Assalamualaikum.
Adat berumahtangga, kalau tak gaduh lakibini, orang cakap, tak best namanya!
Masuk 4 tahun kahwin hujung tahun ni .... hehehe ... aku rasa antara aku dengan laki aku, akulah kot suka carik pasal. Kadang memang saje cari pasal. Especially bila dah lama sangat tak gaduh. Haaa ... time tu ... nanti bila laki aku buat slack sikit ... mulalah aku saje cari perisa nak bagi gaduh lagi teruk. Hahaha.
Macam minggu lepas .... minggu lepas kot ... kalau tak silaplah ...
3 hari aku istihar perang dengan laki aku. 2 hari aku mogok tak masak, tak makan. Aku depends dengan minum air zamzam je. Sepanjang 2 hari mogok, boleh kira dengan jari berapa kali aku masuk dapur.
Bukan setakat mogok tak masak dengan tak makan je, tapi aku mogok tak bangun buatkan dia air dengan teman breakfast lagi. Mogok dengan time dia bangun siap pergi kerja tu, aku dok membuta sedap mimpi entah ke mana. Tau-tau, aku bangun, confirm dia memang dah takde. Huahuahua.
Selalunya kalau gaduh macam mana pun, marah macam mana pun, makan aku jaga tapi yang haritu punya gaduh, saje aku nak bagi advance sikit siap mogok taknak masak, taknak makan semua. Kurus kejap aku 2 hari. 2 hari je kurus, pastu gemok gedempol balik. Kihkihkih.
Sepanjang 2 hari mogok tu, hari pertama memang paling sadislah pada aku sebab time tu dia puasa. Aku selamba tak masak apa untuk dia buka. Aku cuma berkurung duduk dalam bilik layan novel. ( Jangan ikut perangai aku. )
Laki aku balik kerja, terus dia kelam kabut tukar baju, masak untuk diri sendiri. Buka puasa pun masa tu dia tak settle masak lagi. Tengah ketung ketang kerjakan dapur aku. Entah apa dia masak masa tu pun, aku memang tak amik tau.
Tidur malam, even gaduh pun, still satu katil. Itu mestilahkan. Sebab aku kan al penakut. Merajuk mulut muncung macam mana pun, sakit hati macam mana pun, tetap kena tidur satu katil sebab aku ni memang jenis penakut suka terbayang bukan-bukan depan mata. Kahkahkah.
Tapi even tidur satu katil pun, sorang pandang kiri, sorang pandang kanan. Aku kalau bab tidur, aku memang juara. Susah hati macam mana pun, aku tetap boleh tidur lena mimpi sampai berdengkur-dengkur. Itu wajib. Takde masalah.
Tapi kalau laki aku lain ...
Dia kalau time gaduh dengan aku, masalah besar pada dia sebab dalam rumah, aku memang jenis mulut bising. Bising satu hal, pastu aku ni kuat menjerit dalam rumah. Siapa kenal aku, taulah suara aku ni tahap nyaring dia boleh sampai mana kalau orang dengar.
Aku pulak, stok kalau laki aku gurau lebih ke ... cara nak selamatkan diri, aku mesti mula jerit kuat-kuat. Hahaha. Saje bagi jiran dengar. Hari-hari mesti kena marah dengan laki aku sebab aku kalau tak jerit kat dia, aku jerit kat anak jantan aku sorang tu, Skulky. Aku kan Mak Tiri. So, dalam sehari kalau tak bertempik kat anak jantan sekor tu, memang tak sah!
Jadinya, bila dah gaduh, memang aku diammmmmmmmmmm dari siang sampai malam. Kalau laki aku tanya apa-apa ke, biasanya kalau boleh diam, aku diam. Kalau dia tanya, selagi aku boleh buat bodoh, aku buat bodoh. Kadang je aku jawab tapi itupun sepatah je aku jawab dengan mulut mencebik-cebik. Hihihi.
Bila aku dah diam, mestilah rumah aku pun sunyi dari tempikan kan? Suasana sunyi tu lah yang boleh buat laki aku bosan nak mati sebab bila gaduh, aku jadi senyap, taknak bercakap. Pulak tu berkurung duduk dalam bilik dari siang sampai waktu tidur. Laki aku pulak, biasanya kalau gaduh, dia akan duduk depan tengok tv sorang-sorang. Itupun muka dia akan monyok je sebab kawan tengok tv sesama takde. Kawan tengok tv tu merajuk. Kahkahkah.
