Assalamualaikum.
Tadi aku dok khusyuk dengar dan tengok video ceramah pasal ' BerumahTangga Mengikut Sunnah ' kat YouTube yang disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria. MashaAllah TabarakaAllah, isi ceramah dia betul-betul menjentik perasaan dan sanubari aku! Huaaaaaaaaaa ... T_T
Dalam banyak-banyak isi ceramah dia, aku paling tertarik bila dia sentuh bab romantik dengan pasangan kita. Hahahaha. Sebab apa tajuk tu paling menarik perhatian aku? Sebab aku adalah memang bukan manusia yang romantik! Titik. =_='
Aku taktaulah kalau dengan kawan-kawan perempuan aku, aku biasa je ke atau macam mana tapi aku dengan lelaki, aku memang naturally akan jadi kasar. Aku taktau kenapa tapi aku syak, punca aku jadi macam tu ada kena mengena dengan ' kisah di sebalik tabir ' keluarga aku dolu-dolu. Hiks.
Ni dah kahwin, aku memang still perempuan yang kasar. Hukhukhuk. Aaaaaa .... macam mana nak lembut romantik hah? Aku serius tak retiiii. Takdelah sepanjang masa aku kasar tapi aku nak jugak romantik setiap masa. Kahkahkah.
Laki aku tu, lainlah. Dia dari zaman bercinta sampai sekarang ni boleh kata jauh berganda romantik dari bini dia yang gerago ni. Huhuhuhu.
Nak tau kenapa aku cakap dia romantik?
Sebab dulu sebelum kahwin ... awal bercinta, sebenarnya masa tu adalah saje nak uji dia. Kata kami ni kenal tak lama, bercinta pun tak lama, bertunang lagilah tak lama, tup tup kahwin dah. So, zaman bercinta tu memang takdelah nak amor de amor sangat.
Benda yang aku ingat sampai sekarang, zaman bercinta dulu, perkara romantik dia pernah buat memanggggggg banyak tapi yang terpahat kekal dalam kepala otak aku ni adalah ....
Yang pertama : Ada satu hari tu, aku memang teringin nak bangun pagi, breakfast kat Mcd. Memandangkan masa tu aku memang dah let go boifren aku, dia adalah lelaki yang aku baik dan rapat. Makanya, malam sebelum kejadian, dia call aku. Borak sembang biasa.
Jap lagi, aku ni gatal mulut pi tanya dia : ' I teringinlah nak breakfast kat McD. You nak tak? Jom esok kita breakfast kat McD. Nak McD kat Seberang Perai kat Stesen Esso ( kot ) tu. '.
Jangan tak tau, masa tu, aku adalah di Pulau Pinang dan dia adalah sedang bertungkus lumus kerja kat opis dia di Bangsar. Hahahahaha. Tapi apa aku pedulikan? Dia pun masa tu memang dah bagi hint nak usha-usha aku. Maka, marilah kita uji sama ada dia bersungguh ke dak dengan kita. Hikhikhik.
Masa tu, dia cuma jawab : ' Ok. InshaAllah, tengok macam mana. '. Bila dia bagi jawapan macam tu, aku memang dah set dalam kepala aku, ' Mamat ni takkan datang. '. Jadinya, aku pun berjimba-jimba malam tu dengan budak-budak rumah dan tidur lambat.
Esoknya tu, dalam pukul 7 pagi ( kot ), tetiba tepon aku dok memekak. Aku dahlah memang mengantuk, dengan balik lambat malam tu, aku angkat dan jawab call pun dengan tak tengok screen, baru nak marah tetiba dia selamba cakap, ' I kat bawah. Jomlah breakfast! '. :O
Kalau kau jadi aku, apa perasaan kau? Suka sebab dia bersungguh atau rasa nak turun pi maki dia? Aku? Aku suka dan marah. Kahkahkah. Suka sebab tengok dia bersungguh, lagi pulak, aku dah ada rasa suka sikit ah kat dia tapi biasalah, ego tinggi langit ke tujuh, mestilah selamanya ego! Wakakakaka. Marah pulak sebab serius aku mengantukkkkkk! =_='
Jadi tak banyak cakap, aku bangun jugak dan pi lah breakfast kat Mcd kat stesen minyak tu. Pecah rekad peribadi siot sebab tak pernah-pernah aku bangun pagi keluar pi breakfast dengan time weekend lak tu! Hahaha.
