Assalamualaikum.
Marilah sambung membaca cerita aku pi Turki haritu. Jenuhnyalah haiiii nak habiskan. Nak taknak kena gigihkan juga buat entri sampai habis. T_T
Ok. Hari ke 4 kat Istanbul, bangun pagi macam biasa. Siap sarapan, terus jalan kaki ke stesen Tram Sultanahmet. Bercuti di Istanbul memang menyenangkan sebab khidmat tram ni, dia berhenti kat tempat-tempat menarik yang kita patut pergi kat Istanbul.
Program hari ke 4, aku set up naik tram, jalan kaki sikit ke Istana Dolmahbace yang terletak berdekatan dengan destinasi terakhir tram iaitu di Kabatas.
Maknanya, dari hotel, jalan kaki ke stesen tram di Sultanahmet, naik tram yang coinnya berharga 4 TL, turun dekat destinasi paling akhir iaitu Kabatas. Turun kat Kabatas, jalanlah kaki sampai Istana tu.
Pemandangan sepanjang jalan kaki.
Alhamdulillah cuaca memang elok sangat-sangat. Salji memang tak turun masa tu. Bukan tak turun, turun tapi belah petang. Masa pagi ni, memang matahari cantik sangat naik.
Sepanjang jalan kaki nak ke Istana Dolmabahce tu, memang akan lalu kat jeti yang kapalnya bawak kita merentasi bahagian Europe dan Asia Turki. Lebih dikenali sebagai Bhoporus Cruise.
Lepas je jeti tu, terus akan nampak Masjid Dolmabahce. Masjid ni dari jauh, SubhanAllah MashaAllah TabarakAllah, memang cantik sangat-sangat. Senang cerita, masjid-masjid yang ada kat Turki ni memang cantik belaka. Kebanyakan masjid semua peninggalan zaman pemerintahan empayar Islam dolu-dolu. ;D
Bahagian depan Masjid. Sangat kecewa sebab tak dapat nak masuk dalam masjid. Ada renovation.
Pintu utama Istana Dolmahbace
Dari Masjid tadi, jalan kaki sampailah ke Istana. Masuk je pintu utama tu, ada Menara Jam Dolmahbace. Nak masuk dalam istana, kat pintu utama tu, ada security macam kat airport. Barang semua kena scan terutamanya sekali kamera.
Menara Jam Dolmabahce.
Baik aku atau laki aku, kami kongsi satu benda yang sama iaitu suka tengok design bangunan lama-lama. Kalau laki aku tu, logiklah kot sebab berkaitan kerjaya dia, tapi aku ni? Hihihihi.
Tapi dok jalan kat Turki ni memang syoklah sebab bila tengok design bangunan-bangunan lama macam ni, design Masjid ke, memang boleh buat kami leka. Dok pi belek-belek setiap dinding, ukiran yang ada. Huhuhu. =_='
Kalau yang atas tadi pintu utama nak masuk ke Istana, yang ini pulak pintu kedua yang dipanggil Gate of Sultan. Macam pintu gerbanglah kot. Kali pertama tengok pintu ni, memang kagum sangat. Kagum dan bangga sebab yang membina Istana ni sendiri adalah umat Islam dan kini dijadikan muzium dan boleh dikira peninggalan untuk umat Islam. SubhanAllah.
Close up ukiran bahagian atas pintu kedua tadi. Bukti ia kepunyaan Islam ditunjukkan melalui ukiran ayat-ayat Al-Quran yang tertera di atas.
Ni kawasan selepas melepasi pintu kedua tadi. Nak masuk Istana ada bayarannya iaitu kalau nak masuk Istana dan Harem, bayaran dalam 80TL manakala kalau Istana sahaja atau Harem sahaja, bayarannya dalam 40TL setiap satu tempat.
Bahagian hadapan Istana Dolmabahce.
Dalam kawasan Istana ni sendiri dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Istana dan Harem. Sebenarnya ada juga bangunan lain iaitu dapur Istana dan Dobi Istana tapi yang boleh dilawat cuma bahagian Istana dan Harem sahaja.
