July 31, 2012

Entri Pakej 4 Dalam 1

Assalamualaikum.

Saya namakan Entri Pakej 4 Dalam 1 sebab malas nak buat entri banyak-banyak! Hahahaha. Jujur tak saya? :p

Ok. Benda pertama nak cerita tentang pertemuan saya dengan Kak Putri. ;D

Saya dan Kak Puteri bergambo di food court Safa Tower berdekatan Restoran Felda D'Saji.

Siapa yang mungkin familiar dengan Kak Putri ni? Hehehehe. Kalau awak semua pernah shopping online beli barangan Najjah, mesti kenal Kak Putri ni sebab dia salah seorang dealer untuk Najjah Muslimah Boutique tu.

Saya kenal Kak Putri dari FB je. Kenal pun semestinya sebab dulu saya ada borong tak hengat inner dan syria dari Najjah. Yang kesudahannya, sampai sekarang, inner atau syria tu saya 'simpan' dalam luggage. Muahahahaha. Inilah orang kata, orang tamak selalu rugi. :p

Tak kisahlah kan. Sebab kalau tak borong, takdelah kenal dengan Kak Putri yang cantik ni. Serius dia cantik! Mash'Allah tabarakallah. Patutlah Abang Ed terpikat zaman dolu-dolu. Hihihihi.

Bila dah berurusan dengan Kak Putri, sampai ke sekarang, the friendship still on. She is like my sister now. Suka dia lebih lagi bila dia pun bela kucing juga nama Toffiey. Toffiey handsome dan kacak tapi apakan daya, mahu dikahwinkan dengan baby girl saya, Gomok sudah terlambat memandangkan saya sudah memastikan yang Gomok adalah anak dara ( baca : memandulkan ) 'sampai bila-bila' ! Kihkihkih.

Kak Putri ni bila dia tahu saya duduk dekat dengan Makkah & Madinah, dia jadi suka sangat. Selalu sangat dia cakap dia teringin nak datang sini satu hari nanti dan Alhamdulillah, impian dia tercapai dan dimakbulkan oleh Tuhan kita yang sangat baik sekali pada setiap hambaNya.

Kak Putri dan Abang Ed jadi tetamuNya selama 2 minggu. Alhamdulillah. ;)

Dan bila Kak Putri dah sampai Makkah, saya sangatlah teruja nak berjumpa dengan dia sebab selama ni kami 'bercakap' ( baca : berkomunikasi ) melalui FB dan Twitter sahaja.

Hari nak jumpa tu, hajat di hati, pagi Subuh tu, saya berangan nak buat Umrah tapi apakan daya, 'bendera Jepun' ( baca : period ) masih tak reti malu mahu berkibar. Tapi itu tak jadi halangan sebab kata dah dekat kan, tak semestinya pergi Makkah untuk beribadat, boleh juga untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia.

Maka, pagi tu, bersiap-siaplah ke Makkah. Kononnya saya ni berjanji nak jumpa pukul 9 pagi tapi lupa pulak sebab hari nak jumpa tu, esoknya kat negara Saudi ni, semua umat Islam dah mula puasa. Kalau dah start puasa ni, almaklum, jalan nak ke Makkah tu akan jadi sesak yang melampau!

Terus dari nak jumpa pukul 9 pagi tu jadi ke pukul 11 pagi. =_=

Nasib Kak Putri baik hati takde marah-marah. Hahaha. Dahlah comel, dia datang pakai burqa sebab dia datang dulu dan Abang Ed menyusul kemudian. ;)

Alhamdulillah, Kak Putri sangatlah friendly. Terasa macam dah kenal lama sebab sepatutnya sebelum Zohor, kami dah pulang ke Jeddah tapi terus sangkut sampai ke pukul 3 petang. Sempat juga belanja dorang merasa Ikan Bakar dari Felda. Sungguh-sungguh dorang makan.Saya terharu okay? :p

Saya syak kan, sampai sekarang, Kak Putri mesti mabuk kepayang dengan Ikan Bakar tu. Betul tak Kak Putri? ( If you read this .... hihihi. )

Benda kedua pula rasanya tak terlambat lagi nak ucap " Ramadhan Kareem " buat korang yang baik hati dan comel belaka ni. ;)




Nampaknya, setakat ni, saya mendahului Ramadhan dari korang yang kat Malaysia. Hikhikhik. Sebabnya, kat sini, hari Jumaat ( 20 Julai ) yang penuh barakah kami dah start sambut Ramadhan yang sangatlah ohsem tu! 