Ok. Itu pada aku romantik. Ke tak pada korang? :p
Yang kedua, lepas je habis breakfast, dia dah sibuk-sibuk tanya aku : ' Lepas ni kita nak g mana? '. Ikut hati dan mata mengantuk aku time tu, aku nak je cakap ' You balik Bangsar, hantar I balik rumah, I nak tidur. ' . Kahkahkah. Tapi aku takdelah sekejam itu.
Terus aku dapat idea saje nak uji dia buat kali kedua. Maka aku bagi cadangan, ' Kita pergi jungle trekking nak? '. Padahal aku sendiri taktau nak jungle trekking kat mana.
Dan dan dia jawab, ' Jommmmmmmmmm! Kita g Taman Negara Penang jommmm! I dah pernah pegi dulu dengan classmates buat research. Cantik tempat tu. Jommmm! I bawak youuuuu pergi sana. You pernah pergi tak? . ' ..... dengan muka selamba dia, dengan muka eksaited dia, dia bagi cadangan.
Ahhhhhhhhhhhhhhhh sudahhhhhhh! Aku ngantuklah oiiiiiiiiiiii! Hahahaha. Padanlah muka akuuuuuuuu!!!!! #facepalm =_='
Ikhlas memang aku taknak pergi, aku siap cakap kat dia, ' I takde kasut trekkinglah. Kasut sport pun takde. Ada kasut kerja dengan selipar ni je. ' ... sambil tunjuk kat dia selipar yang aku pakai masa tu.
Terus dia jawab, ' Takpe. Jangan risau. I ada kasut lebih kat belakang kereta. InshaAllah you boleh pakai sebab kaki I kecik je. Tak besar mana. '. Kahkahkah, aku pun ketawakan diri sendiri dalam hati. memang padan muka aku. Inilah padahnya kalau nak aniaya orang tapi kesudahannya, kena kat kau balik.
Terus, kami pun gerak ke Taman Negara Penang yang terletak di Teluk Bahau. Aku memang masa tu serius taktau yang kat Penang ada Taman Negara. Memang kagum masa tu bila dah sampai situ. Teruja sebab aku memang cintakan alam sekitar especially hutan belantara.
So, itulah 'dating pertama' kami. Jungle trekking di Taman Negara Penang. Romantik tak macam tu? Hahahaha. And again, pada aku, itu perkara romantik. I love surprises. Oh lalalala ~ :p
Oh, tapi adik-adik, jangan ikut macam tu okay? Tak elok sebenarnya keluar berdua. Haram tetap haram tapi benda lepaskan? Semoga Tuhan ampunkan segala dosa kami yang dulu. Amin Ya Rabb.
Yang ketiga perkara romantik dia buat adalah, dulu, masa bercinta, setiap kali jumpa, mesti dia bagi bunga. Bunga ros. Ros merah. Aku tak berapa sangat dengan ros merah sebenarnya. Aku lagi suka ros putih tapi takpelah. Merah pun merahlah. Janji dia ada bagi. Romantik kan? Hihihi.
Yang terakhir, dia adalah lelaki pertama yang pilih sendiri dan belikan aku kasut. Kasut tu dahlah kaler pink! Siap riben-riben pulak tu kat bahagian belakang. Terkesima kejap aku! Hahahaha. Kau paham jelah. Aku dahlah banned kaler pink, dengan aku ni tak suka kasut tinggi ( zaman tu lah, sekarang gila boots baik flat atau tinggi ), tetiba dia pulak bagi kasut yang macam tu, serius taktau nak cakap terima kasih atau nak suruh dia bagi orang lain atau nak baling kasut tu kat dia je. Lol. :p
Tapi aku amik jugaklah and part kasut itu memang ya Allah, terus aku rasa dia adalah the sweetest guy I ever known! Meowwwwwwwwwwwwww! Wakakakaka. Terus rasa, dia boleh jadi teman terbaik untuk shopping dan pilihkan barang cantik-cantik dan sampai sekarang dia masih cemerlang menjadi partner shopping yang paling terbilang dan gemilanggggg!!! ( tepuk tangannnnnnn! ;D )
Settle romantik masa bercinta. Sekarang kita masuk cerita romantik dia selepas sah kami bernikah dan sampai sekarang ni ....