Dalam Istana ni, ada tempat-tempat untuk buat function macam Majlis Berbuka Puasa, Majlis Kenamaan, Majlis Hari Raya, Bilik Mesyuarat dan lainnya.
Dan dalam Istana ni jugaklah, ada satu Ceremonial Hall tu, adanya lampu chandelier yang seberat 2 tan (kot). Lampu tu memang besar ya amat! Aku tengok pun cam ' Oiii takde lagi besar ke? '. Hihihi.
Menurut tour guide Istana tu, nak bersihkan lampu tu pun amik masa berbulan-bulan. Biasanya, pihak Istana akan cuci 2 kali setahun dan setiap kali nak bersihkan lampu chandelier tu, dorang akan amik pekerja-pekerja khas yang memang betul-betul teror dan cekap.
Nak tengok in real betapa besar lampu chandelier tu dan juga gambaran Ambassador Hall dalam Istana, korang boleh tengok kat sini : Ceremonial Hall Dolmahbace dan Ambassador Hall Dolmahbace. Kebetulan ada dalam Wikipedia. ;D
Ni kira pintu utama jugak. Paling berdekat dengan Istana. Aku syak, pemimpin utama khalifah zaman dulu, kalau nak masuk Istana, masuk ikut sini. Kalau ada majlis apa-apa sahaja atau mungkin ada mana pemerintah yang datang nak melawat Istana, dorang masuk ikut pintu utama tadi.
Ni pintu di kawasan sekeliling Istana. Pintu 'kecik'. Pintu belah sini memang terus ada laut sebab sebelah Istana ni menghadap Laut Hitam.
Oh ya, nak masuk Istana, kamera dengan kasut adalah dilarang sama sekali. So, untuk kasut, memang ada disediakan plastik khas. Sarung je kasut dengan plastik ni. Habis tawaf dalam Istana boleh terus buang dan dorang akan recycle balik.
Nak habiskan tawaf dalam Istana tu pun dekat sejam. Memang besar dan berpusing-pusing.
Settle round dalam Istana, ke Harem pulak. Dalam Harem nilah terletaknya bilik-bilik dayang, bilik anak-anak, bilik isteri dan juga wajib masuk Harem sebab dalam Harem ni adanya bilik Kamal Ataturk yang menghabiskan sisa hidupnya kat bilik tu bersama kerusi rodanya.
Gambaran bilik Ataturk tu pun ada kalau korang nak tengok. Sumber yang sama iaitu Wikipedia : Bilik Ataturk. Apa yang korang tengok dalam gambar tu, sejibik sebijan dengan yang aku tengok in real. Yang bendera tu semua still ada lagi. Kerusi roda yang si Kamal Ataturk ni guna pun masih ada lagi kat dalam toilet berhadapan dengan bilik dia tu.
Nak ke Harem, kena lalu bahagian tepi Istana. Bahagian tepi Istana ni ada taman-taman kecik.
Haih. Cantik sangat ukiran Istana ni. Terpaku aku. =_='
Nampak tak orang beratur ramai-ramai tu? Haaa yang tu semua nak masuk Harem. Group Tour asing-asing ikut bahasa yang kita faham tapi ada 2 je kot kalau tak silap iaitu English dengan bahasa negara dia sendiri iaitu Turki.
Pusing dalam Harem pun lebih kurang macam Istana jugak. Agak meletihkan tapi berbaloi sebab kedudukan setiap apa yang ada baik dalam Istana atau Harem, tidak pernah diubah langsung dari Sultan pertama yang tinggal kat Istana tu sampailah Kamal Ataturk 'rampas' Istana tu.
Ni bangunan dalam kawasan Istana. Tak sempat nak kepoh dalam tu apa sebab almaklumlah, pergi sendiri. Lol. :p
Selesai kat Istana Dolmahbace ni, jalan kaki ke stesen tram Kabatas tadi, naik Funnecular pulak.
Funnecular ni macam train tapi yang ada kat Kabatas tu adalah khas untuk sesiapa nak ke Dataran Taksim sahaja. Nak ke tempat lain, takdok ye. Harap maklum. ;)
Kami sesat juga masa nak cari Funnecular tu sebab macam tersorok ke belakang sikit tapi Alhamdulillah, terjumpa manusia yang baik hati bawak dan hantar kami betul-betul kat gate boarding tu. Hehehe.
