah Zuriat ' Yang Di Katakan Bagus Untuk Mendapatkan Anak


Assalamualaikum.

Entri ini adalah serius sebab aku taknak tengok sesiapa pun yang menjual buah ni bagai mengambil kesempatan pada semua pasangan yang memang teringin cahaya mata.

Secara jujurnya, waktu sampai sini dulu, aku memang tak tahu menahu langsung pasal kewujudan ' buah zuriat ' ni yang dikatakan bagus untuk pasangan yang teringin menimang cahaya mata. Sehinggalah, salah sorang kawan laki aku bagitahu dan kirim ' buah zuriat ' ini sendiri dari kami.

Maka dari situlah, pencarian ' buah zuriat ' bermula ...

Kali pertama pergi ke Madinah Al-Munawarrah untuk mencari ' buah zuriat ' ni memang bukan mudah sebab aku pun tak terpikir nak check kat internet dulu bagaimana rupa buah ni. Bila dah sampai Madinah, seluruh tempat kami pergi, kami tanya penduduk Madinah perihal buah ni tapi semua geleng kepala tanda mereka tidak tahu tentang buah ni.

Ok. Takpe. Pulang ke Jeddah dengan tangan kosong.

Dan kemudian, kami usaha cari di Souq Balad. Souq Balad ni lebih kurang macam Jalan TAR tapi semestinya Balad lagi besar kot aku rasa. Cari ' buah zuriat ' kat Souq Balad ni pun, masih sama macam Madinah. Bila tanya penjual-penjual buah atau siapa sahaja di situ, mereka masih sama seperti penduduk Madinah. Geleng kepala dan tidak tahu menahu langsung.

Sampailah satu ketika, aku tetiba tergerak hati nak google imej ' buah zuriat ' ni dan naaaahhhh ... lebih jelas dan lebih senang nak beli sebab dah tahu rupa.

Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas google imej ' buah zuriat ' tu, kebetulan pulak, kami memang mahu ke Madinah. 

Sampai je Madinah, memang eksaitedlah sebab tak sabar nak beli dan cuba sebab kami pun memang tengah usaha nak dapat zuriat sendiri ( dan sampai sekarang masih berusaha dan berdoa. ). Siap belikan untuk kawan-kawan yang kirim dari awal.

Ini adalah gambar yang aku amik sendiri masa beli di Bukit Memanah di Madinah.

Balik Jeddah, hati memang berbunga-bunga terus kopek dan rebus ' buah zuriat ' ni. Hampir setiap hari memang aku minum susu yang dah dicampurkan dengan air rebusan ' buah zuriat ' ni. Dalam masa yang sama, mestilah mengharapkan moga dalam perut ada penghuninya di kemudian hari.

Sudahnya, genap 2 bulan minum, masih tiada hasil. Soal zuriat, aku tidak pernah nak salahkan sesiapa apatah lagi Yang Esa sebab aku punya pegangan atau prinsip ringkas sahaja : " Allah SWT punya rencana yang sangat baik untuk setiap hambaNya. "

Entah macam mana, genap 2 bulan aku minum susu yang dah dicampurkan dengan air rebusan ' buah zuriat ' ni, hati aku terdetik untuk mengkaji kesahihan tentang buah kering ini yang dikatakan amat mujarab untuk pasangan yang ingin menimang cahaya mata.

Kaji punya kaji, tanya punya tanya sampailah, akhirnya, aku kenal dengan sorang hamba Allah ni. Dia berkahwin dengan lelaki Saudi dan dengan dialah aku bertanya kesahihan buah ni.

Bila aku tanya, dia senyum dan soalan yang pertama keluar adalah : " Nailah percaya? ". Aku terus terkedu diam tak tahu nak jawab apa dan aku cuma jawab : " Percaya pada mulanya tapi sekarang, dah jadi was-was. "

Dan kemudian dia bertanya lagi : " Kenapa percaya pada fakta yang disampaikan dari mulut ke mulut sahaja? Eksaited nak dapat baby eh? ". Aku sengih-sengih kerang busuk. Hahaha.

Dan barulah dia terang satu persatu ...

Kata dia, dia pun sama seperti aku bila tiba-tiba ada orang kirim buah yang sama jika dia mahu pulang ke Malaysia. Bila dia tanya : " Siapa yang cakap buah tu untuk dapat zuriat? ". Kebanyakan yang kirim pada dia, mesti cakap : " Entah. Dah orang cakap macam tu. Jadinya macam mahu cuba juga. "

Ok. Baiklah. Dia turutkan saja.