Bila dah nikah, dia memang still sama je romantik dari awal nikah dulu sampai sekarang. Terlalu banyak-banyak-banyak dan lagi banyak dari zaman bercinta dulu.
Tapi paling best mestilah bila bangun pagi dan setiap malam sebelum tidur, hehehehehe ( sengih-sengih malu ... meowwwwwwww!!! ) ... suami mesti cium dahi. Ahhhhhhhhh ... kalau masa tu tengah marah hati menggelegak pun boleh sejuk beku tahu? Hihihihi.
Ingat lelaki, para suami je eh? Bila awak cium dahi isteri, cukup buat isteri rasa dia adalah dilindungi dan disayangi suami dia sepenuhnya. Itulah kuasa cium dahi isteri. Hiks. ;D
Selain cium dahi, ( ok, ini serius, not funny atau lucah at all sebab Rasulullah pun buat jugak perkara sama dengan isteri-isteri dia. ), dia adalah yang paling rajin ajak mandi sama-sama. Kahkahkah. Ok. Nak gelakkkkkkk! Hahahahahahahhahahaha. Malu tauuuuuu nak cakap tapi takpe, benda camni harus kongsi sama-sama.
Eh tapi, kalau kahwin mandi sama-sama, takde masalah okay? Korang yang bercinta, takyah sibuk nak pi check in hotel mandi sama-sama pulak. Buat Allah SWT murka je nanti. =_='
Awal dulu nak mandi sama memang serius ya Allah, mana nak letak muka ni????!!! =_='. Tapi lama-lama okay je sebab dah biasa. Kau sabun syampu sental aku, aku sabun syampu sental kau. Hahahahaha.
Tapi sekarang, aku adalah jarang dah nak mandi sama. Sebab aku yang menolak. Hahaha. Sebab aku maluuuu! Tak kisahlah walau dia adalah mahram tapi aku memang serius segan nak mandi sama-sama. Ok fine! Biebie, if you baca entri ni, nanti kita mandi sama-sama eh sebab sejak pindah rumah sewa yang ketiga ni, kita tak pernah mandi sama-sama. Hahahahahahaha. Meowwwwwww! :p
Tengok? Romantik tak laki aku? Ajak mandi samalah, cium dahilah, kadang balik kerja, belikan Banana Split Baskin Robbin lah atau pergi kedai ke, dia belikan aiskrim Galaxy atau air mineral ke atau apa sahaja yang aku suka, dia akan belikan. Senang cerita, dia pergi mana, dia mesti tak lupa belikan apa sahaja untuk aku.
Aku ni? Apa perkara romantik yang aku buat? Errrrr ... takde kot aku rasa? Hahahahaha. Kalau tiap-tiap hari masak untuk dia tu, boleh kira romantik tak? Basuh, lipat, gosokkan baju, boleh kira romantik tak? Huaaaaaaaaaa ... macam mana ni? Macam mana nak jadi romantik niiiiii? Aiyoooooooooo ...
Suka tak suka, bak kata Ustazah comel dalam video ceramah tu, aku kena belajar jugak jadi romantik sebab Rasulullah SAW adalah bersifat romantik pada isteri-isterinya. #sunnah
Ok. Aku kena ...................... kena jadi romantik!
Bersedialah Mohd Azman Kamarudin! Kalau tetiba you tengok I romantik semacam, you jangan ingat I buang tebiat pulak. Jangan tetiba you ingat I dah nak mati pulak. Huhuhuhu.
Pada korang yang dah kahwin dan juga akan berkahwin serta bakal berkahwin, tanamlah sikap romantik kat pasangan korang sebab bersikap romantik itu bukan pilihan tapi ia adalah tanggungjawab sebab sunnah.
Sekian. Ma'asalamah!
dah kenapa comel semacam ni? buang tebiat? hahahaha. You go HAKAK. Saya ada jual pil romantik, kalau akak makan konfem romantik. nak ke? saya jual murah je. biasalah kawan2 rapat, saya bagi murah. :D
ReplyDelete