June 1, 2011

Dari Polaroid Spice Girls Ke FujiFilm Mini Instax 7s


Assalamualaikum.

Aku mula suka dengan kamera polaroid ni bila zaman kegemilangan group Spice Girls dulu keluarkan Limited Edition Spice Girls Polaroid

Masa tu, kalau lalu kedai kamera, memang aku kerja dok menatap je kamera tu dari jauh. Nak mintak Mak belikan, memang tak dapatlah kan sebab masa zaman kegemilangan Spice Girls ni dulu, aku baru setahun jagung. Takkanlah tetiba nak mintak kamera kan? 

Lainlah kalau mintak Barbie kat Mak aku. Mesti Mak aku belikan. Tapi kalau mintak kamera polaroid ni, memang kirim salam je lah walaupun aku ni memang selalu akan dapat apa sahaja yang aku mintak! Hehehe.


Pandangan depan

Bila kamera ditutup

Masa kamera polaroid special edition ni tengah panas macam pisang goreng dulu, harganya kalau tak silap aku dalam RM200 sahaja tapi pada masa tu kan, harga RM200 tu pun dah dikira mahal untuk sebuah kamera.

Dan dikira lagiiiiiiiiiii mahal kamera polaroid ni bila filem polaroid tu sendiri harganya dalam lebih kurang RM1 sekeping.

Paling bestnya tentang kamera ini, salah satu aku suka sangat adalah, kamera ni bila kau ambil gambar kau posing-syok-sendiri, gambar tu terus siap depan mata kau! Kau dah tak payah nak susah-susah nak transfer bagai ke laptop dulu ke, lepas tu save dalam pendrive dan hantar cuci kat kedai.

Kamera ni cuma memerlukan kau amik gambar .. syretttttttttttttt ... terus keluarlah filem polaroid tu masa tu jugak dari kamera kau! Aku memang jakun lah kan sebab aku rasa cool gila kamera polaroid ni. Mahal pun mahal lah kan, janji kepuasan tu ada. Hehehe.

Tapi sekarang, bila kamera Spice Girls tu pun dah hilang ditelan zaman arus kemodenan, muncul kamera polaroid versi baru. Versi 20 an kot?

Kamera polaroid yang baru ni memang dikira dah diupgrade dari segi design bentuk rupanya. Walaupun saiz kamera masih besar tapi design kamera polaroid yang sekarang ni jauh lebih comel dari design yang lama. 

Kalau yang lama tu, errrr .. aku rasa macam buruk gila! Bukan macam tapi memang buruk pun tapi sebab pada aku, kamera tu cool, tak kisah lah buruk pun kan? Janji cool bila orang tengok dan cakap dekat kau : " Cool gila seh kamera kau! Mesti mahal!. ". Hahaha.


FujiFilm Mini Instax 7s

Ok. Sekarang ni, kamera dari FujiFilm ni yang paling panas sekarang menggantikan kamera Spice Girls tu. Sana sini kot orang dah mula cakap pasal kamera ni. Sebenarnya kamera ni dah lama masuk ke Malaysia tapiiiii ... takde siapa nak heran! Baru sekarang orang nak sibuk pasal kamera ni terutama golongan gadis macam aku ( Gadis ke? Hahahahaha. ) yang boleh kata jadi mereng bila nampak kamera ni.

Lagi-lagi kalau kamera ni warna Pink dan Putih! Aku boleh jadi rasa macam nak PERGI BELI SEKARANG JUGAK walaupun pada hakikatnya memang HANYA MIMPI MAINAN BELAKA sebab dekat sini langsung tiada jual gadget sebegini.

Sedih. T_______T

Dah seminggu aku cari dekat Internet dan dekat blogshop yang ada jual kamera ni. Boleh kata kamera ni harganya tidaklah mahal sebab dalam lingkungan RM250 hingga ke RM300.

Aku siap tanya kawan-kawan dekat twitter juga sampai buat status dekat Facebook semata ( Terima kasih daun keladi pada yang membantu. ) nak cari kamera ni sebab aku ni memang jenis, kalau aku nak, aku akan dapatkan jugak! Tak kira apa jadi sekalipun.

Sehinggakan aku sanggup nak cancel beli satu handbag designer ni padahal handbag tu aku dah usha lagi lama dari aku usha kamera polaroid tu. Siap dah tanya pendapat laki lagi, ok ke tak dengan handbag yang aku dah nak beli tu ...