Sehinggalah saat dia beli buah itu bersama suaminya. Serius suami dia terkejut dan tanya dia bertubi-tubi dari mana orang tahu buah itu adalah untuk mendapat zuriat? Terus kemudian, suami dia cakap : " Kalau mereka yang jual buah ni cakap, penduduk Saudi guna buah ini untuk mendapatkan zuriat, itu adalah fitnah sebab setahu Abang, penduduk Saudi yang ingin mendapatkan zuriat cuma mengamalkan makan kurma, habatus sauda, madu dan juga mohon doa kepadanya. ". Terus dia diam.

Dan aku? Terus rasa macam legaaaaa sangat sebab segala persoalan tentang buah ni sudah terungkai. Terus, aku buang semua air rebusan dan baki buah kering yang ada, aku cuma simpan bawah sinki. Hihihihi.

Dan sampai situ kisah aku dengan buah zuriat. 

Lepas dah tahu kisah sebenar buah ni, bila ada kawan-kawan nak kirim, sebolehnya, aku dengan jelas dan jujur bagitahu tentang buah ni pada dorang.

Selebihnya, terpulang pada dorang sama ada nak terus percaya atau usaha cara lain. Tapi pada yang masih nak juga buah tu, aku boleh je belikan. Masing-masing kan.

Pernah juga, kami bertanya pada penjual buah kering ni sewaktu kami singgah di Bukit Memanah. Bila kami tunjuk isyarat, untuk mengandung ke? Terus di tukang jual geleng kepala beriya-iya menafikan yang buah tu untuk mengandung. 

Maka, tiada keraguan lagi dan sememangnya sahih yang buah kering ini bukanlah seperti apa yang disangkakan oleh jemaah Malaysia sebelum-sebelum ni dan juga sekarang ini.

Aku kadangkala, tertanya juga, macam mana jemaah Malaysia sahaja yang boleh kata buah kering itu untuk mendapatkan zuriat? Sedangkan jemaah dari negara lain, tidak pula beranggapan begitu. Hmmm.

Jadinya, aku berharap sangat, perkara ni dihentikan dan fakta tentang buah kering ni yang dikatakan untuk mendapatkan zuriat dapat diperbetulkan.

Kalau boleh, amalkan makanan yang sudah termaktub di dalam Quran yang bagus manfaatnya seperti madu, habatus sauda dan juga kurma dari buah kering yang entahlah, dari mana dapat fakta boleh dapat zuriat pun tak tahu. =_=

Lagi sadis, yang si tukang penjual boleh pulak claimed, penduduk Saudi amalkan untuk dapatkan zuriat sedangkan pada hakikatnya? ............

Buat yang masih menunggu untuk menimang cahaya mata, adalah lebih elok kalau kita mengamalkan madu, habatus sauda serta kurma. Ok?

Yang penting, jangan cepat berputus asa. Rencana Allah SWT itu adalah jauh lebih baik dari rencana manusia.

Sekian. Ma'asalamah.


19 comments:

  1. terima kasih sayunk!
    kite dpt buah zuriat ni hampir sethn lalu tapi tiap kali nak rebus, ade jerla halangannya... smp skrg x rebus2 lagi... sekali baca entry awk... alamatnya mmg x jadi lah rebusnya...

    skrg ina amalkan serbuk kurma + madu. pastu hari tu dgr ustaz suruh mkn susu kambing + kurma then blend, minum husband n wife. wallahualam...

    yang penting, kita jgn putus berdoa... tawakal pada Allah... :)

    ReplyDelete
  2. Bagus Nailah share benda nih...

    saya pun selalu dapat buah ni bila saudara-mara balik dr Mekah/Madinah. Tapi tak penah pun rasa nak merebus...wallahualam.

    So, ada kemusykilan kat sini...org Saudi makan buah tu macamana? mmg makan dengan susu jugak ke? sbb sy tgk, mmg byk jual, especially kat pasar kurma. ke, diorg pun tak makan buah tu?

