April 16, 2012

Ziarah Madinah Al-Munawarrah Bersama Emak & Abah

Assalamualaikum.

2 tahun lepas masa Mak & Abah buat Hajj, kami dapat ke Madinah sekali dan juga kebetulan dapat stay dekat hotel yang sama.

Tapi kali ni, bila Mak & Abah datang sendiri, kami bawak secara peribadi. Takde jadual nak melawat macam pergi dengan agensi. Ikut suka aku nak pergi mana. Hihihi.

Disebabkan Mak & Abah pun tak lama kat sini dan juga disebabkan laki aku adalah sangat sibuk dengan kerja, maka dapat bawak dorang ziarah Madinah dalam 3 hari 2 malam sahaja. 

Kami stay dekat hotel yang memang kami dah biasa stay sebelum ni iaitu Dar Al Hijra Continental. Teringin jugak nak tukar angin ke hotel lain especially hotel yang betul-betul kat pintu gate Masjid Nabawi tu tapi apakan daya ...... tarikh yang kami nak pergi tu, memang hotel sangat-sangat penuh. Yang tinggal pun, bilik suite yang mewah-mewah. So, a big NO! Booked bilik mana yang ada saje.

Pergi dari hari Khamis sampai hari Isnin. Isnin tu sepatutnya Azman kerja tapi dia ikut suka pergi apply leave on the dot! Hahaha. Hari Khamis nak pergi, hari Rabu tu baru isi borang. Nasib kat sini nak apply cuti tak banyak karenah or senang cerita, kau dah isi borang, kau pergilah cuti. Approve ke tak, lantak! :p

Hari nak pergi tu, konon janji dengan Mak : " Mak, esok Ilah goreng bihun .... " ... kononnyalahkan? Tapi esok paginya tu, bangun-bangun tidur, hidung dah terbau bihun goreng putih air tangan Emak. :')

Dari Jeddah nak ke Madinah macam dari Johor nak ke Seremban. Biasanya kalau kami berdua je, 3 jam dah boleh sampai tapi disebabkan ada VVIP kat seat belakang, maka laki aku jadi manusia paling sopan sekali bawak kereta on that day! Huahuahua. Takut lettew .....

Sampai Madinah, ahhhh ... seperti biasa. Asal nak check in mesti banyak benda yang timbul especially bila orang tengah ramai. Nak check in dekat sejam. Belum lagi tetiba receptionist tu cakap : " Sir, your room is not ready yet. You have to wait around 30 minutes. "

Dalam hati rasa nak maki tapi hati jadi sejuk serta merta sebab pemandangan kat depan hotel beberapa meter tu boleh nampak payung-payung gergasi hidraulik berkembang melindungi umat Muhammad yang berkunjung ke Masjidnya dan juga makamnya. ;')


Oh, ini masjid kat tengah-tengah padang pasir. Sejuk sangat. Kat luar macam panas nampak matahari terik. Bila sampai sini, siap gelak kan tukang kebun yang tengah siram pokok : " Eeeeee ... ada panas-panas pakai jaket? Gila apa? " ... tapi bila keluar kereta? Amik kauuu ... kau pun sama 'gila' macam tukang kebun tadi. Itulah orang cakap, zaman sekarang Allah bayar cash! =_=


Pemandangan indah sampai bila-bila. Tak jemu nak pandang. Nak maki sumpah seranah kat receptionist pun tak jadi tahu?



Suasana di malam hari di perkarangan Masjid Nabawi. Orang memang ramaiiiii sangat. Nak keluar Masjid pun macam itik pulang petang. Hiks.



Interior dalam Masjid. Walaupun dari awal dulu aku tau yang tepon tak boleh bawak masuk dalam tapi sebab gigih nak amik pemandangan macam ni lah, aku bawak jugak. 

Rahsianya? Dulu sorok dalam ehem bra ehem. Sekarang? I tell you. Rahsia paling baru ni, Azman ajar aku. Tepon silalah sorok dalam stokin korang. Bukan kat tapak kaki tapi kat tepi stokin tu. Cuba try test tengok lepas ke tak. Hihihi.

Tepon ni ikut nasib sebenarnya. Kalau yang check tu, guard dia tak banyak songeh, memang boleh lepas. Tapi kalau dapat guard semua tempat nak check, nak raba, baik kau be prepared or else, bentang jelah sejadah kat luar Masjid tu ha. 

Rugi tau kalau datang jauh-jauh tapi tak solat kat dalam Masjid. ;)

Sepanjang 3 hari kat Madinah, konon dah plan macam-macam. Nak pergi sini, nak pergi situ. Tapi nampaknya tak boleh ikut apa yang dah dirancang sebab certain things. Mak pulak kebetulan 'dating' dengan cikgu yang sama-sama satu sekolah dengan dia. Bukan rakan sekolah tapi rakan sekerja. 

