Assalamualaikum.
Satu-satunya entri di bulan Romadhon. Kihkihkih.
Kemalasan berganda nak mengadap laptop nak taip entri sebab bulan Romadhon, dipenuhi dengan perkara-perkara, bekalan-bekalan untuk Akhirat. ( ayat macam ustazah ). Hiks.
Bukanlah. Saya bukan baik sangat pun. Bulan Romadhon ni, bangun pun tengahari. Bangun je, tau-tau Zuhur dah masuk. Pung pang pung pang, dah pukul 2.30 petang.
Bulan puasa ni, saya manage masa sendiri masak untuk berbuka seawal 2.30 petang. Sebab nak kejar solat Asar. Sebab kalau boleh, bila solat Asar tu, saya dah siap masak, dan boleh mandi wangi- wangi nak mengadap Tuhan saya. Sejujurnya saya memang tak reti nak solat dengan badan bau dapur bau masakan. Rimas.
Alhamdulillah, Khamis minggu lepas, dapat juga berterawih di MasjidilHaram.
Ikutkan sebenarnya, kerajaan Saudi dah nasihat, kalau boleh, bulan Romadhon ni, yang siapa duduk Saudi ni, tak payahlah nak berebut sangat ke Makkah especially yang macam saya duduk dekat Makkah ni. Kerajaan Saudi suruh kami-kami ni bagi ruang dan peluang berjuta manusia lain yang berhabis wang dan tenaga untuk datang sini berbanding kami ni, yang bila-bila je boleh sampai sana.
Tapi, tapi ....
Sebab nak merasa juga berterawih di MasjidilHaram, maka marilah kita jadi tak dengar kata untuk seketika. Hehehe.
Kalau awal Romadhon haritu dah tempuh orang ramai untuk buat Umrah, kali ni, kita tempuh pulak untuk berterawih sahaja. ;)
Maka, sejam sebelum berbuka, dah gerak dari rumah. Bekal buka puasa semua dah siap masak dan packing masuk dalam plastik bag. Waktu berbuka sekarang dah makin awal. This time memang berbuka puasa masa masih dalam perjalanan lagi.
Time bulan puasa ni, memang digalakkan sangat masuk Makkah dekat nak berbuka sebab bila dah nak buka puasa ni, polis tak berapa nak busy sangat jaga check point sebab polis pun sibuk nak berbuka juga. So, traffic takdelah hectic sangat. Ini salah satu sebab ya kenapa Umrah ritu dan juga pergi terawih ni, kami gerak dekat waktu nak berbuka. ;)
Bulan Romadhon ni jugak agak mencabar nak masuk ke Makkah. Bulan lain, boleh masuk sampai ke hotel parking tapi bulan Romadhon ni, semua kenderaan selain dari penduduk Makkah memang tak dibenarkan masuk sampai dalam langsung.
Yang tak boleh masuk ni, kerajaan Saudi ada buat 2 kawasan temporary parking di bandar Makkah. Makanya, haritu, kami parking di kawasan Al-Rosaifa Parking. Dekat dengan penghujung check point nak ke kawasan hotel MasjidilHaram.
Sebenarnya paking paling pemes time bulan Romadhon adalah Kudai Parking tapi disebabkan Kudai Parking sangat packed melampau dengan kereta-kereta dan manusia, dengan nak berebut naik bas lagi, dengan teksi atau prebet sapu amatlah susah nak dapat, kami lebih senang ke Al-Rosaifa Parking sahaja.
Kat situ, bas memang tak perlu berebut, kereta of course memang banyak, yang penting, senang nak dapatkan teksi atau prebet sapu ke MasjidilHaram. Baik saya atau suami, kami berdua memang elak naik bas sebab satunya, saya ni dah memang tak boleh nak bersesak sangat sebab nanti saya boleh jadi panik dan terus rasa nak pitam atau boleh jadi sesak nafas due to saya memang pesakit asthma dari kecik.
Dari pihak suami pulak, kaki dia bukan normal macam dulu dah. Takut juga kot bila berebut, orang tolak ke apa, kalau jatuh kat tengah-tengah manusia berkerumun, sia-sia je nanti. =_=
That day tu, Alhamdulillah, ada this one guy ( prebet sapu ) tunggu dari kami makan for berbuka & solat Maghrib dulu, then terus naik kereta dia ke MasjidilHaram
Oh ya, bulan Romadhon ni, bukan harga bilik hotel saje ye naik? Harga teksi atau prebet sapu pun naik berganda-ganda. Biasanya, kalau dari tempat parking nak ke MasjidilHaram, harga standard di bulan Romadhon adalah 50 riyal dan dari MasjidilHaram nak ke parking semula pun harga yang sama TAPI itu kalau awak pergi siang hari okay?