Tapi pikir punya pikir, pikir banyak kali, aku nekad, aku tak jadi beli dulu handbag designer tu dan aku nak dahulukan dengan beli kamera Mini Instax ni. Inilah pengorbanan namanya walaupun ada sedikit rasa sedihlah sebab terpaksa ucap : " Sabar ya beg? Nanti pasti akan ku bawa kau pulang bersamaku. ". Hehehe.

Aku pada mulanya, ingat nak kirim dekat Pakcik, Makcik dan dua sepupu aku yang kebetulan datang sini nak buat Umrah tapi masa pulak dah suntuk. Bila tanya dekat blogshop yang aku nak tu, semua amik masa lama nak hantar. =__=

Sampai jugak aku nekad nak suruh blogshop tu pos kan terus ke Jeddah ni ha sebab aku dah teruja amat sangat nak kamera tu tapiiiiiiiiiii .. disebabkan aku tak mahu menjadi isteri derhaka sebab laki aku dah cakap : " No wayyy nak pos ke sini! Kalau rosak macam mana? Alaaa balik Malaysia je lah kita pergi beli. Lagi berapa bukan je kan?".

Sekarang baru nak masuk June. Lepas tu bulan Julai, kemudian kita semua dah start puasa dah bulan Ogos. Kira lebih kurang dekat dua bulan jugaklah aku kena tunggu. Aaaaaa ... lamanya rasa nak kena tunggu! Tapi takpelah. Redha.

" Kameraaaaaaaaaaaa, tunggu aku di Malaysia!!! Akan kau ku bawa pulang ke Jeddah. Itu janji aku pada kau wahai kamera comel! Nantikan kepulangan aku tauuuuu! ." ( Gila! ). Hahaha.

Sekian. Masalamah.

15 comments:

  1. whoahhhhh gituh.insyaAllah dapat punya nanti tuhhhh.hehehe.

    ReplyDelete
  2. darlssss.nk jugak.bglah link blogshop tu =(

    ReplyDelete
  3. ilah, naper xmintak je NA belikan....hehehehehe

    ReplyDelete
  4. haha. pernah rasa macam mana rasa nya tu. tapi bila dah dapat, excited sekejap je..pastu hilang. hehehe

    ReplyDelete
  5. nak jugak !! amik gambar raya hihi..

    aku ingat kan beriban harga nye..ko biar betoll.. 300 ??


    arghhh aku lak kena tempias angau kat kamera..ko lani !! tensyen !

    hehe

    ReplyDelete
  6. kamer ani guna camner..akak selalu duk pikir...

    ReplyDelete
  7. aku lagi suka polaroid tu :D

    sekarang ada imposible project yang nak buat filem dia. harga. rm1++ sekeping. haha.

    fujifilm instax. ramai jugay ang beli benda ni. tapi tu la. mahal juga. haha.

    rgds,
    lomotech.com

    ReplyDelete
  8. kat sunway pyramid nampak ada jual.

    ReplyDelete
  9. salam kak,saya nak berhijrah ke jeddah insyaAllah hujung bulan ni,keje dengan restoran malaysia yang baru nak bukak,kalo nak kirim boleh la,ni twitter saya,saya add akak nanti @affyronan

    ReplyDelete
  10. Sizuka : Dah dapat punnn! Hahahaha.

    Rara : Cari Pasar Miniku dekat Facebook.

    Chepah : NA membuyung dah. Tak sampai hati nak buli dia. :P

    Dayana : Aaaa ... Dayana dah ada kan? Akak ada baca dah pasal kamera tu kat blog Dayana.

    Vampire's Lovex : Betullah. Tak tipu punnn! ;)

    Kak Mimy : Kamera ni nak guna macam mana? Nanti dah dapat kameranya, Neklah tunjuk eh? ;)

    TMUkmkd : Best kan polaroid? Aku memang suka kamera ni dari dulu. Hihihi.

    Ries Lee : Errrr ... tak dan lah nak ke sana. Duduk jauhhhhh!

    Affy : Selamat datang ke Jeddah!

    ReplyDelete
  11. neklah | pe nama blogshop tu? tingin la ngn menda ni

    ReplyDelete
  12. Anislaaa :

    Cari pasar miniku dekat FB. Dorang ada jual. ;)

    ReplyDelete
  13. http://www.lelong.com.my/fujifilm-instax-mini-7s-instant-camera-instax-mini-film-blue-digitalsmania-114382035-2013-09-Sale-P.htm

    ni dia jual pakej RM190 . sy pun try nak beli kat sini sebab murah . siap battery , n film sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Terima kasih bagi link. Saya lama dah beli. Awal beli tu semangat je guna. Sekarang terperuk dalam laci sahaja. Hehehe.

      Delete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...