So, maghilah ke Dataran Taksim pula.
Pintu keluar ke Dataran Taksim dari Funnecular.
Tugu yang ada di Dataran Taksim.
Dataran Taksim ni memang ramai sangat orang. Jadi tumpuan adalah semestinya sebab kat sini ada shopping mall sepanjang jalan. Kedai makan atau restoran makanan segera pun memang mudah nak cari kat sini. Senang cerita, semua kat sinilah!
Aku taktau ketapi ni nama apa tapi aku panggil ni ketapi lama. Masa datang tu, ketapi ni tutup. So, tak dapat nak merasa naik. Hukhukhuk. Dapat amik gambar je ... T_T
Ini adalah lorong di Dataran Taksim. Kat sini memang banyak sangat kedai baik dari kedai baju, kasut semua sampailah ke cafe, kedai makan, dan juga kedai yang jual manisan Turki.
Masa ni memang awan dah gelap sikit. Aku sangkakan hanya hujan mahu turun tapi rupanya putih salji yang turun dan membuatkan aku sampai pening kepala nak migrain. =_='
Sempat juga kami singgah KFC Turki untuk makan tengahari. Aku adalah suka dengan KFC Turki sebab roti bun dia sangatlah sedapppppppppppppppp! Aaaaaaaaaaa ... dah makan laki aku punya roti bun pun rasa tak cukup. T_T
Lepas makan, terus jalan sepanjang-sepanjang lorong ni. Memang jauh gilaaaaaaaaaaaa! Lebih 2 km rasanya. Kesian laki aku. Dahlah kaki dia ada besi. Nak taknak, kenalah jalan juga. Nasib masa jalan tu, boleh juga berhenti rehat kat Masjid sebab nak solat Asar.
Itupun, lepas siap solat Asar, teruskan jalan sebab nak tengok Galata Tower pulak.
Galata Tower ni memang dari Sultanahmet boleh nampak kalau kau duduk kat bangunan tinggi. Atas menara tu ada restoran. Kami duk bawah ja, amik gambar, pusing-pusing kat situ.
Laki aku ajak naik pi naik atas tapi aku taknak sebab kepala aku memang dah ting tong sangat masa tu. Nak amik gambar pun memang dah out terus. =_=
Dari Galata Tower tadi, kena jalan kaki sampai ke penghujung lorong Dataran Taksim tu dan jalan kaki lagi sikit ke stesen tram Karakoy. Serius jauh gilaaaaaaaaaaa! Aku taktau kena jalan sejauh itu. Bila balik hotel, tengok semula peta, mak aiiiiiii memang jauhhhhhhhhhh but Alhamdulillah, we did it!
Terus rasa esoknya tu, peha kecik seluar pun jadi longgar! Kahkahkah. :p
Sebelum balik hotel, lepas turun kat stesen Sultanahmet dari stesen tram Karakoy, sempat lagi kami singgah Bazaar Street ni. Konon nak beli pinggan yang ada ukiran kalimah-kalimah Allah SWT tapi apakan daya, tiada rezeki sebab yang kami berkenan tu, dah habis.
Selesai hari ke 4. Akan menyusul entri hari ke 5 yang aku pun taktau entah bila nak menyusul. Hihihi.
Sekian. Ma'asalamah!
Salam...
ReplyDeleteMana entri sebelum dan seterusnya?
Ini entri pertama saya sampai. Best!!!
Boleh tak share pengalaman boleh digunakan untuk org yang 1st time travel ke turkey..akak g sendri2 kan? takde agensi? kan..
kongsi lah...boleh? :)
Wsalam.
DeleteSaya ada update dari hari pertama hingga ke empat di Istanbul dan baru-baru ni juga ada update some tips and how I manage my trip to Turkey. Boleh korek-korek dekat archive ya? ;)
Terima kasih, banyak sangat membantu untuk ke Istanbul.
ReplyDelete