    ReplyDelete
  3. btol tu, k.maz dlu pun dok dengar dr mulut ke mulut...pnah gak try minum...huhuh...pasal yg amalkan kurma, madu ngn habbatus sauda memang setuju coz byk khasiatnya..k.maz dlu memang amalkan mkn tu tetiap hari, even dah pregnant pun still teruskan, cuma tang habbatus sauda jer skrg kureng sket..hehe..

    kte hanya berusaha kan..Allah tau apa yg terbaik utk kita...gud luck nailah, yg penting jgn putus asa, doa, usaha & tawakal.. =)

    ReplyDelete
  4. Salam Nailah,
    Alhamdulillah seronok pula membelek blogpage nailah sekejap. Ade juga info2 yg br mira dapat. Terima kasih. BTW, seronok sangat tengok perubahan Nailah, walaupun Mira pun takla berapa rapat pun dulu ngan Nailah.(ntah Neklah igt ke tak kat kita-SMTP civil1 dulu~ dpt blog ni through your update kat fb).Nway rasa gembira tgk ilmu2 agama yang dikongsi, cemburu tengok kemampuan Nailah untuk ke Tanah Suci..
    Mira doakan semoga Nailah dan suami dikurniakan kebahagiaan dan InsyaAllah juga cahaya mata. Sabar ya. :)
    Amira

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....

    kita pon ade orang bagi buah zuriat tu..masih tersmpan kemas kat dapur...dah nak dekat 3 tahun...tak pernah terdetik pon nak rebus..hurm.... Allah SWT Maha Besar..ditimbulkan keraguan dalam hati kita....tq perkongsian info ni yea...

    ReplyDelete
  6. InaAchik - Inaaa! Kita baru dan nak reply ni. HAHAHA. Takpe Na. InshaAllah suatu hari nanti, impian kita termakbul. Perancangan Allah SWT jauh lebih baik dari kita. ;')

    croft - Orang Saudi makan gitu je. Saje. Macam buah kering. Tapi bukan makan sebab untuk perubatan ke apa ke.

    Kak Maz - Aah kan. Dari mulut ke mulut je. Memang tak sahih pun sebab dah tanya student sini yang dah buat kajian. Apapun, semuanya kuasa dariNya.

    Amira - Wsalam Mira. Bertuahlah kalau tak ingat kat Mira. Mestilah ingat sebab Mira femes dulu kt sekolah as one of the best student. InshaAllah nanti Mira sekeluarga sampai sini juga. Terima kasih atas doa. Semoag Mira sekeluarga sentiasa di bawah lindunganNYA. InshaAllah.

    Dinda Iva - Wsalam. Sama-sama. Kita sebab rasa ragulah kita kaji pasal kesahihan buah ni. Takpe. InshaAllah ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
  7. nailah,
    memang buah zuriat ni dah lama menjadi doubts sebab taktau apa nama saintifik dan apa khasiat dia yg buatkan org kata mudah dpt zuriat etc tu kan.

    well i found on this website http://herbazuriat.blogspot.com

    bila dapat je nama saintifik buah zuriat tu, "DOUM FRUIT" terus i google merata2 utk dapatkan info.
    rupenye Doum fruit ini bagus utk regulate kan blood sugar, so utk diabetis mmg sesuai and utk buang toksik dlm badan, i think sapa2 yg TTC tu bila mengamalkannya, diorg dpt buang toksik2 dan regularkan blood sugar (PCOS/diabetic)itu yg diorg mudah ovulate n subur kot...padahal semue ni ikot penyakit kite jugak kan..kalau yg dah buang tube la, yang ada cyst la, minum air rebusan buah ni pun takkan jadi apa tapi mgkin dpt menyingkirkan sisa toksin je la kan. sbb tu mungkin ada yang conceived sebab badan diorg dah bersih, tapi not bcoz of it is 'miracle' ke apa.. i dah try 2 kali yg improved cuma kencing makin lawas je tapi dari segi period ke apa still mengongggg...hehehehe

    ReplyDelete
  8. jay farhana : jannah setuju tu.klu kte google buah zuriat mmng kte tk dpt khasiatnya.tp google la dgn nama saintifik nya.d anatara faktor sukar mendapatkan zuriat ialah masalah perjalanan darah dan bnyk toksin dlm badan...so dgn minum air rebusan insyaAllah darah kmbli lancar dan membuang toksin dlm tubuh...harus tahu apbla badan bnyk toksin dan darah tk lancar itu mnybbkn mslh ovulate..tp kfhaman org mlayu yg slh diorg ingt mkn j dpt baby.seolah2 benih bayi ada dlm buah tu.no no no.totally wrong.hehe.its beter klu btol nk baby jmp dktr,chek up badan...n klu dktr kata badan bertoksin,mnum air rebusan ni.nawaitu dlm hati pertamanya mitk d beri kshtn dan kemudian baru kte boleh mendapat/melahirkn zuriat yg sht.Allah pandang usaha kte semua.insyaAllah....