Macam kami, time sampai parking tu, betul-betul orang tengah solat Maghrib. So, harga nak ke MasjidilHaram still standard lagi iaitu 50 riyal. Bila nak balik ke parking semula tu lah, disebabkan waktu pun dah tengah malam memandangkan settle terawih pun dekat pukul 11 malam, nak keluar dari MasjidilHaram pun dekat sejam sebab manusia terlalu packed sangat, pung pang pung pang, dekat pukul 1pagi dah, jadinya harga servis teksi atau prebet sapu dari MasjidilHaram nak ke parking adalah dalam 80 - 100 riyal.
Oklah pada aku dari nak jalan kaki, bersesak-sesak naik bas bagai. It worth dan harga yang sangat reasonable. Sama je total pergi balik bayar duit teksi dengan harga kami bayar parking kat hotel. ;)
Itu baru pengalaman nak tempuh masuk ke kawasan MasjidilHaram. Belum lagi pengalaman nak tempuh masuk dalam MasjidilHaram sendiri.
Masa dah sampai kat area Masjid tu, ok lagi sebab orang takde nak bersesak lagi memandangkan masa tu pun, baru je lepas Maghrib dan waktu nak ke solat Isyak pun lambat lagi.
Masuk Masjid terus naik tingkat atas sebab memang confirm punyalah kat bawah memang dah packed. Bajet naik atas kosong tapi nak cari tempat solat tu, memang pusing sana sini jugaklah. Last-last, takde pilihan, terpaksa juga saya menyelit betul-betul depan tong air zamzam.
Bila dah depan tong air zamzam, you know what gonna happen, you know what will happen during solah .... =_=
Dengan orang sibuk amik air zamzam, dengan ada sorang jemaah ni, dok tampar anak dia suka hati sebab anak dia bising sampai anak dia nangis kuat gila, dengan ada sorang budak ni sedap dok lari-lari pijak sejadah saya main cawan plastik tong zamzam tu dan juga paling best, dengan tukang cuci sedap je mop sungguh kepala saya time saya tengah sujud sebab kebetulan ada air tumpah kat situ. =_=
Aduhhhaiiiiiiiii ..... nasiblah yang mop tu pakcik kurang upaya, terus tak jadi nak marah walau dalam hati. Hahahaha. :p
Pengalaman betul lah. Tapi karenah-karenah manusia time tu lah buat saya terus jadi pening kepala, rasa nak pitam. Baru konon nak berhenti terawih saat masuk rakaat yang kesepeluh tapi disebabkan mendapatkan kata-kata semangat dari Imam saya yang halal, terus ku gagahi jua hingga rakaat yang terakhir saat Imam MasjidilHaram juga beredar. Alhamdulillah, lega!
Habis solat, terus cepat-cepat kemas beg nak keluar secepat mungkin tapi harapanlah kan sebab dah kata Masjid sangat packed. Nak keluar pun dekat sejam. Dahlah tunggu suami tapi kena rempuh sampai terpaksa juga bergerak ke depan. Terus terpaksa split dengan suami keluar Masjid. T_T
Keluar-keluar Masjid je .........
Haaaaa ... hambek kauuu! Manalah tak dekat sejam nak keluar Masjid dengan manusia packed macam ni? Memang serius hati kena kuat, sabar dan kental kalau nak datang Makkah di bulan Romadhon. Tahu?
Inipun, lepas dapat keluar, tunggu suami pun dekat setengah jam jugak. Muka saya pun dah muka cekodok masa tu sebab kepala memang dah rasa berat sangat. Niat di hati nak minum-minum, makan-makan kat Restoran D'Felda pun, terus terpaksa cancel sebab kepala memang dah berdenyut-denyut tahap narnia the chronicle. =_=
Oh ya, saya ternampak Abang Zikr ( baca = Adi Putra ) masa kat D'Felda masa tu. Mash'Allah, muka dia memang sejuk mata memandang. Kulit muka bersih. Pada sayalah, Adi Putra lagi handsome dari Aaron Aziz. Hiks.
Anyway, kami sampai rumah elok time biasa kami bersahur iaitu 3 pagi. Sedih tak dapat nak Tahajjud berjemaah di MasjdilHaram tapi keadaan diri memang sangat tak mengizinkan. Harap ada peluang lain lagi. InshaAllah.
Ok. Saya nak prepare buka puasa.
Jangan lupa terus menerus rebut Malam LailatulQadar. Semoga Allah SWT menerima segala ibadah kita juga kita sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah. Amin Ya Rabb.
Sekian. Ma'asalamah!
Subhanallah ramainya orang dekat gate tu. Bulan lepas Alhamdulillah diberi kesempatan ke sana untuk umrah. Masa tu ingat dah pack dah, rupanya sekarang lagi pack. Balik malaysia 3 hari sebelum puasa tapi memang org dah ramai start masuk Mekah masa tu.
ReplyDeletesaya jelessssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
ReplyDeletehehehehehe