July 2, 2012

InshaAllah Nanti Korang Mesti Sampai Sini Juga!

Assalamualaikum.

Setiap kali kalau aku upload gambar ke Makkah ke, ke Madinah ke, memang ramai kawan-kawan mesti akan cakap benda yang sama iaitu : " Bestnyaaaa! Doakan aku sampai sana jugaaaaa! "

Setiap kali kalau baca komen kengkawan macam tu, sentap aku tauuuuuuu! T_T

Bukan sentap apa, sentap sebab rasa kalau aku ni mampu, nak je aku bawak korang ramai-ramai datang sini. Itu kalau aku kaya banyak duit. InshaAllah aku bawak. Aku tolong top up duit korang yang tak cukup untuk datang sini. Itu kalau aku kaya tauuuuu ....

Masalah bin problemnyaaaaaa ...

Sekarang ni, aku memang tak mampulah. Takkan mampu sebab diri sendiri pun dibela atas ihsan sifat tanggungjawab seorang suami pada seorang isteri. Hihihihi.

Pulak tadi tengah scroll pesbuk aku, terjumpa pulak gambar ni ......


Tengok gambar ni pun dah sayu .... baca orang-orang yang komen kat gambar ni ... lagilahhhhhhhhhhh aku sayuuuuu! Hukhukhuk. Sedih sangat. Macam-macam komen ada tapi majoritinya memang berharap sangat dapat datang sini sebelum ajal menjemput mereka. T_T

Jujurnya, dulu aku pernah set kepala otak aku macam ni : " Aku takleh g Makkah selagi aku tak suci dari dosa, tak taubat, tak insaf, yada yada yada ...... "

Especially bila orang selalu sangat cakap : " Kalau rasa ilmu tak cukup lagi nak buat Umrah ke, Hajj ke, takyah ler nak buat. "

Dorang cakap gitu sebab kekdahnya, kalau buat tak betul, kot tetiba ada yang salah dan sebenarnya masa tu masih dalam Ihram dan kita rasa kita dah settle ihram, memanjanglah kita kena tanggung ihram kita tu selagi kita tak bayar dam. Paham tak?

Cakap gitu macam serius rasa nak takutkan orang-orang yang sememangnya dah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Betul tak?

Sebabnya pada aku, kalau orang tu misalannya kalau tak cukup ilmu sekalipun, dorang datang sini kan sebab kira Allah SWT dah jemput, dah tu, apanya yang nak ditakutkan? Kalau memang niat kita betul nak datang sini, inshaAllah semua akan selesai dengan baik. Yang penting, kita sentiasa beringat dan berjaga pasal ihram kita.

Lagi pulak, orang luar kalau nak datang sini biasanya semua datang dengan travel agency. Siap ada ustaz yang akan ikut sekali sebab nak guide jemaah-jemaah Umrah/Hajj ni. Pada aku kat situ, dah takde apa dah. Kan?

So, pada pendapat aku, kalau korang rasa nak datang sini, datang je. Tak kisahlah kalau korang rasa diri korang tu macam tak layak sangat je atau rasa macam dah buat dosa berbakul-bakul. Takpe. Datang je sini. InshaAllah mana tahu, sampai sini, kita jumpa jalan yang sebetulnya. Kan?

Aku dulu bila datang duduk sini, first time buat Umrah masa baru-baru sampai sini, tengok Kaabah pertama kali dalam hidup, memang bikin hati menangis. Rasa sedih dan rasa macam aku ni tak layak je nak jejak kat RumahNya. Pikir pulak sebab aku ni, almaklum, dosa aku memang berbakul-bakul. Rasa macam orang lain lebih layak dari aku. Serius.

Tapi at last, secara positifnya, aku tahu ada hikmah yang terbaik Allah SWT nak bagi.

Sebab in positive way, memang patut Allah SWT bagi aku duduk dekat sini sebab DIA nak suruh aku tobat bebanyak, ingat dosa, ingat mati,  beringat sikit nak perbaiki amal ibadah dan segala-segalanya yang baik untukNya.

Tapi memang betul pun.

Bila dah datang sini, barulah aku rasa cam hidup aku betul sikit. Hati kepala otak semua dah set yang betul sikit. Pastu kalau by the time hati rasa cam nak buat dosa tu walaupun kira dosa kecik, time tu nanti mesti cam rasa " Eh, buatlah. Ko dekat dengan Mekkah ni. ". Haaa ... gituuuuu! Hihihihi.

Tapi kadang, kawal macam mana pun, dah kata namanya manusia. Kadang-kadang goyah juga. Hihihihi. Sifat manusia kan. Kejap tobat, kejap kang terbuat balik, kang tobat lagi, kang buat lagi, kang tobat entah sampai berapa kali nak tobat pun taktau. Huhuhuhu.

Jujurnya, bila dah lama duduk sini, aku rasa best walaupun memula tu rasa cam semua benda tak boleh buat sebab kat sini, perempuan tak boleh drive, keluar wajib kena pakai abaya, takde panggung wayang, nak keluar sendiri suka hati pun susah. Memang stress memula tapi lelama tu, ok sendiri dah.

Tapi naik lemak sikitlah sebab bila sini tak boleh drive, balik Malaysia aku adalah pemalas bebenor nak drive ganti laki aku bila dia ngantuk. Aku sanggup suruh dia berhenti tidur memana dulu untuk dia tidur kejap, janji aku tak kena drive. Padahal ..... dulu, sehari tak keluar bawak keta, bontot kaki aku panas je nak tekan minyak kete tu ha.

Sekarang apa jadi?