Rajin Kak Mas datang dari Yanbu semata nak jumpa Mak, siap bawak kuih-muih dengan coklat lagi. MashaAllah, semoga Allah SWT pelihara Kak Mas sekeluarga. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Aktiviti biasa bila di Madinah semestinya :

1) Ziarah Bukit Memanah dan Perkuburan pejuang-pejuang Islam yang syahid sewaktu Perang Uhud. 

Bukit Uhud tu pulak boleh nampak dari Bukit Memanah. Jelas kelihatan Bukit Uhud merah darah seperti darah-darah pejuang-pejuang Islam yang gugur syahid zaman Nabi dulu. Allahuakbar!



Pertama kali ziarah ke sini dan melihat ramai oranggggggggggggg memanjat bukit, membeli kurma dan juga yang berdoa di kawasan perkuburan. Selalunya pergi, orang sikit je. Ni bila pergi tengok orang ramai dan suasana meriah, macam syok pulak. Hihihihi.

Lagi syok bila tengok, Mak Abah aku pergi singgah semua gerai. Kejap beli kopiahlah, kejap beli minyak Habatus Saudalah sampai aku terpaksa sound Mak sendiri : " Dah. Dah. Cukup-cukuplah tu. Semua benda nak beli. Beli yang penting je. Dah pukul berapa ni? " .... sambil tunjuk jam kat tangan dengan muka serius. Hahaha. Nampak sangat aku memang garang! :P



Yang bukit-bukit tinggi tu lah Bukit Uhud. Dulu aku sangka, Bukit Memanah ni Bukit Uhud tapi nasib baik, Nor perbetulkan fahaman aku. Kalau tak sampai sekarang aku rasa kagum dengan diri sendiri sebab berjaya mendaki Bukit Uhud sampai ke puncak padahal bukit yang aku panjat tu, Bukit Memanah je derrr. Kahkahkah.

Tapi oklah kan? Awal dulu je aku bersemangat rajin panjat Bukit Memanah. Sekarang ni kalau pergi, naik sipi-sipi kaki bukit je. Huhuhu. =_=

Bukit Memanah ni semua boleh panjat. Nak kata tinggi sangat tu, takdelah. Boleh lagi.  Takde larangan ya? Yang dilarang cuma kalau korang ambil serpihan batu bawak balik. Jangan sesekali cuba tau. Walau mungkin orang tak nampak kau amik tapi tu haaa ... tu haaaa ... Yang Kat Atas tu tengok jeeee .... ;)


Siap dah ada letak Papan Tanda. Ada 4 bahasa tapi aku amik 2 ni je.


Semua berdoa. Aku setiap kali pergi kubur lagi-lagi kubur para pejuang ni, aduiii ... sedih semacam. Memang dalam gambar ni korang akan cakap : " Alaa takde apa pun. Macam kubur lain jugak. ". Aku cakap : " Kau datang sini, kau sampai depan kubur ni dulu, then baru kau akan rasa apa yang aku rasa. " . Oh ya, kat sini ada juga kubur puteri Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah Az-Zahra. :')


Orang jual kurma memang banyak kat perkarangan antara Bukit Memanah dengan kawasan perkuburan. Kena pandai bargain. Jangan pergi kat satu tempat, survey-survey dulu sebab contoh macam kurma Ajwa atau kurma Nabi, harga biasa kat sini boleh dapat serendah 50 riyal sahaja. 

Tapi kadang, biasalah, bila ada ramai pengunjung biasanya dorang semestinya akan naikkan harga tinggi sampai 90 riyal sekilo. So, pepandailah. ;)

2) Ziarah Masjid Quba

Selesai kat Bukit Uhud, terus ziarah Masjid Quba. Buat yang tak tau, Masjid Quba ni masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. ;')


Pemandangan Masjid dari jauh. Aku suka Masjid ni. Cantik. Maybe cantik sebab putih. Aku kan sekarang suka putih sejak laki aku pengaruh aku dengan kaler putih. So, segala benda yang putih akan jadi cantik kat mata aku. So, bye bye kaler kuning! :p


Ruang solat untuk Muslimah. Ni kat tingkat atas. Kat bawah pun ada juga.


Interior Masjid. 

Interior Masjid kat sini memang sangat WIN! Paling WIN adalah, Masjid cantik macam mana pun, setiap waktu mesti penuh. Walau Masjid kecik pun sama, tetap penuh juga setiap waktu. 