Kadang laki aku kalau dia dah boring macam tu, biasanya mesti dia masuk bilik jenguk aku. Agak-agak kalau dia tengok aku merajuk biasa-biasa, mesti nanti dia akan pujuk cakap :
" Ayang, jomlah duduk luar. Biebie boringlah tengok tv sorang-sorang. Takde kawanlah. Takyah merajuk. Sudah-sudahlah tu. "
Aku kalau dia dah start cakap gitu, memang boleh buat aku gelak. Tapi yang gaduh paling baru sampai 3 hari tu, aku buat bodoh je sebab masa tu, aku dah naik syok layan novel. Aku memang tak amik port terus dengan apa yang dia cakap sebab matlamat aku masa tu, nak habiskan baca novel. Kebetulan pulak, novel best. Hahaha.
Settle mogok hari pertama, bersambung hari kedua keesokkannya pulak ....
Nasib baik sebelum gaduh lama tu, aku dah siap-siap gosokkan baju kerja dia sampai hari Rabu. Kalau takkkkkk .. mahu lagi haru laki aku bangun pagi kelam kabut kena gosok baju sendiri. Kahkahkah.
Masuk hari kedua, mogok tak masak dan tak makan tetap berjalan seperti biasa.
Still benda yang sama laki aku buat. Balik kerja, masak, tengok tv sorang-sorang. Hari kedua tu, laki aku buat Mee Goreng kot kalau aku tak silap.
Yang kesiannya tu, aku taktau apa pesen Mee Goreng yang dia buat tu sebab masa tu, stok lada kering yang dah siap blend tu, semuanya dah habis. Memang takde apa dalam fridge. Entah apa rasa Mee Goreng dia buat tu tapi itupun, dia gigih juga makan habiskan sampai esok tengaharinya. Mungkin agaknya perut dah lapar sangat kot? Hahahahahahaha.
Aku konon nak sambung mogok tak masak dan tak makan sampai hari ketiga tapi masuk hari ketiga tu, serius tak sampai hati sebab nampak jelas ketara laki aku dah macam tak terurus. Kahkahkah. Makan pun tak teratur. Kahkahkah. Dengan muka sedih dia lagi sebab dah 2 hari tak dapat makan masakan isteri ...
Maka hari ketiga tu, dengan rendah diri, petangnya aku masak juga untuk laki aku. Dah nama laki kan? Sakit hati macam mana pun, tetap rasa sayang. Hihihi.
Terus bila laki aku balik kerja petangnya tu, bila tengok aku masak, makan malamnya tu, laki aku belasah makan nasi sampai berpinggan-pinggan. Kuantiti dia makan nasi malam tu adalah dalam 2 pot kot? Gila kebulur laki aku masa tu. Muahahahahahaha.
Sempat lagi masa tengah makan tu aku perli laki aku ...
" Amacam? Best tak gaduh macam tu? 2 hari I tak masak? Best tak? Sekarang apa rasa? Kebulur eh? "
Hahahahahaha. Terus dua-dua gelak kat situ jugak.
Ikutkan sebenarnya takdelah marah mana pun. Macam aku cakap tadi, saje takde pasal nak cari pasal. Pulak lama tak gaduh. ( Padahal sehari sebelum tu gaduh jugak. Hahahahahaha. )
Gaduh paling latest tu lah aku rasa memang gaduh penuh mogok. Sebab first time gaduh, aku mogok bagai. Padahal sebelum tu, prinsip aku, kalau gaduh macam mana pun, masak tetap masak, makan tetap makan. Tapi ritu, masak pun tak, makan pun tak! :p
Gaduh ni pada aku, sekali sekala perlu. Setiap hari gedik manja bagai dengan pasangan pun tak best jugak. Tak mencabar rasanya. Gaduh perlu. Merajuk pun perlu. Tapi sikit-sikit je dahlah. Jangan nak kronik sangat sampai nak bercerai-berai, itu adalah tak digalakkan.
Tapi kalau gaduh, memang masa tu hati kena kuat. Jangan cepat pikir bukan-bukan. Jangan ikut rasa. Ikut rasa tu maksud aku, jangan gaduh, at the end, tetiba mintak cerai pulak. Dijauhkanlah macam tu. =_='
Lagi satu, kalau gaduh laki bini, macam aku cakap, gaduh macam mana pun, makan pakai laki tetap kena jaga. Tidur pun tetap kena sama satu katil. Kau jangan nak mengada tidur tempat lain sebab bila kita buat tidur asing-asing macam tu lah boleh jadinya kes baru kahwin dah bercerai-berai.