Setakat ni, macam mana Ramadhan korang semua? Dah digunakan sebaik mungkin tak? Pergi terawih tak? Baca Quran tak? Solat malam tak? Dah bersedekah tak? Harap-harap korang dah manfaatkan dan juga terus merebut pahala berganda di bulan penuh barakah ini. InshaAllah doa-doa, moga semua ibadah kita diterima olehNya. Amin. ;)

Seterusnya, benda ketiga yang saya nak cerita adalah Alhamdulillah, saya dapat buat Umrah di bulan Ramadhan! Syukur sangat dapat selesaikan dengan baik walaupun bermacam dugaan yang kami dapat during Umrah.


Saya rasa kan, tahun ni, ramai gila umat Islam datang bulan Ramadhan. Tahun lepas pun tak penuh macam tahun ni. Serius penuhhhh gila dah macam musim Hajj pulak. Dahlah ada kejadian pengsan tak sedarkan diri! Wakakakaka.

Eh, bukan saya lah tapi kawan baik saya. Hihihi. Dia tak sedarkan diri masa kami tengah tawaf nak masuk pusingan kedua. Nasib baiklah saya ni gagah perkasa tambah pula badan dia ringan macam kertas! Kihkihkih.

Syukur sebab semua selamat. Syukur juga sebab team 'PBSM' MasjdilHaram memang tangkas dan cekap handle kes orang pitam kat MasjidilHaram. Syabas beteiiiiii!

Kami bertolak dari Jeddah pukul 6 petang. Sampai kat Al Rosaifa Parking, kami buka puasa, top up perut sekadar perlu dan baru amik teksi ke MasjidilHaram.

Bulan Ramadhan ni, kereta dari luar memang tak boleh masuk sampai ke dalam. Kereta semua kena tinggal kat tempat parking kereta yang polis dah sediakan. Free je kalau parking situ. Tak perlu risau nak kena bayar ke apa. 

Dari tempat parking tu, pilihlah sama ada nak naik bas atau teksi. Kami pilih naik teksi memandangkan, saya kan special case. Pulak masa tu, semput still ada. ;)

Alhamdulillah, kami selesai Umrah dalam pukul 1 ke 2 pagi gitu. Suka sangat sebab saya ada baca, kalau buat Umrah masa bulan Ramadhan pahala sama macam Hajj. Baik kan Tuhan kita? ;')

Dannnnnnnn .... jeng jeng jeng ....

Selesai Umrah, hati debor-debor sebab nak jumpa lagi sorang kawan yang saya kenal dari Twitter! 

Tengok, Twitter ohsem tau sebab kat Twitter saya jumpa ramai sangat manusia yang ohsem dan inshaAllah yang baik dan semestinya ... ehem ... jujur dalam persahabatan sesama manusia. ;)


   Saya dan Nadia yang kecik, comel, baik hati dan juga sukakan kucing macam saya! ;)

Nadia buat saya terharu sebab dia tak tidur langsung semata nak tunggu masa saya selesai Umrah. Sobs. Sayang Nadia lebih tau macam ni. ;)

Sebab dia buat saya terharu, terus belanja dia sahur makan Ikan Bakar dan juga lauk pauk lain di restoran Felda D'Saji. Harap Nadia kenyang. Hihihihi.

Walau pertama kali jumpa, Nadia macam Kak Putri. Sangat friendly. Walau jumpa dalam keadaan masa yang sangat terhad, tapi ada je benda nak gosip. Kihkihkih. 

Misi saya dan Nadia untuk berjumpa, berjaya akhirnya! Syukur sebab dengan izinNya, kami bertemu di tempat yang penuh barakah. Saya sukaaaaaa! 

Yang penting, gambar saya bersama Nadia berjaya buat ada sorang makhluk ( baca : CikDara ) jeles sebab kami berdua dapat berlaga pipi dulu. Yeayyyyerssss! Hihihi.

Dan benda terakhir sekali yang saya nak cerita ialah ....

