August 15, 2012

Biskut Raya & Karipap Pusing

Assalamualaikum.

Selamat pagi rakyat Malaysia! Saudi pun tengah pagi juga sekarang ni tapi pagi buta. Manusia lain sibuk tahajjud dekat Masjid tapi saya tahajjud depan laptop. Tahniah untuk diri sendiri! =_=

Tapi takpe sebab saya bukan saje taknak pergi tapi saya tengah amik cuti khas untuk kaum Muslimah! Hiks.

Anyway, lagi berapa hari je nak bertemu Syawal. Rasa macam cepat betul Ramadhan berlalu. Haritu masa hari pertama puasa, rasa macam lama gila nak habis puasa tapi tup tup ... sekarang kat sini dah masuk 27 Ramadhan dah kan? ( Sini awal sehari ye dari Malaysia. Sila jangan confuse! ;) )

Disebabkan tahun ni memang tak dapat balik beraya dan taknak kempunan makan biskut-biskut raya yang digemari, maka saya telah merajinkan diri membuat biskut raya sendiri. 

Kalau masa zaman budak hingusan, rajin juga sibuk menyemak tolong Emak buat biskut raya dan kemudian, sejak Emak pencen buat biskut raya dan beralih pada biskut tunjuk menunjuk, terus langsung memang takde dah nak sibuk-sibuk kat dapur nak buat biskut raya lagi.

Dan sekarang ..... kembalilah kita ke dapur semula membikin biskut raya!

Semangat okay nak buat biskut raya ni! Siap ajak suami pergi beli bahan dan segala alatan nak buat biskut dan sebagainya. Dahlah tamak semua benda nak amik sampai suami warning : " Tak buat siappppppppppppp!!!! ". Hahahaha.

Sebelum dia 'siapkan' kita, diri ini siapkan dulu biskutnya! ;)

Hasilnya .... terjadilah ....


Biskut raya #1 iaitu Cornflakes Madu!

Saya ingat lagi, yang saya selalu belasah makan Cornflakes Madu ni bila kami satu keluarga besar belah Emak di Johor beraya bersama ke Pontian iaitu kampung arwah Atuk dan arwah Nenek. Ada satu rumah Mak Sedara ni, memang ada Cornflakes Madu ni.

Asal datang beraya rumah dia, mesti yang ini habis dulu sampai ada satu ketika, dia siap keluarkan balang teruih sebab tak kuasa nak top up keluar masuk dapur. Hahaha. 

Tapi sekarang takde dah suasana macam tu. Semua jadi suram sejak ramai sedara kat Pontian dah meninggal termasuk Atuk dengan Nenek. Sedih. Semua tinggal kenangan. Sekarang ni, sekali sekala je pergi beraya ke Pontian. Kalau pergi pun, suasana memang dah tak meriah macam dulu. Tak syiokkkk! =_=

Oh ya, Cornflakes Madu ni saya dapat resipi dari kawan baik saya. Dia buat sedap! Nasib dia tak lokek ilmu. Hikhikhik.

Cara buat :
  • Cairkan butter atas dapur api. Macam saya haritu, kuantiti cornflakes dalam 500g, butternya saya letak dalam 250g.
  • Bila butter dah cair, masukkan madu. Madu ni ikut suka awak. Awak nak rasa manis, awak letak banyakkk! Kalau taknak manis, letak kuantiti yang sederhana. Kacau kejap.
  • Bila butter dengan madu kira dah sebati, terus masukkan cornflakes dan kacau secepat mungkin. Kena kacau cepat sebab nanti cornflakes jadi keras.
  • Bila cornflakes semua dah sebati bersalut butter campuran madu tadi, terus cecepat jugak masuk dalam baking cup yang kecik tu.
  • Bakar suhu 150 celcius selama 10 minit.


Biskut raya #2 Biskut Suji

Biskut ni dulu Emak memang wajib buat. Selalunya, biskut ni hiasannya adalah ceri merah yang dipotong kecik dan ditepek atas biskut tu tapi faham je lah, hidup kat tempat orang ni, ada benda yang takde. Jadinya saya taknak cerewet and end up, takde hiasan atas biskut ni. Cuma salut dengan gula halus je.

Resipi ni saya dapat dari kakak ipar saya! Kakak ipar saya terel okay buat segala macam biskut raya sebab Mak dia merangkap Mertua abang saya adalah tokey biskut raya, kuih muih tradisional dan seangkatan dengannya. Kira kakak ipar saya ni mewarisilah bakat Mak dia. Alhamdulillah.