Kot ye kau rasa taknak tidur sebelah laki kau, kau tidur tempat lain dulu, nanti bila laki kau dah lena tidur, kau bangun tidur sebelah dia. Jangan tidur asing sampai ke pagi pulak. Takut nanti jadi lain naya je.
Aku setakat ni, kalau gaduh, sehari dua je. Takdelah sampai seminggu ke apa. Tapi biasalahkan, kalau gaduh, hati pun tak rasa apa, kepala pun pikir sendiri je. Pernah juga kadang bila gaduh je, rasa nak cabut balik Malaysia! Kahkahkah.
Nasib baik undang-undang kat sini, setiap kali kau nak keluar dari negara Saudi, kau memang kena ada exit visa. Exit visa tu pulak, kau kena apply seminggu sebelum tarikh tiket kau nak keluar.
Dah kalau gaduh sakit hati, nak cabut balik pun, bilanya nak apply? Memang taklah kan. Lagi-lagi kat sini, bila kau dah kahwin, kau nak keluar, kena pastikan mahram kau ada sama-sama. Niceeeeeee! Memang bagus. Ye dok?
Lainlah kalau kat Malaysia.
Kalau gaduh, sekurangnya tahulah jugak nak tuju mana. Kot nak lari ke luar negara mana-mana pun, ikut suka kau nak keluar. Janji kau ada pasport, kau ada tiket.
Tapi kat sini, pasport dengan tiket jadi tempat nombor dua dan tiga yang paling penting. Yang tempat pertama dan paling penting adalah exit visa. Kau takde exit visa, jangan mimpi kau nak keluar dari sini. Sorry!
So, ada hikmahlah juga Allah SWT 'campakkan' kiteorang ke sini. Hahahahaha. Kalau tak, mungkin aku ni setiap kali gaduh dah hilang entah ke mana sebab aku ni jenis kalau gaduh, mesti rasa nak keluar pegi memana. Hihihihi.
Tapi last gaduh haritu kan, aku mogok sampai hari Selasa ke hari Rabu entah. Hari Khamis, elok je aku dengan laki aku tu sedap syok gi dating sampai ke Makkah. Best tak? Best tak? Best tak?
Best kan gaduh macam ni? Gaduh-gaduh, last-last mesti dating kat sini. Tawaf sesama, solat sesama, makan sesama. Terus lupa yang hari sebelum-sebelum tu ada gaduh masam muka. Hahahahaha.
Yang dah kahwin, ingat tau ...
Kalau gaduh merajuk macam mana pun, makan pakai suami jaga dan tolong jaga tempat tidur sama-sama. Maksud aku jaga tempat tidur tu, jangan tidur asing-asing. Itu penting. Sebab bila kita tidur asing-asing, boleh jadi, nanti tinggal asing-asing, lepas tu nanti, mulalah nak bawak diri masing-masing. No good macam tu.
Kena paham. Bila dah kahwin, lagi-lagi kalau yang jenis tak bercinta lama macam aku ni, sampai sekarang aku rasa macam still dalam proses nak kenal rentak masing-masing. Yang penting, hubungan dengan Allah SWT kita jaga sebaiknya. InshaAllah, let say bila gaduh dengan suami, nanti Allah SWT tolong lembutkan hati kita. ;')
Ok?
Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT sentiasa. InshaAllah.
Sekian. Ma'asalamah!
dahsyatnya kak nailah gaduh dgn hubby....hahaha..by the way,saya budak baru...salam ukhuwah...
ReplyDeleteweh..jeles la nailah..tiap minggu bley pegi mekah..doakn giliran aku plak lpas ni..;)
ReplyDeleteSalam kak.
ReplyDeletewah . brutal jugak akak ni. pepun nampak indah je hubungan akak ngan suami. semoga berbahagia selalu.
*kebetulan sedang simpan2 tips sekarang ni *
#saja :p
jaga diri. may ALLAH bless both of u, insyaallah :)
imantizz_truper - Assalamualaikum! Hi. Terima kasih sudi singgah dan baca. Alaaa ... gaduh biasa je tu. Mana ada dashyat! Salam ukhwah kembali. ;)
ReplyDeleteMisZ FyZa - Hihihi. InshaAllah nanti korang mesti sampai sini. Amin Ya Rabb.
Anem - Wsalam. Hi Anem. Lama benor tak nampak. Hihihi. Akak mmg brutal sikit. Hahaha. Terima kasih atas doa Anem. Anem nak kahwin dah eh? :o
Tergelak besar sy baca entri ni! HAHAHAHAHA.
ReplyDeletedtg cari info tentang gaduh suami isteri ni sampai lah ke sini hehe
ReplyDelete