    ReplyDelete
  9. good info... saya pun dah hampir2 percaya..yelah bila kite terdesak n teringinkan anak ni pasti segala yang org ckp kite percaya dan telan mentah2... seb bek skrg ni zaman IT snang nk kongsi ilmu kan..:) tambah lak namanye buah zuriat...hahahhaa mesti la untuk dpt zuriat..mcam2 dunia skrg ni....haish...

    ReplyDelete
  10. salam tuan rumah..
    tqvm atas info yg sangat berguna ni..
    sebab saya baru jer terima buah ni td. rasa nak rebus dah tp malas. n bila was2 saya terus google, sampailah kat blog awak ni..

    akhirnya, inilah info yg sebenar pasal buah ni. bukan khas untuk dapatkan zuriat, tapi lebih kepada kesihatan biasa..
    tqvm

    ReplyDelete
  11. tp sy pernah minum air buah.. selalu kalau period ke sy sesungut teruk abis 1 bdn lenguh..pas minum air zuriat 2 sy x rase sakit perut dn bertenaga.. sy pon ngan usaha dptkn zuriat jugak.. tp sy rase buah 2 de khasiat gak mcm utk kesihatan.. sy minum air 2 sy rase bertenaga..wallahualam

    ReplyDelete
  12. salam,
    saya pon tgh berusaha dptkn zuriat.. sy amalkan minum air rebusan buah nie..
    sy nie jenis sesengut teruk.. tp bila minum air rebusan sesungut sy hilang.. lg satu lps minum air nie bn sy bertenaga je.. mcm lenguh2 2 hilang kalu amlkan minum air rebusan 2... maybe buah nie utk kesihatan kot..
    wallahualam

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Thanks for the info.. sy pun br dpt 5 biji pas mertua balik dr umrah.. and before this pernah minum jgk air ni.. tp still xde rezeki lagi.. anyway, buah ni bagus jugak utk kesihatan.. jadi klu dah ade, y not buat je.. hehehe.. insyallah, same2 kita usaha.. saya pun tgh usaha nk dpt zuriat.. dah 2 thn kawen, tp xde rezeki lagi pas gugur ank pertama dlu.. same2 kita doakan antara kita ya.. tq again :)

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Maklumat yang berguna. TQ share. Kalau boleh nak minta izin share dalam blog saya juga. :)

    ReplyDelete
  15. salam,datang follow sini mencari info buat zuriat,masih dalam proses untuk mencubannya. hmmm

    ReplyDelete
  16. Salam...
    Saya ada kirim kat org biah zuriat ni masa dia h umrah dulu. Rm 50 dapat 12 biji. Saya tak tau ianya di sebablan buah zuriat atau memang kuasa Allah. Minum segelas trus pregnen. Alhamdulillah. Waktu tu memang saya percayalan buah zuriat ni. Ballance yg ada saya sedekah kat org

    Lepas tu setelah sekian lama saya buah tu tersimpan dlm pantry, terdetik kat hati saya nak cuba semula buah tu memandangkn anak saya dah umur setahun.alhamdulillah, now saya pregnen lagi.

    Now saya musyikil, kalau benar buah zuriat bukan utk menggandung, miracle pada saya. 3 tahun menanti utk dapat anak setelah minum buah zuriat yg pertama..klu ada yg kata buah zuriat itu tipu, mcm mana dgn saya??

    ReplyDelete
  17. Lady D tu rezeki dr Allah sbb kita merancang Allah jg yg menentukan....apa pun doaknlah tuk shbt2, followers blog ni yg sedang usaha mndptkn zuriat termasuklah diri ini.....

    ReplyDelete
  18. ASSALAM .. saya try cari info pasal bah zuriat / buah doum/ hyphaene thebaica ni. terima kasih untuk infonya. :)

    Just nak share, atas pencarian saya and bacaan dari portal kajian yang telah dibuat oleh Universiti of Egypt, Faculty of Agriculture,(2009)http://ispub.com/IJAM/7/1/5592, hasil kajian menyatakan ekstrak buah ini mempunyai agen anti-oxidant , anti cancer , baik untuk mengawal tekanan darah tinggi dan ati diabetic.. Mungkin ini adalah factor untuk menggalakkan kesuburan dengan syarat pengambilan makanan sunnah lain spt madu, kurma untuk meningkatkan kesuburan ( yang ni mmg orang arab amalkan masa mula2 baru kahwin) hehe.. bukan diambil secara solo je untuk kesuburan

    Apa-apa pun semua dengan izin Allah.. ini sebahagian usaha^^
    :)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...