April 17, 2012

Resipi Kek Coklat Moist Yang Tak Perlu Telur, Butter & Mixer!

Assalamualaikum.

And yes, I am telling you the truth!

Kalau sebelum ni, aku baked Kek Coklat ikut resipi Amal tapi semalam, tetiba rasa teruja semacam sebab dok tengok resipi Kek Coklat dari Kak Asma yang langsung tak payah nak guna mixer, telur dan butter!

Anyway, Kak Asma is like my mentor here in Jeddah! Her album with title " When angin rajin is blowing ... " sangat penuh dengan macam-macam hasil air tangan beliau. Boleh kata, kalau lapar ke, nak cari mood nak masak atau baking ke, I just go through that album dan automatically, terus rasa nak pergi dapur rajinkan diri. Lol. :p

So, semalam tanpa melengahkan masa, terus hati membuak-buak " nak buat kek, nak buat kek, nak buat kek ". Ikut resipi Kek Coklat dari Amal sebelum ni, memang aku macam sotong sikit sebab kejap nak tengok mixer, kejap nak tengok periuk yang aku dok tengah nak buat coklat cairnya.

Tapi semalam, it is easyyyyyyy yoooo! Easy peasy. I bet kalau bagi resipi ni kat budak tadika pun, they pretty sure boleh buat punyalah! No doubt. :P

Macam apa yang Kak Asma cakap : " Resipi Kek Coklat ni macam buat cokodok je. Kacau-kacau dan kemudian masuk oven, bakar! ". ;D

Meh aku kongsi resipi dan cara-cara buat Kek Coklat yang sedap lagi menggiurkan ini .... :


Tempting tak tengok gambar ni? Aku memang hias ikut suka aku je. Topping kek pun aku ikut suka jugak. Aku main tuang je atas kek. Takde nak selek-selek kat kek beriya-iya. Hihihi.

Lets gooooo!

Bahan A :

1) 1 1/2 cawan tepung gandum
2) 1/3 cawan serbuk koko
3) 1 cawan gula pasir
4) 1 sudu kecil baking soda
5) 1 sudu kecil garam

Kesemua bahan A ni, kacau sama rata.

Bahan B :

1) 1/3 minyak - Semalam aku guna minyak zaitun
2) 1 sudu kecil esen vanilla
3) 1 cawan air

Kesemua bahan B ni, dikacau sama rata juga macam bahan A tadi.

Caranya :
  • Bahan A dan bahan B disatukan. Kacau sama rata. Kacau macam buat cekodok tu. 
  • Loyang disapu dengan butter supaya nanti kek senang nak dikeluarkan dan tak melekat.
  • Panaskan oven dulu selama 10 minit.
  • Bila bahan A dan bahan B dah digaul rata, tuang dalam loyang dan masukkan dalam oven.
  • Bakar kek tadi pada suhu 180 celcius selama 35 minit sahaja. Ingat, 35 minit je tau sebab sukatan kek ni sikit je. Maka tak perlu nak bakar lama-lama.
  • Dah siap bakar, keluarkan kek tadi dan letak atas bekas yang senang kita nak curah topping dia pulak. Semalam aku letak atas pinggan empat segi aku je.


Kemudian untuk topping kek tadi pulak.

Bahannya :

1) 1/2 cawan gula pasir atau lebih. - Aku lebihkan sikit sebab aku suka manis sebab tu aku manis. :p
2) 1/2 cawan serbuk koko. - Aku lebihkan satu sudu nak bagi kek tu rich in chocolate!
3) 2 sudu besar minyak. - Sama macam atas tadi. Aku pakai minyak zaitun.
4) 1/3 cawan susu. - Aku pakai susu segar.

Caranya ialah semua bahan-bahan kat atas ni gaul rata dulu dan kemudian masak atas api, kacau sama rata sampai jadi coklat cair. Dah cair dan semua dah sama rata, curah terus atas kek tadi tu. Kalau terlalu cair coklatnya, tambah cream sikit. Aku punya coklat semalam, just niceeee!

Ok. Siapppp! Senang kan? ;)

I tell you, resipi ni dahlah senang dan hasilnya adalah sangat-sangat-sangat-sangat sedapppp! Nampak tak berapa kali aku ulang perkataan SANGAT tu? Heh.

Sebab lain kenapa aku cakap sedap? Tengok niii ....................




Bukti aku adalah " Isteri The Chocolate Monster " ! Lepas siap bakar semalam, dah nak pukul 6 petang. Konon berkata dalam hati : " Nak tunggu laki baliklah. Nak makan sama. "

Tapi, tapi, tapiiiiiiiiii .......... 

Baru beberapa minit berkata begitu, hati aku pulak berkata begini : " Makanlah oiiii! Kau tak nampak ke kek tu sedappp? Dengan hot from the oven lagi. Takkan nak tunggu laki kau balik hah? Nanti dah sejuk kang tak sama rasa dengan makan panas-panas. ". Ok. Fineee! =_=''

Pergi dapur, amik garfu, terus kang kung kappp makan kat meja sorang-sorang. Tau-tau je, dah separuh kek aku makannnn! Wakakakaka. 

Apapun, tahap kepuasan baking adalah apabila, suami balik dan isteri suruh rasa ( baca : paksa ), terus dia pun makan laju-laju lebih dari 5 suduuuuuu! Uihhhh, memang sodap botolll ni aaaaahhhh! Hahaha. 

Sebab aku berkata begitu adalah kerana laki aku bukan gemor pun makan benda-benda manis macam ni. Kalau dia makan beriya-iya, itu tandanya? ........................... ( I know you know the answer! :p )

Selamat mencuba!

Sekian. Ma'asalamah!


12 comments:

  1. fuh fuh fuhhhhhh~~~ kesat air liur air mata nengok ni!
    macam nak cuba jer. ina ni x pandai nak membaking segala tapi x tahan la tgk choc moist cake ni... feveret ni!

    ReplyDelete
  2. Buatlah Naaaa! Senang je niiii. Macam buat cekodok. Baca bismillah dulu sebelum buat, inshaAllah jadikkkk! ;)

    ReplyDelete
  3. kamoooo,saya nak cuba!

    saya amek ye resipi ni????

    saya nak cuba arini jugak!

    ReplyDelete
  4. Saya nak cuba yg senang ni pula
    selalu buat yg biasa.....kalau sama rasa ...
    Boleh guna yg ni..anw..tk ...for the respi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Dah cuba? Macam mana? Puas hati tak dengan hasilnya? ;)

      Delete
  5. Waalaikumsalam,
    Belum sempat lagi...memang nak cuba..
    Any way terima kasih utk resepi.......

    ReplyDelete
  6. Thanks share resipi. Saye dah try and sedapp sangat!
    Lepasni nak buat kek gune resipi ni hehe. Senang pun senang. Thanks ye :)

    ReplyDelete
  7. gula tu nk blend halus dlu tak..tq

    ReplyDelete
  8. sis...salam perkenalan.terjumpa resepi di blog sis. nak tanya minyak tu beza ke rasa kek kalau guna minyak zaitun vs minyak jagung?

    ReplyDelete
  9. senang sgt2 , tgok kek sis ni terus terase nak mkn kek coklat , terus buatt , mmg sedap !!! :))

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...