June 26, 2011

Memburu Makanan Di Jeddah : FuddRuckers - World's Greatest Hamburgers


Assalamualaikum.

Dah lama tak update pasal makan-makan kan? Hehehe. Harini nak update pasal aku pergi makan kat FuddRuckers.

Yang pasti, selalunya kalau pasal makan ni semua, aku akan update restoran yang memang takde kat Malaysia lah. Barulah lain dari lain. Heeeeeeee~

Baiklah.

Biasanya, boleh katalah, setiap bulan mesti kiteorang akan pergi makan tempat best-best. Tapi, biasanya yang demand dan mengidam makan best-best ni, laki aku lah sebab dia tuuuuuuu, kang kalau tension sikit ke pasal kerja, kang mulalah gatal nak makan kat restoran yang sekali makan dekat SAR200++.

Aku tak kisahlah kan sebab memang selama ni memang dia yang tukang bayar makanan pun kalau kiteorang keluar pergi makan. Kalau aku bayar pun, ke aku belanja je, tetap kira dia bayar jugak sebab sumber kewangan dan duit nafkah kan dah sah-sah dia yang bagi. Hehehe.

Tunggu aku kerja jadi cikgu kat International School lah kat sini, inshaAllah baru boleh dikira aku belanja dia sebab sah-sah itu dari duit gaji aku mengajar budak-budak kat sekolah. Ehhhhh???




Ni bukan kali pertama kiteorang makan sini. Dulu dah pernah makan dah tapi masa tu, kiteorang makan dekat restoran dorang yang ada kat belah Andalus sana tapi kali ni, pergi yang dekat je. Kat Roshan Mall. Tak jauh dari rumah.

Laki aku ni memang suka makan burger. Kau bagi je lah burger apa pun, dia suka je. Burger Ramly tepi jalan pun dia suka jugak. Tapi kat sini, celah mana pulak la kan nak cari burger Ramly? =_=

Jadinya, ada satu hari tu, balik-balik dari kerja tu, dia dah terkeseng-keseng kat aku :

" Ayang, biebie nak makan burger lah. Lama dah biebie tak makan. Jom? Jom? "

Laki aku ni, kalau nak makan burger besor-besor dan harganya pun memanglah besorrrrrrrrrrrr, dia mesti akan bagi alasan : " Dah lama tak makan " even sebenarnya, minggu lepas kiteorang dah makan burger. =_=

Tapiiiiiiiii ...

Tak kisahlah kan as long as memang dia selamanya akan belanja aku makannnnnnnnnnnnn dan memang dialah yang kena keluar duit ... Hikhikhik.


Mushroom Soup

Kiteorang jarang sebenarnya amik apa jenis sup pun kalau makan tempat macam ni tapi disebabkan hari yang kiteorang datang tu, dorang serve Mushroom Soup ni, kiteorang amik je lah sebab aku memang dah lama nak Mushroom Soup.

Aku mengharapkan Mushroom Soup ni akan sedap macam kat Pizza Hut kat Malaysia ...

Tapi ternyataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LAGI BAPAK SEDAP dari Pizza Hut!!! 
Gila sungguhhhhhhhhhhhhhh!!!

Masa kiteorang makan sudu yang pertama tu, dah eksaited gila! Rasa jakun kejap. Rasa teruja. Rasa macam nak cepat-cepat makan sebab kalau lambat makan, nanti dapat sikit sebab kiteorang amik satu je. Sebab amik satu je, sebab taknak tamak sebab takut amik banyak takut tak habis!

Kalau makan share, kiteorang kena berebut. At the end, sup tu aku yang habiskan sebabbbbbbbbbbbb appetizer dah sampai which is his favourite! Hehehehehe.


Buffalo WIngs

Pergilah makan dekat Steak House ke, TGI Friday ke, Ruby Tuesday ke atau apa saja restoran yang appetizernya ada this Buffalo Wings ... memang laki aku akan order! WAJIB! Tak pernah tak order sebab kadang-kadang, sementara nak tunggu main course tu sampai, at least ada benda nak nguyah selain kembung perut dengan air. =_=

Tapi bila dah kata mula-mula pun dah makan Mushroom Soup lah, kemudian makan Buffalo Wings pulak, memang kau akan jadi perlahan je nak menghabiskan main course yang kau order kan?

Meh tengok kiteorang order apa lak untuk main course kat sini :




Aku lupa apa nama menu ni. Sebenarnya aku cari Salmon tapi Salmon pulak takde. Dorang serve ikan apa entah. Jadinya, aku belasah je makan sebab aku bukan pecinta burger macam laki aku. Serik dah nak order burger lagi since last time aku order burger kat Steak House, memang tak habissss!

Jangan kata separuh burger, suku burger je aku makan pun aku dah kenyang macam makan nasi berpinggan-pinggan. Lainlah laki aku. Makan burger dah separuh pun masih steady lagi dok nguyah burger tu. =_=


Classic burger

Ok.

Kat FuddRuckers ni, kau kena pilih sama ada burger tu kau nak saiz kecil, sederhana dan besar. Burger dia yang saiz kecik tu aku rasa, adalah besar burger BigMac. Laki aku order medium punya saiz, so kau boleh bayangkan tak betapa besarnya burger yang dia makan tu? 0__o

Aku yang nengok dia makan pun dah rasa nak terbelahak je tengok dia nak habiskan. Huhuhu. Tapi kalau dah kata ada nafsu anak badak tu, memang tak boleh nak cakap apa lah kan? =_=




Tengok????

Muka pun happy semacam sebab dapat makan burger sedap dan besarrrrrrrr punyaaaaaa!!!

Bulan depan, kita tengok pulak dia mengidam nak makan burger kat mana! Hehehe.

Sekian. Masalamah.

7 comments:

  1. aigoooo!tak menahaannn la buffalo wings tu.nyummehhhh!

    p/s:kita sama la kak.xminat sgt burger2 nih.tggu ada mood makan burger baru sibuk2 nak carik ;))

    ReplyDelete
  2. fuhhhhh knp ganas sgt nama restoran tu.hehehehe ayam tu nmpk sedap.

    ReplyDelete
  3. apasal makanan kat jeddah ni sedap giler..takdelak barnch kat memana ek..nak try tak dapekla...tengok aje..huhu

    ReplyDelete
  4. hahaha rock gila burger dia.mesti syok makan ohhh.

    ReplyDelete
  5. arghh, sedapnye..buffalo wings tu x menahan betul..tergoda aii... mana nak cari yg halal kat sini...uwaa, x sabo balik mesia...huhu

    ReplyDelete
  6. @lynn : Akak suka je burger tapi nak makan this kind of burger yang besar2 saiznya, memang tak tertelannnn!

    @rara : Ayam tu memang sedappp!

    @Kak Mimy : Hahaha. Kat sini memang kaya dengan makanan sedap2 mcam ni. Alhamdulillah. ;))

    @sizuka : Burger dia sedappp! Sebab tu muka boss happy!

    @Umie : Nanti balik Malaysia, makanlah puas-puas!!! ;))

    ReplyDelete
  7. Sekarang Fuddruckers dah ada di Malaysia.. Baru sahaja buka :)

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...