Saya sekarang busy memenuhi undangan berbuka puasa tak kiralah buka puasa bersama suami tersayang atau buka puasa di rumah kawan-kawan yang baik hati atau buka puasa di restoran di sekitar Jeddah! ( Phuiiii ... cakap macam retis ... kahkahkah. ) =_=

Rasanya masuk harini dah 3 hari kot dapur kat rumah tak berasap langsung. Asap periuk nasi je keluar. Asap dapur langsung tak keluar.

Mana taknya, awal ritu, pergi buka rumah Ina. Kemudian, diri pula tak berapa sihat. Demam, batuk, semput semua buat tak larat nak masak, maka suami saya kan suami yang paling murah hati sebab selalu belanja bini dia makan, maka maghilah berbuka di luar. ;)

Restoran pertama kami iftar di Jeddah tahun ni adalah di AppleBee's!

Syok gila wa cakap sama lu sebab walau menu tak meriah macam kat Malaysia tapi harga yang dorang offer sangatlah berbaloi-baloi! ;)

Iftar buffet kat AppleBee's ada main dish & buffet. Pakej Iftar Buffet untuk dewasa dalam 95 riyal sorang. Untuk bebudak dalam 29 riyal. 

Menu main dish tu ada 10 jenis menu. Boleh pilih satu je. Yang buffet pulak sangat unlimited. Pergilah nak top up makanan banyak kali mana pun, takde siapa marah. 

Alhamdulillah, sangat-sangat kenyang sampaikan main dish memang saya makan separuh je. Selebihnya mintak staff bungkus bawak balik. Tak larat aih nak habiskan sebab dah dok bedal makan hidangan buffet dorang macam chicken wings, sup dengan roti, samosa, popia, quasedillas, nanchos, salad dan dessert.

Hidangan buffet paling laku semestinya chicken wingssssssss! Saya sendiri tamak makan sampai 5 ketul. Pastu konon tak cukup suruh suami amik lagi tapi kesudahannya? Bungkus juga dalam tisu sebab perut dah sengkak! Hahahaha.

InshaAllah harini pergi TGI Friday pulak. ;)

Apapun, untuk perihal iftar ni, semalam pun perut sengkak juga berbuka kat rumah Kak Rahima. Macam-macam menu ada. Siap lupa diri tengah semput sebab pergi belasah makan kuih seri muka sampai 3 biji. Sudahnya, balik rumah termengah-mengah penangan pulut kuih tu. Wakakakakaka. :p

Apa nak buat? Kuih tu kuih kegemaran. Hihihi. I just can't take my eyes from that kuih. :p

Sekian cerita 4 dalam 1 saya. Panjang kan? Jenuhlah korang nak habiskan. Kahkahkah. Inilah penangan bila dah lama tak update. 

Selamat menambah amal ibadah di bulan Ramadhan koranggggggggggg! Jangan setakat puasa je tau, solat semua kena jaga, perilaku pun kena jaga, semua-semualah kena jaga. Barulah inshaAllah puasa kita sempurna dan diterima olehNya.

Salam sayang buat semua.

Sekian. Ma'asalamah!

3 comments:

  1. aaaaaaa.nak jugak nak jugakkk.wuwuwu.harap2 ada rezeki pergi sana dan dpt peluang jumpa akak kat sana.=P

    kak Nadia omey angat.hikhik.yg sebelah kak Nadia tu lagiii laaaaa kan,comey melampau.hahaha

    "Tengok, Twitter ohsem tau sebab kat Twitter saya jumpa ramai sangat manusia yang ohsem dan inshaAllah yang baik dan semestinya ... ehem ... jujur dalam persahabatan sesama manusia. ;)"

    ehemmmmm. ;p
    twitter osem kan?dgn twitter,saya dapat jumpa kakak osem nama Nailah niii.ukhuwah fillah abadan abada.

    xoxo. <3

    ReplyDelete
  2. Terdetik baca entry ini sebab berlegar-legar di FB, membaca dengan sabar ( walaupun memang sabar pun ) hahaha, tup tup ada nama orang! oittttttt, motip mu nak menjeleskan ku lagi? wkwkwkwkwkw

    Bes je. harap-harap ada yang cipta doremon cepat-cepat dan buat pintu sesukahati tu jugak. haha :p

    ReplyDelete
  3. o, seronotnye kalau sy juga berada di sana.lepas balik haji last year, asyik berangan nk dok Arab saudi je..ntah bila akan kesampaian hasrat murni ku itu..

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...