Buat biskut ni pun senang juga. Tak remeh. 

Cara buat :
  • Uli tepung 4 cawan dengan minyak sapi. Kuantiti minyak sapi tu bergantung sampai tepung tu jadi doh yang lembut.
  • Kemudian, bentukkan bulat-bulat kecik. 
  • Macam saya sebab takde ceri, kakak ipar saya suruh sapu dengan kuning telur je. Korang kalau ada ceri tu, tepeklah ceri kat atas biskut tu.
  • Bakar suhu 130 celcius dalam 15 minit. Suhu ni ikut oven korang ye? Macam saya, resipi asal sebenarnya 100 celcius tapi oven saya tak ngam, so saya adjust sendiri suhu tu semua ikut kesesuaian oven saya tu. Jadi, sila kenal oven anda macam mana okay?
  • Dah siap bakar, biarkan sejuk sekejap dan salut dengan gula halus.


Biskut raya #3 Biskut Semperit

Biskut paling saya suka dan tak jemu makan dari dulu sampai sekarang. Korang sila jangan tertipu dengan gambar okay sebab hanya indah khabar dari rupa sebab biskut semperit saya ni bila bakar sangatlah hodohhhhhhhh! Tak sukaaaaaaaa!

Sungguh tak tipuuu! Tanyalah suami saya.

Semuanya gara-gara saya takde acuan semperit. Konon panjang akal, pi guna piping untuk hiasan kek tu tapiiii ... bila dah masuk oven, end up, semperit rupa macam katak kodok gemok! Kahkahkah.

Terus saya buang biskut-biskut tu dan simpan dohnya dalam tupperware je sebab nak kena cari jugak tempat picit-picit acuan  biskut tu. Takpelah kalau takde acuan semperit pun janji ada tempat picit acuan biskut tu. =_=

Maaf, resipi tak dapat kongsi sebab panjang sangat. Malas nak taip. Saya kongsi resipi yang simple je. Hihihihi.


Biskut raya #4 Chop Chip Cookies

Tergerak hati nak buat pun sebab saya nak habiskan stok chocolate chip dalam fridge saya tu. Dah berzaman beli, balance buat biskut tahun lepas. Disebabkan bahan cukup, lepas siap masak untuk berbuka petang tadi, terus saya keluarkan mixer dan buat biskut ni.

Pun sama macam resipi semperit, resipi ni panjang, maleh nak taip. Hihihi.

Dalam banyak-banyak resipi choc chip cookies yang pernah saya buat, rasanya yang ini paling sedap kot sebab biskutnya keras kat luar tapi bila makan tu, rasa lembut kat dalam. 

Sebab lain saya buat cookies ni adalah SAYA RINDU FAMOS AMOSSSSSSSSSSS! Suami pun sama. Rindu jugak kat Famos Amos. Belikan pleaseeeeeeeeeee!!! T__T

Dan harini saya extra rajin ....

Sebabnya, masa buat choc chip cookies tu, dalam masa yang sama saya berkejar jugak jenguk kuali atas dapur sebab saya masa tu, gigih buat inti karipap!

Tak tahulah apesal rajin bebenor harini. Kahkahkah.

Yang penting, saya suka acuan karipap saya yang baru suami belikan haritu sebab acuan dia kecik dan buat karipap saya nampak kemas dan omey bak kata bahasa rempit bebudak sekarang. :p


Karipap ini bukan karipap biasa okay. Ini adalah karipap pusinggggggg! Gigih tak gigih buat karipap pusing. Walaupun cara nak buat tu memang agak renyah tapi buat juga memandangkan resipi yang saya ikut tu, hasilnya kulit karipapnya adalah sedap dan rangupppppp! Suka! ;)


Sebelum ni kalau buat karipap, saya biasanya bakar dulu dalam oven sebelum simpan beku dalam fridge tapi disebabkan kes sebelum ni bila karipap asyik melekat je dan buat karipap kopak sana sini, terus harini goreng karipap separuh masak sebelum masuk fridge.

Gigih tak gigih goreng karipap memalam buta! Bulan Ramadhan bolehlah sebab kebetulan tadi tu memang nak kena kejut suami pergi Masjid. Kalau selain bulan Ramadhan, takdenyalah nak buat tetengah malam macam ni. Tak kuasaaaaaaaa!

Ok. Got to go now. Nak prepare Sahur untuk suami.

Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...