Kenapa Masjid kat Malaysia yang buat dengan harga juta billion tu tak macam ni ya? I is so sadddd you know. Yang lelaki, kalau rasa diri handsome, pergilah rajinkan diri penuhkan Masjid okay? Bukan penuh semata tapi rajinkan diri solat kat Masjid ya? Ingat, nak masuk Syurga pun ada 'bayaran'nya. Bukan PERCUMA tau! ;)

3) Ziarah Masjid Qiblatain

Ok. Masa ni adalah kali pertama kami datang sini. Sebelum ni kalau ziarah Madinah memang tak sempat langsung nak ke sini. Bukan tak sempat tapi tak tahu jalan nak ke Masjid ni atau erti kata tak sopan, kami adalah bongok taktau guna GPS. Kahkahkah.

Itupun dapat koordinat Masjid ni sebab aku akal panjang pergi check koordinat Masjid ni dekat Wikipedia. Terus rasa sayang lebih kat Wikipedia tau! :p

Ok. Kesekian kali, yang tak tahu, Masjid Qiblatain ni lah Masjid di mana Nabi Muhammad SAW mendapat perintah dari Allah SWT supaya menukar arah kiblat umat Islam pada masa itu yang menghadap Baitulmaqdis, ditukarkan ke arah Kaabah di Makkah Al-Mukarammah.

Kalau pergi tempat sejarah Islam macam ni, lagi-lagi bila Nabi Muhammad SAW pernah pergi kat situ, aku mesti sentap! Bukan sentap sakit hati tapi sentap sayu hati. 

Hati jadi terus menerus ucap syukur sebab aku diberi peluang macam ni terus menerus tanpa henti olehNya. Alhamdulillah. Semoga rezeki ini berterusan buat kami sampai bila-bila. InshaAllah. ;')


Pemandangan Masjid Qiblatain.

Lokasi Masjid ni memang macam tersorok sikit. Tengok? Macam manalah aku nak kata tak dekat kaler putih? Tengok Masjid ni. Sebatu dah nampak terus rasa sayu hati. Dahlah putih, cantik pulak tu. Ahhhhhh ... ;')


Interior dalam Masjid dan semestinya di ruang solah Muslimah.


Ruang solah Muslimah.

Aku ada cerita nak kongsi masa aku solat sunat kat Masjid ni. Masa solat, sebelah aku kosong. Tak lama tu, ada satu group makcik berniqob datang solat sebelah aku. Bukan berniqob tapi memang tutup muka semua tak nampak apa. 

Aku solat macam biasa. Selesai solat, aku nampak ada yang tak kena dengan Makcik ni. Dia dengan kawan-kawan dia solat, setiap kali sujud, dorang letak batu kat tempat sujud. Mean, masa sujud tu, amik batu tu letak kat kawasan dahi. So, bila sujud, dahi tu kat atas batu tu bukan kat atas karpet. 

Terus-terang, aku bila nampak benda-benda macam ni, aku mula pikir bukan-bukan. Sedih. Bukan buruk sangka tapi memang buruk sangka pun sebab benda tu memang dah jelas nyata macam sikit terpesong. 

Dalam tak sedap hati tu, Alhamdulillah, ada sorang makcik guard yang memang pantau jemaah dalam Masjid kebetulan nampak apa yang dorang buat and I bet you know what happen next ...................... Hewhewhew. :p

Kesimpulannya, taat pada perintah Allah SWT itu wajib. Paling wajib ia harus berlandaskan Quran dan Sunnah. Kalau ada apa keraguan, sila rujuk Quran atau minta pandangan yang lebih arif. So, takdelah kita pun jadi terlalu 'ekstrem' dan syirik. Ok? :)


Salah satu minaret Masjid. Tangga tu menghala ke ruang solah Muslimat.

Ok. Itu jeeeeeeeeee. Inilah jelah tempat-tempat yang sempat ziarah. Sepatutnya bawak Mak & Abah ke kilang buat Quran tapi kesuntukan masa sangat-sangat. InshaAllah semoga Mak & Abah ada rezeki datang sini lagi nanti. Boleh ziarah Masjid-masjid lain pulak. ;)

InshaAllah minggu ni kami ke Makkah untuk Umrah. Minggu lepas terpaksa postpone sebab aku kibarkan 'bendera Jepun' saat-saat akhir. Hihihi. Harap 'bendera Jepun' ni turun dari tiang sebelum hari Khamis. InshaAllah. 

Dan juga kalau ada rezeki, nak jumpa Mun. Salah sorang 'adik' yang aku kenal di Twitter sahaja. Alhamdulillah dia menjadi tetamuNya bulan ni. Moga kami dapat jumpa di Makkah nanti. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

2 comments:

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...