Sekarang asal masuk keta, aku ngantuk, aku pening, aku tidur. 3 perkara tu lah aku buat. Pulak kat sini, hujung minggu je aku naik kereta. Selebihnya aku duduk rumah. Aku kalau takde benda nak buat, takde tujuan nak keluar, memang aku taknak keluar. Duduk rumah je, main game and buat kerja lain sampai laki aku pun rimas tengok aku duduk rumah manjang! Hahahaha.

Anyway, buat pengetahuan korang, walau Mekah tu tak jauh mana dari rumah aku, adalah jarak dia sama macam dari Shah Alam ke KL, aku takdelah setiap minggu ke Mekah. Kalau ada rezeki, aku pergi sana. Kalau memang tak dijemputNya, kadang sampai sebulan jugak tak jejak.

Aku ada je kawan duduk Mekah. Dia lagi syok. Setiap hari kot bawak anak dia pegi breakfast dekat bangunan depan MasjidilHaram tu. Hah! Itu lagi syokkkkk! ;)

Tapi aku still bersyukurlah sebab Allah SWT permudahkan perjalanan aku ke RumahNya. Kadang kalau rasa macam leka sangat dengan masa, leka dengan hal dunia, mesti pikir cakap pada diri : " Eloklah tu lama tak pergi. Tuhan dah bagi duduk dekat, nak pergi kejap pun susah. Bukan jauh. Cuba kau tengok orang lain? Nak datang sini sampai kena bergolok gadai macam-macam nak bayar tiket flight semua. Kau? Zaaaasssss ... sejam dah tentu inshaAllah boleh sampai. ". Huhuhu. =_=''

Buat masa ni, selalunya aku akan pastikan yang dalam sebulan tu, mesti buat Umrah. Tak kisahlah buat Umrah ke, datang solat Jumaat ke, atau saje datang nak buat Tawaf Sunat ke, pun tak kisah. Janji setiap bulan pergi tengok Kaabah. Itu wajib.

Sebab aku tau, sebab aku sedar, bukan semua orang dapat peluang macam ni. Tambah lagi, aku tau, rezeki aku dengan laki aku kat sini taktau sampai bila. Buat tetiba, ada benda jadi ke, kena balik Malaysia, dah rasa rugi bila sendiri jarang luangkan masa kat Makkah atau Madinah.

So, sementara ada masa, ada peluang macam sekarang ni lah aku kena pandai bahagikan masa bila ke Makkah, bila ke Madinah.

Tapi kalau korang tanya antara Makkah dengan Madinah, mana yang paling aku kerap pergi .... pastinya Makkah sebab Jeddah dengan Makkah dalam sejam je. Kurang dari sejam pun dah boleh sampai. 

Nak ke Madinah pulak dekat 4jam. Macam dari JB ke KL. Last time aku pergi Madinah bulan Mac baru-baru ni. Kira dalam 4 bulan lepas. InshaAllah raya ni, lepas stay semalam kat Makkah, kalau ada rezeki dapat hotel kat Madinah, kiteorang nak ke Madinah pulak masuk raya kedua. Itu perancangannya.

Kalau nak comparekan Makkah dengan Madinah, Madinah lebih teratur pembangunannya. Kat Makkah ni, kerajaan Saudi baru nak restructure balik pelan Makkah. Sebab tu sekarang ni, kalau korang datang sini, Makkah memang sana sini ada construction. Maybe lagi 10 tahun, memang berbeza kot keadaan Makkah.

Silap haribulan, lagi 10 tahun akan datang, tempat Saei dah ada aircond kot? Huhuhu. Tempat tawaf masa tu pun maybe dah ada yang baru. InshaAllah nanti makin selesa kawasan Makkah ni. 

Pada korang yang belum sampai sini dan teringin benar nak datang sini, doalah banyak-banyak mohon Allah SWT jemput korang datang sini. Rasa suasana sini. Rasa sendiri perasaan bila tengok Kaabah tu macam mana. Rasa sendiri juga perasaan bila berada kat Raudhah berdoa berdekatan dengan makam Nabi tu macam mana. Semua tu nanti akan buat korang rasa akan nak datang sini lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

Korang pergilah melancong negara mana sekalipun. London, Paris, New York, Australia, seceruk mana pun korang pergi melancong, korang akan rasa, datang ke Tanah Haram ni lah yang paling terkesan kat hati. ;') 

Aku doakan moga impian suci murni korang nak datang sini dimakbulkanNya. InshaAllah, kalau bukan sekarang, maybe akan datang. Siapa tahu kan?

Jadi, usaha dan doa seiring sejalan okay? Allah SWT sentiasa dengar doa kita. 

Sekian. Ma'asalamah!

5 comments:

  1. teringin jugak hendak ke situ. suatu hari nanti ~

    ReplyDelete
  2. seronoknya akak :') dalam sebulan mesti ada peluang tengok kaabah. harap saya pun dpt jejak kaki di sana nanti, insya Allah!

    ReplyDelete
  3. best2...moga2 saya pun dapat pi sana...teringin sangat2...

    ReplyDelete
  4. Mudahan lepas nie akan dapt jejakkan kaki ke sana, selalu baca blog awak cerita ttg kaabah penah 1 hari minggu lepas mimpi melihat kaabah, bila terjaga rasa syahdu ja.....

    ReplyDelete
  5. rara pon kdg kdg ada rasa cm tu.nk g tp layakkah aku.selalu ckp cm tu.lg satu rara selalu pk,aku ni mengaji pon merangkak lagi.ldg2 tersasul.cane nk g.huaaaa banyak nya kelemahan diri ni.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...