April 6, 2012

Saja Mengisi Masa Lapang Nak Join Contest!

Ini adalah entri melekat sampai pukul 7 malam hari Jumaat esok bersempena dengan Contest Blog Green Apple. Nak baca entri baru, sila scroll ke bawah. Shukran. ;D

Assalamualaikum.

Disebabkan aku adalah setiap hari mengadap blog Kak Diana Ishak, maka aku tetiba saja nak join centest yang pertama kali Kak Di buat untuk readers dia.

Siapa tak kenal Kak Diana atau Blog Green Apple, sila terjun sekarang! :p

Maka marilah kita mulakan Contest Blog Green Apple ini :

1) Syarat pertama yang harus dipenuhi adalah harus buat review tentang blog ILuvBag Incorporation. Review aku :

Assalamualaikum.


Boo me sebab gelojoh sangat, sampai salah buat review. Sepatutnya kena review blog ILuvBag Incorporation tapi aku dok sedap pi review blog Kak Di. Hahaha. Anyway, terima kasih Kak Di sebab inform awal-awal.


So, maghi perbetulkan kesilapan diri sendiri ... =_='


Benda pertama nak review ialah header blog. Pada pendapat aku, header kena proper. Mungkin perlu cari logo baru atau perelokkan lagi design logo ILuvBag Incorporation itu sendiri. Logo blog adalah lebih elok letak kat bahagian tengah-tengah header. Lagi cantik, kalau ada 'introduction' sebab blog itu sendiri adalah menjual produk atau blogshop. 


Sebagai contoh blog terdekat yang lebih kurang sama konsep dengan blog ILuvBag Incorporation ialah, Princess Victoria. Nama blog ' Princess Victoria's Style Closet ' dan dekat header dia tu, terus letak introduction ' Start here and work your way up .... ', sama juga dengan blogshop terkenal lain seperti ' Radiusite ', dorang punya  introduction ' We do hijab like others but we are special '. 


Yang kedua, ' Pages ' selepas header blog. ' Pages ' seharusnya utamakan benda-benda yang penting seperti Home, T & C, Oder / Pay, Buyers Do & Don't dan Personalised Order. Yang lain, lebih elok letak di side bar sebab ' Pages ' kelihatan cantik bila satu baris sahaja. Dua baris akan membuatkan nampak serabut.


Selain dari dua benda di atas, susunan gambar di blog haruslah disusun dengan lebih teratur dan jenama tidak bercampur antara satu sama lain jika dalam satu entri tu, tuan blog ada berbeza jenama beg yang mahu diblog.


Contohnya, entri bertarikh 5 April 2012 bertajuk ' Ready Stok for Sale '. Gambar beg bercampur aduk. Gambar paling atas, beg berjenama Aigner,  kemudian Coach, lepas tu, Long Champ, tetiba ada satu Coach kat tengah-tengah beg jenama LongChamp. Gambar kat bahagian bawah entri tu pun sama. LongChamp dengan LV bercampuk aduk.


Makanya, sebelum upload, pastikan dahulu susunan gambar teratur dan tidak bercampur aduk. Kalau Coach, Coach sahaja, dan kemudian diikuti dengan bag jenama lain.


Untuk details tentang satu-satu beg, pada aku, dah ok. Detail penuh dan disampaikan dengan sangat jelas. 


About Me yang terletak di bahagian paling bawah blog, remove ke side bar dan letak di bahagian paling atas side bar. Jadinya, pengunjung blog boleh nampak tuan punya blog dahulu, siapa namanya dan info peribadi lain yang berkaitan.


Itu sahaja. Sekian terima kasih.

Ok. Selesai syarat pertama.

2) Syarat kedua pula yang Kak Di dah tetapkan, kena letak link ke blog dia dan hyperlink bertulis : Contest Blog Green Apple. 

Ok. Selesai pula syarat kedua. Awal-awal dah buat seperti yang di atas ituuuu.

3) Syarat ketiga kena letak print screen sebagai bukti aku LIKE FanPage ILuvBag Incorporation dan follow blognya.

Bukti aku sertakan kat sini ....
    


Printscreen bukti LIKE FanPage ILuvBag Incorporation dan juga .....



Printscreen bukti aku follow blog ILuvBag Incorporation. 

Kepada sponsor Contest Blog Green Apple, tuan punya blog adalah barisan paling atas sekali, orang yang ke 11 dari kiri. Hehehe. Kalau nak lagi senang cari, yang pakai niqob atau purdah yang nampak mata tu je. =_='

Selesai syarat ketiga.

4) Syarat ke empat, kena hantar link ke email sponsor. Nanti lepas dah siap aku hantar.

5) Syarat ke lima, Kak Di pesan suruh atau nasihat buat betul-betul. Ok. Selesai jugak.

6) Syarat terakhir, Kak Di pesan suruh semak balik semua syarat dan pastikan semua syarat dah dipenuhi. Aku - InshaAllah semua selesai dan dah dipenuhi.

Ok. Dengan ini, aku akhiri entri contest ini dengan Bismillah fuh kiri fuh kanan. Hikhikhik.

Sekian. Ma'asalamah!


2 comments:

  1. nailah, bukan buat review psl blog akak, tpi review psl blog iluvbagcorporation :). cepat tukar, nnt tak valid.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...